Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan gosip hubungan intim antara kakak selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila dengan Engku Emran. Sang jejaka kacak yang turut dikenali kerana pernah bergelar suami kepada selebriti Malaysia Erra Fazira dan selebriti seberang, Laudya Cynthia Bella.


Hubungan antara Bella dan Engku Emran itu berjaya dihidu apabila tersiarnya gambar Engku Emran yang bertandang ke rumah Bella ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi. Mereka juga dilihat pernah berbasikal bersama rakan-rakan lain.


Lebih hebat lagi, ada yang kata mereka sudah pun mengikat tali pertunangan. Namun, baik Engku Emran atau Bella, masing-masing enggan mengulas lanjut perihal itu. Ini membuatkan netizen terus berteka-teki mengenai hubungan mereka.


Apa pun, Bella yang juga bekas isteri kepada pelakon Sharnaz dilihat sangat secocok dengan Engku Emran. Jika benar mereka bakal bernikah, pastinya merekalah kelak bergelar pasangan merpati dua sejoli, sangat sepadan bagai pinang dibelah dua. Yang perempuanya cantik, si arjunanya kacak.


Namun, tahukah kamu sebelum ini, siapa wanita yang pernah mengisi hati Engku Emran? Ternyata beliau memiliki ‘taste’ yang tinggi apabila wanita-wanita itu bukan sebarangan orangnya, sangat cantik, popular dan ternama.



Kredit Foto: Google




Erra Fazira, Primadona Cantik


Sebelum ini, Engku Emran pernah menikahi selebriti popular, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini di bawah jagaan Engku Emran. Namun merek akhirnya bercerai dengan talak satu pada 18 Febuari 2014.


Siapa tidak kenal Erra Fazira? Primadona filem Melayu era kini yang pernah bergelar Ratu Cantik 1992. Walaupun sudah berusia 47 tahun, kecantikannya masih menyerlah dengan susuk tubuh persis anak dara.


Beliau memiliki wajah Melayu mempesona dengan mata menggoda, hidung terletak, bentuk wajah bujur sirih dan senyuman manis. Siapa saja pasti terpana saat terpandangkan beliau. Dan, tidak hairanlah apabila Engku Emran pernah jatuh cinta dengannya. Sudahlah cantik, berkarisma pula orangnya.


Namun, sehingga kini hubungan antara keduanya dilihat tetap berlangsung baik. Pastinya anak mereka menjadi tali penghubung demi memastikan Aleesya tetap memiliki kasih-sayang ibu dan ayahnya.






Kredit Foto: Google




Laudya Cynthia Bella, Pelakon Ayu


Setelah bercerai dengan Erra, jodoh Emran Emran bertandang semula. Kali ini, pilihannya juga bukan biasa-biasa. Pelakon cantik dari seberang yang menjadi buruan ramai, Laudya Cynthia Bella berjaya disuntingnya.


Mereka sah bergelar suami isteri pada 8 September 2017 dengan sekali lafaz di Kuala Lumpur yang diadakan dalam majlis tertututp. Ketika hubungan mereka mula dihidu, Engku Emran diburu pihak media Indonesia yang ingin tahu bagaimana beliau berjaya mencuri hati pelakon kesayangan rakyat Indonesia itu?


Namun, panas yang diharap hingga ke petang tidak kesampaian apabila rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama dua tahun. Walaupun pelbagai cara cuba diikhtiarkan, namun takdir perpisahan itu harus diterima mereka.


Laudya merupakan wanita cantik kelahiran Bandung, Indonesia yang mempunyai darah kacukan Sunda, Jawa dan Minangkabau. Beliau antara selebriti berpengaruh di sana dengan bakat lakonan dan nyanyian yang tidak disangkal lagi.


Memiliki pengikut di Instagram sebanyak 33.2 juta, beliau dianggap berjaya membina nama yang cukup kukuh sebagai selebriti di sana. Tidak hairanlah juga apabila Laudya menjadi ikon hijab terkenal dengan memiliki label tudung sendiri yang menjadi kegilaan pengikutnya.


Tidak hanya memiliki wajah ayu manis, wanita ini juga sangat dipuji dengan penampilan sopan mengikut syariat. Berpewatakan lembut dan sopan-santun, pastinya perceraian beliau bersama Engku Emran menjadi tanda tanya apakah puncanya?