Highlights

Rawatan Alternatif — Ikhtiar dan Usaha Itu Perlu Seiring Dengan DOA Daripada Terus Menyerah Dan Putus Asa

gempak
Huda Hussain
07/11/2019
11:27 MYT
Sponsor Banner
Rawatan Alternatif — Ikhtiar dan Usaha Itu Perlu Seiring Dengan DOA Daripada Terus Menyerah Dan Putus Asa
Rawatan alternatif bukan lagi satu kaedah rawatan asing dalam bidang perubatan. Ia juga bisa jadi solusi atau pilihan kedua bagi membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami pesakit.
Bertempat di Boulevard, Mid Valley terdapat sebuah pusat rawatan alternatif yang membantu anda mencari solusi penyakit yang dialami. InTrend Malaysia berkesempatan menemubual salah seorang pengasas Acu Healing Life Sdn Bhd, Master FJ Lim yang berpengalaman dalam bidang ini sejak 11 tahun lalu.
Mengusahakan pusat rawatan alternatif bersama rakan kongsi Master Michelle Tan, pusat rawatan ini banyak membantu pesakit mengurangkan kesakitan dialami dan terbukti keberkesanannya hingga hari ini.

Sudah berapa lama berkecimpung dalam dunia rawatan alternatif?
Hampir 11 tahun. Saya mula belajar lebih daripada sembilan tahun lalu. Sebelum ini saya bekerja dalam bidang korporat seperti insurans, IT dan lain-lain. Tetapi dalam masa sama, saya belajar dan ambil kursus lain, iaitu rawatan alternatif.
Saya berguru dengan ramai master yang sudahpun tua usia mereka. Ia terbahagi kepada dua jenis pembelajaran iaitu kursus asas misalnya belajar dan fahami apa itu anatomi, apa itu acupuncuture points dan lain-lain.
Manakala kaedah kedua pula secara praktikal. Lazimnya, guru-guru berpengalaman terdahulu, mereka tidak ‘graduate’ dari institusi pendidikan khusus. Sebaliknya, mereka mewarisi ilmu ini secara turun-temurun daripada generasi ke generasi.
Malah terdapat juga dalam kalangan guru-guru ini menimba ilmu daripada barisan guru-guru senior terdahulu yang lebih arif.
Tidak keterlaluan jika saya katakan, ia adalah sejenis ilmu yang mempunyai seni kuno namun terdapat perbezaan ketara daripada kaedah pembelajarannya. Dan kerana itu tidak hairanlah ada yang sanggup terbang ke China semata-mata untuk menuntut ilmu tradisional perubatan tradisional dengan guru yang arif dalam kaedah rawatan tertentu misalnya.
Begitu juga saya. Saya belajar mendalami bidang ini daripada pelbagai orang terutamanya grand master dan barisan pengamal perubatan senior. Pendek kata dari seluruh pelusuk negara.
Bahkan saya turut berguru dengan seorang pengamal perubatan Melayu Islam di Johor dan Kelantan untuk mempelajari teknik kaedah rawatan alternatif bekam sunnah.
Kerana saya maklum ada limitasi dalam rawatan bekam mengikut tradisi perubatan Cina. Dan ramai pesakit yang datang ke sini untuk cuba mendapatkan rawatan bekam sunnah.

Kredit foto: Acuhealing Life

Bagaimana pula anda menjadikan bidang ini sebagai kerjaya?
Secara kebetulan. Sebelum ini saya bekerja dalam bidang korporat, insurans, perkomputeran, IT dan seangkatan dengannya. Terdahulu saya terlibat dengan satu projek IT, ia adalah kerjasama dengan sebuah syarikat aplikasi di Singapura.
Dan demi melaksanakan projek ini, ia memerlukan saya bekerja dalam banyak proses. Daripada coding, cipta itu dan ini; saya juga tersepit dalam kerenah politik pejabat, terikat dengan kontrak projek dan banyak lagi perkara berbangkit.
Dan semua ini berlarutan selama dua hingga tiga tahun. Hinggakan saya tidak punya masa terluang bersama keluarga kerana perlu ulang-alik ke Singapura.
Entah bagaimana, ada rakan-rakan yang berkata mengapa tidak saya cuba bidang lain dan explore bidang rawatan alternatif. Memikirkannya, membuatkan saya tergerak untuk mencuba.
Dan saya intern secara percuma di beberapa pusat rawatan alternatif sekitar Kuala Lumpur juga di Kota Kinabalu selama enam bulan semata-mata untuk kumpul pengalaman dan memperkasa kemahiran.
Selepas saya kuasai dan memperoleh kemahiran dalam bidang ini, saya dengan suka rela menawarkan khidmat rawatan ini secara percuma sebagai permulaan. Dan saya mulakan dengan memberi khidmat rawatan di rumah-rumah orang tua.
Hinggalah apabila sudah benar-benar yakin, barulah saya berani letak harga. Bukannya apa, niat saya buat semua ini bukan kerana mahukan keuntungan atau nama semata-mata. Tetapi saya ikhlas mahu membantu mereka yang memerlukan.
Sejak itu saya teruskan hingga kini dan sekurang-kurangnya saya pastikan sekali dalam sebulan akan pergi ke rumah orang tua atau rumah kebajikan. Terbaru, saya sumbangkan khidmat ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak.

