Lumrah sebagai manusia dan setiap daripada kita pasti ada yang pernah alami. Akan ada satu hari yang seakan-akan tidak sedap saja rasa hati. Ada hari kita dirundung dengan pelbagai masalah kehidupan langsung membuatkan kita murung, runsing, sedih dan buntu. Puas cuba pelbagai tips. Tetap rasa tak ken aitu menerjah kembali. Dan suka penulis mahu kongsikan petua ini yang diyakini keberkesanannya.

Amalkan surah Alam Nashrah, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah. Berserah diri kepada Allah akan segala urusan hidup akan membuatkan diri kita rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul. Mari kita fahamkan tafsiran surah ini dulu.


Kredit Foto: Google

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.
3. Yang memberati tanggunganmu (dalam menyampaikan dakwah)
4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan pelbagai kemuliaan)
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
6. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal saleh),maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal saleh yang lain);
8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap

Kredit Foto: Google

Caranya:
1. Pada ayat pertama, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada (bacalah doa – Ya Allah, Kau lapangkan dadaku ini) - untuk melapangkan dada kita)

2. Ayat ke-2 baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu (bacalah doa - Ya Allah, Kau ringankanlah bebanan dibahuku ini) untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(masalah yang kita hadapi)

3. Ayat ke-3, baca dan tiuplah tapak tangan, lepas tu tapak tangan sapulah di belakang pinggang hingga sempadan punggung - sapulah tiga kali (doalah - Ya Allah, Kau ringankanlah pekerjaan yang aku nak buat ini...) bila buat kerja tu rasa ringan saja)


Kredit Foto: Google

4. Ayat ke-4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka, buat tiga kali (doalah - Ya Allah, Kau jadikanlah sesiapa sahaja yang memandang aku, mereka akan hormat dan sayang padaku) yang ni dikatakan untuk penyeri wajah dan supaya orang hormat, sayang. Kalau yang ada suami tu elok sangat amalkan) Pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis.

Jangan lupa dekatkan diri kita kepada Allah dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat, seluruh jiwa raga hanya untuk Allah.