gaya hidup

Rasa INSECURE Hadiri Event? Jangan Fikir Apa Orang Kata, ‘Just Be Yourself’, Melangkah Dengan Yakin!

gempak
Afiza Kamarulzaman
05/11/2021
10:55 MYT
Sponsor Banner
Rasa INSECURE Hadiri Event? Jangan Fikir Apa Orang Kata, ‘Just Be Yourself’, Melangkah Dengan Yakin!
Ramai yang mula yakin untuk mengadakan majlis dan menganjurkan acara selepas diberi kelonggaran selepas PKP. Syukur, dengan perkembangan ini. Setidak-tidaknya, kita sudah mula boleh bersosial secara fizikal, bertemu empat mata untuk kembali ke dunia nyata dan mengurangkan tekanan minda.
Bersosial secara berdepan dengan atas talian banyak bezanya. Menghadiri acara secara fizikal memberikan impak yang lebih besar daripada segi ikatan dan kemesraan yang terjalin. Walaupun dalam jarak sosial yang dianjurkan, setidak-tidaknya kita dapat berbual dengan ekspresi sebenar dan bersiap untuk nikmat keyakinan sebenar.
Nah, ada juga yang rasa ragu-ragu dan ‘insecure’ apabila berada di sesebuah majlis. Ini perkara biasa walaupun sebelum pandemik. Memang ada orang yang berasa sedikit canggung atau tak selesa apabila terpaksa berdepan dengan orang di tengah majlis yang besar.
Perkara Perlu Dilakukan Untuk Rasa Selesa
  • Pertama sekali, pilihlah pakaian yang bersesuaian dengan majlis dan selesa untuk kamu gayakan. Jangan over-dress sehingga buat kamu rasa tidak nyaman sepanjang majlis kerana terpaksa ‘memujuk’ pakaian yag buat kamu rengsek
  • Carilah peneman yang boleh membuatkan kamu jadi lebih relaks dan selamat sepanjang majlis
  • Namun, jika datang berteman, jangan pula bersikap anti sosial dengan hanya mahu bercampur dengan teman itu saja. Sekali pun tidak perlu untuk berbual lama, cukuplah dilafazkan ucapan hai kepada individu terdekat di kiri kananmu. Jangan kunci mulut sepanjang majlis. Setidak-tidaknya senyum dan anggukkan kepala
  • Mimik dan eskpresi muka itu penting. Jangan mencuka atau menunjukkan reaksi kurang senang di situ. Hamparkan senyuman sekadar memberi petunjuk kepada tuan rumah yang kamu okey. Orang pun tak takut nak tegur
  • Jangan ‘try so hard’ pula untuk rasa menang di majlis itu. Semua orang kamu mahu tunjuk ramah dan setiap sudut kamu mahu mencemar duli. Berpada-pada saja untuk tampil mesra dan diterima majlis
  • Datanglah tepat waktu atau sedikit awal untuk kamu ambil masa untuk ‘warm up’ dan selesakan diri
  • Bersangka baik dengan setiap orang di majlis itu, nescara kamu bahagia hingga hujung majlis. Semua orang tiada masa untuk memikirkan hal orang lain
  • Lantaklah kalau ada mata-mata tajam memerhati. Yang penting kamu melangkah yakin dan pulang dengan tenang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024