Read

RAY Dedahkan Perangai Sebenar JOHAN di Konti ERA — Anda Harus Baca Ini!

Public Anonymous User
19/02/2018
04:21 MYT
Oleh: Huda Hussain

A post shared by Ray DapDap (@raydapdap) on

JOHARA PAGI ERA ISNIN - JUMAAT, 6.00 - 10.00 PAGI
Bergelar penyampai radio, apa yang menarik, sukar dan mencabar pada pandangan Ray?
Menariknya kita dapat merasai kehidupan yang luar biasa dan dapat menimba pengalaman baru. Antara yang sukar pula adalah menerima kecaman namun saya menganggapnya sebagai alah bisa tegal biasa.
Daripada segi cabaran pula adalah apabila bakat- bakat baru yang membuatkan kami perlu bersaing secara sihat.
‘Trick’ paling sempoi untuk ‘cover line’ jika tersalah sebut, tersalah maklumat dan sebagainya?
Jika tersalah sebut, rakan penyampai lain akan ‘cover’ kerana kami bertiga. Atau paling tidak pun, ketawa sahaja. Tetapi bergantung kepada situasi ketika itu.

Alhamdulillah @jozlynnhanania @haniff_hamzah ?

A post shared by Ray DapDap (@raydapdap) on

Sukar atau tidak meramal selera pendengar masa kini?
Agak susah kerana platform digital boleh dikatakan menguasai keseluruhannya. Lihat sahaja anak-anak muda kini yang punya pilihan untuk tonton YouTube, media sosial dan sebagainya.
Siapa lagi personaliti atau selebriti yang mahu diundang ke konti ERA dan mengapa?
The Rock (Dwayne Johnson) kerana dia pernah sebut tentang Malaysia.
Individu atau sesiapa yang banyak mempengaruhi karier anda sebagai penyampai radio kini?
Johan. Setiap kali dia ada, dia akan menaikkan semangat saya untuk bekerja kerana apabila kami bertiga seoalah-olah kami tidak bekerja, dan duduk bersantai.
Pernah menerima kecaman sepanjang bersama ERA? Dan apa yang membuatkan Ray terus bertahan bersama ERA FM?
Apabila berkecimpung dalam dunia penyiaran, sudah pasti ada cabaran yang harus digalas. Dan berbicara mengenai kecaman, dahulunya saya ada membalas satu persatu komen.
Namun lama- kelamaan saya fikir tidak perlu layan segala kecaman dan tidak perlu membalasnya. Biarkan sahaja ia berlalu.

A post shared by Ray DapDap (@raydapdap) on

Siapa idola atau penyampai radio yang paling disegani dan mengapa?
Rostam dan Khairil Rashid kerana ketika bekerja bersama skuad ERA dahulu saya pernah membawa mereka ke satu acara menembak di Kulai, Johor.
Melihat cara mereka bekerja, aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan membuatkan saya tertarik untuk menjadi penyampai radio.
Selain daripada menyajikan seleksi lagu-lagu ‘hit’ dan segmen menarik, apa lagi ‘pelaris’ yang ada di ERA dan membuatkan pendengar terus setia bersama kalian?
Kami akan rujuk kajian, statistik dan tinjauan yang dijalankan. Jika menerima maklum balas yang baik kami akan kekalkan dan akan menukar segmen atau slot yang tidak digemari dengan pengisian baru. Selain itu memperkenalkan segmen-segmen baru dan memperkasa kandungan sedia ada.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video