Hanya berbaki dua hari sahaja lagi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal melabuhkan tirai. Biarpun beberapa sukan yang sebelum ini menjadi sasaran untuk meraih pingat, namun kita terpaksa akur dengan kehebatan yang dipamerkan jaguh atlet negara lain. Atlet kita sudah berjuang dan memberikan yang terbaik apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam acara masing-masing. Namun, nasib dan tuah belum berpihak kepada kita. Sungguhpun begitu, pujian harus diberikan buat para atlet kerana ada dalam kalangan mereka membuktikan pencapaian mereka setaraf dengan atlet antarabangsa.

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Kredit Foto: IG Azizulhasni Awang

Untuk rekod edisi Olimpik Tokyo 2020, Malaysia meraih pingat gangsa menerusi pasangan beregu lelaki dalam sukan badminton yang diwakili Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Dan sudah semestinya pelumba basikal trek Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhamad Shah Firdaus Sahrom menjadi prospek dan harapan terakhir Malaysia untuk melihat atlet berdiri di podium.

Kredit Foto: IG Azizulhasni Awang

Masakan tidak, kedua-duanya memiliki rekod cemerlang dengan Dato’ Azizulhasni meraih tempat pertama menerusi acara pecut individu di Kejohanan Trek Elit Victoria, Februari lalu. Tokyo 2020 adalah Olimpik edisi keempat bagi pocket rocket man Malaysia selepas menyumbang pingat gangsa ketika Olimpik di Rio, 2016.

Kredit Foto: IG Shah Firdaus

Manakala Shah Firdaus pula, ini adalah kali pertama dia beraksi di pentas Olimpik selepas berjaya meraih pingat emas acara keirin lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021. Sekali gus memberi wake up call kepada pelumba lain bahawa kehadiran mereka perlu diberi perhatian.

Teknologi Basikal WXR Tingkatkan Kelajuan
Jika dilihat di atas kertas, pastinya rekod dan pencapaian cemerlang kedua pelumba kita bisa menggoyahkan pesaing terdekat. Ditambah pula dengan teknologi basikal WXR yang dilaporkan menelan belanja RM300,000 dan sut perlumbaan baharu boleh disifatkan pakej lengkap untuk memacu kekuatan dua pelumba negara ini.

Kredit Foto: IG Astroarena

Mempamerkan aksi cemerlang dalam berbasikal trek acara pecut individu lelaki, namun Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhamad Shah Firdaus Sahrom terpaksa akur dengan mutu persembahan pesaing masing-masing. Diuji dengan format baru acara pecut, namun itu nyata tidak membakar semangat kedua-duanya untuk menunjukkan taring sebenar dalam acara keirin.

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Kredit Foto: IG Azizulhasni Awang

Pembakar Semangat Menjelang Olimpik
Bagi anak jati Dungun, Terengganu yang terkenal dengan julukan pocket rocket man, pengiktirafan darjah kebesaran daripada Sultan Terengganu nyata menjadi pembakar semangatnya menjelang persiapan ke Tokyo. Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Dato sekali gus menggalas amanat penting untuk membawa pulang kejayaan buat negara.

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Kredit Foto: IG Azizulhasni Awang

Doa Malaysia Buat Kalian
Dan selepas tujuh minggu berada di tanah air, menjalani tempoh dua minggu kuarantin dan lima minggu kem latihan di Nilai, seluruh negara mendoakan kejayaan buat kedua pelumba basikal trek negara. Tekanan mungkin dirasai keduanya apabila harapan disandarkan buat mereka selepas pemain golf wanita negara Kelly Tan terkandas di pusingan ketiga peringkat akhir.

Maklum hanya sukan ini sahaja menjadi harapan kita melihat kibaran Jalur Gemilang juga lagu Negaraku berkumandang. Bagaikan perang psikologi buat keduanya namun apa-apapun hanya yang terbaik diharapkan buat mereka. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan teruskan sokongan juga laungan keramat buat Dato’ Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus.