Sebelum hangatnya fenomena dan kegilaan penonton dengan cerita Korea, Jepun dan Filipina (sekadar menamakan beberapa negara), suatu masa dahulu kita pernah disajikan dengan telenovela Venezuela yang tidak kurang hebatnya.

Kredit Foto: Google

Memang melekat di hadapan skrin televisyen untuk mengikuti setiap episod. Baik dari segi jalan cerita, Garapan kisah yang berbeza membuatkan penonton terus setia mengikuti telenovela. Dramatik, romantik dan pelbagai elemen menarik membuatkan kita tak mahu ketinggalan. Walau sakit hati dek penangan watak dan karaktor oleh setiap barisan pelakon, terbukti ia mewarnai petang-petang kita dahulu.

A post shared by Scarlet Ortiz (@ortizscarlet)

Kredit Foto: IG Scarlet Ortiz


Dan antara yang sempat penulis ikuti ialah Mis 3 Hermanas (2000) dan Secreto De Amor (2001-2002) yang menampilkan Scarlet Ortiz memegang watak Lisa. Lihat saja raut wajahnya yang pada penulis tidak perlu disolek tebal, sudah cukup menyerlahkan kecantikan semula jadi yang dimilikinya.

Kecantikan aktres dan model yang dilahirkan pada 12 Mac 1974 ini seakan tidak dimamah usia. Berbekalkan ketinggian 1.75m, Scarlet Ortiz atau nama asalnya Hevis Scarlet Ortiz Pacheco dilahirkan di Caracas, Venezuela.

A post shared by Scarlet Ortiz (@ortizscarlet)

Kredit Foto: IG Scarlet Ortiz


Kini bahagia melayari hidup bersama suami tercinta, Yul Burkle dan seorang puteri; Barbara Briana terdahulu dia pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Venezuela pada 1992. Memulakan karier sebagai pelakon pada 2012 dalam arena teater berjudul Las Quiero a las dos di Miami, Amerika Syarikat memegang watak perempuan simpanan.

Dia kembali ke negara asalnya Venezuela untuk membintangi watak utama dalam telenovela Dulce Amargo setelah 12 tahun bekerja di luar negara. [8] [9] Telenovela terakhir yang dia rakam di Venezuela adalah Mis 3 Hermanas.

A post shared by Scarlet Ortiz (@ortizscarlet)

Kredit Foto: IG Scarlet Ortiz

Aktif di media sosial, penonton yang merindui kemunculan wajahnya boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram Scarlet Ortiz (@ortizscarlet) yang punya dua juta pengikut. Memang cantiklah dia kan?