,
Highlights

“Sakitnya Saat Kita Ada Orang Tu Tapi Macam Tak Ada.” Janna Kongsi Kisah Didera Sejak Usia 2 Tahun, 3 Kali Cuba Bunuh Diri

Afiza Kamarulzaman
12/08/2021
13:24 MYT
Satu perkongsian jujur dan penuh kejutan apabila Janna Nick yang diketahui mengidap penyakit bipolar berkongsi kisah deritanya sejak kecil lagi. Janna jelas kelihatan begitu terkilan dan sebak selepas mendengar perkongsian Aina Abdul tentang kasih-sayang Ayahnya.
Luah Janna, betapa beruntungnya Aina memiliki Ayah dan keluarga yang lengkap, sedangkan Janna tidak pernah taahu makna disayangi oleh keluarga sendiri. Apa lagi utuk hidup sebagai anak yang dilindungi oleh orangn yang sepatutnya. Dan hal ini menghantuinya sehingga dia meningkat dewasa.
“Sebab itu saya selalu kongsikan dengan semua orang supaya sayangi anak-anak. Jangan lukai mereka kerana apa yang mereka lalui pada usia kecil akan memberi impak besar pada kehidupan mereka apabila dewasa,” ujar Janna memendam seribu noda hitam dalam kehidupan silamnya.
Didera Teruk Sejak Usia Dua Tahun
Kata Janna, apa yang dikongsinya selama ini tentang penyakit mental yang membelenggu diri bukanlah atas tujuan meraih simpati atau perhatian. Ini adalah realiti yang dilaluinya sejak dulu lagi apabila sering mendegar bisikan suara di dalam dirinya.
Awalnya dia berasakan ia perkara normal yang dilalui semua orang, rupa-rupanya tidak. Sehinggalah pada satu tahap apabila suara itu semakin kuat sehingga menyebabkan Janna menjerit untuk cuba mendiamkan suara itu.
Dan bermula daripada situlah, baru Janna tersedar yang ini bukan sesuatu yang normal. Maka, Janna membulat hati untuk bertemu Pakar Psikitri bagi menerima rawatan lanjut. Dan, Janna mula diberi ubat untuk menengkan diri.
Derita ini bukan berlaku pada kala Janna sudah berada dalam industri seni. Ia adalah impak daripada perbuatan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kecil yang belum tahu apa-apa.
“Kebanyakan lelaki yang hadir dalam hidup saya tak guna. Saya didera sejak usia dua tahun. Kesakitan itu sudah lama saya rasakan sehinggakan saya pernah didera hingga berdarah satu rumah. Dan, dalam keadaan berdarah-darah itu saya pernah menaiki motosikal untuk ke balai polis meminta bantuan.
Pada usia lapan tahun, ketika pulang dari sekolah, saya pernah melihat ke arah matahari sehingga menangis dengan harapan saya boleh butakan mata saya supaya saya tidak perlu lagi melihat orang yang menyakiti saya itu!” tutur Janna dengan suara tegas tapi disulami sebak tertanam lama.
Janna juga mengakui pernah tiga kali cuba membunuh diri. Yang pertama pada usia lapan tahun di mana dia cuba untuk membutakan matanya. Kali ke dua, ketika tingkatan dua apabila dia cuba menelan segenggam pil di asrama. Dan yang terakhir di tingkatan tiga di mana Janna cuba mengelar pergelangan tangannya.
“Dan parut itu masih ada..” ujar Janna sambil menunjukkan tangannya.
Tidak Pernah Salahkan Takdir
Walau pelbagai ujian pernah dilaluinya, namun Janna sesekali tidak pernah menyalahkan takdir, malah memberi nasihat yang sama kepada semua orang yang pernah meniti kehidupan penuh ranjau sepertinya.
“Ingatlah, apa jua corak kehidupan kita, jangan pernah sesekali kita salahkan Tuhan, takdir dan diri sendiri. Kita boleh salahkan orang yang menyebabkan kita jadi begini. Tapi, sehingga kini Janna tidak mahu membuka aibnya.
Malah, setiap masa, Janna sentiasa mendoakannya. Janna harap satu hari nanti ada keajaiban untuk mengubah segala-galanya,” akhiri Janna penuh makna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Minum Susu Ikhtiar Hamil, Ramai Doakan Janna Nick Timang Cahaya Mata… Tuan Badan: “At This Point Ikhtiar Je Apa Cara Sekalipun”

gempak
19/10/2024
14:20 MYT
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mencuri tumpuan apabila membuat kejutan hari jadi kepada suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, baru-baru ini.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
Hiburan

Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

gempak
26/06/2024
02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
10/06/2024
17:07 MYT
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.
Hiburan

Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"

gempak
01/05/2024
01:50 MYT
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
BorakSeeni