Kredit foto: Acuhealing Life

Sepanjang melakukan proses rawatan ini sebagai perniagaan, pernahkah Master FJ Lim berhadapan dengan insiden ditipu atau ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Ada. Bukan niat saya mahu aibkan sesiapa. Tetapi ada dalam dua tiga kes sebelum ini, ada pesakit datang mahu dapatkan rawatan. Kemudian pesakit itu berkata dia tiada wang tunai dan keesokannya anaknya akan datang dan bayar.
Sampai ke sudah, kelibatnya tidak kelihatan. Tetapi saya faham, tidak semua yang datang ke sini berkemampuan untuk membayar kos rawatan. Saya anggap ia sebagai amal jariah sahaja, sekadar saya bantu untuk kurangkan kesakitan yang mereka alami.
Itu sudah memadai. Untuk makluman, kos rawatan bermula pada RM150 dan durasinya sekitar satu hingga dua jam.
Antara jenis penyakit yang boleh membantu memulihkan atau mengurangkan kesakitan yang ditawarkan?
Joint pain, sakit otot, tissue pain, arthritis, sakit belakang, sakit saraf, skoliosis, migrain, strok, diabetes, tekanan darah tinggi, kesuburan, masalah haid, gout, sakit kepala, insomnia, nerve inflammation, masalah pendengaran, post cancer recovery, limperderma, kecederaan akibat sukan dan banyak lagi.
Apa yang perlu difahami adalah rawatan alternatif bukanlah kaedah rawatan yang memulihkan penyakit secara peratus. Ia cuma salah satu pilihan kaedah rawatan pemulihan yang boleh dicuba.
Mugkin juga boleh membantu mengurangkan kesakitan tanpa pengambilan atau kebergantungan kepada ubat-ubatan. Antara terapi yang diaplikasi adalah secara fisioterapi, akupunktur, neuro akupunktur, chico dan lain-lain bergantung kepada jenis kesakitan yang dialami pesakit.

Kredit foto: Acuhealing Life

Seawal usia berapa sesuai untuk mencuba rawatan alternatif ini?
Sesiapa yang berusia 12 tahun ke atas boleh datang ke sini dan cuba dapatkan rawatan yang sesuai dengan jenis kesakitan atau penyakit yang dialami. Kebanyakan pesakit saya puratanya berumur 40 tahun ke atas dan terdiri daripada wanita muslim.
Manakala bagi golongan veteran pula, kumpulan umur yang sesuai mencuba rawatan ini adalah lingkungan 50 hingga 60 tahun. Saya juga merawat seorang wanita Melayu dari Kelantan berumur 87 tahun yang mempunyai masalah skoliosis.
Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan dia akan datang ke sini untuk meneruskan sesi rawatan.
Maklum balas daripada pesakit yang menerima rawatan di sini?
Boleh dikatakan respon yang diterima agak cepat, terutamanya mereka yang mempunyai sakit belakang. Misalnya saya bertanya kepada pesakit, dari skala enam hingga lapan per sepuluh, berapa peratusan mereka rasakan kesakitkan itu beransur hilang?
Jika kesakitan masih terasa, kami akan teruskan dengan rawatan susulan hinggalah pesakit mula rasai perubahan dan tidak lagi rasa sakit.

Kredit foto: Acuhealing Life

Kepuasan yang dirasai Master FJ Lim sepanjang penceburan dalam dunia rawatan alternatif?
Sudah pastinya apabila dapat melihat pesakit semakin sembuh. Atau paling tidakpun mereka kembali pulih berbanding keadaan sebelumnya, sudah cukup menggembirakan saya.
Saya tidak mengejar keuntungan semata-mata. Dapat melihat mereka berkongsi keberkesanan rawatan di sini sudah memadai. Dan hubungan saya bersama pesakit juga rapat, bagaikan keluarga kerana mereka kerap kali datang ke sini untuk menerima rawatan.
Perkongsian dan maklum balas itu penting untuk saya dan kakitangan di sini terus perbaiki dan terus membantu mereka yang memerlukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live