Personaliti

Sambal Pun Kena Ciplak? Alahai... Kesian Khairul Aming. Sudah-Sudahlah Meniru, Menipu. Tak Berkat Duit Yang Dapat Tu!

gempak
Huda Hussain
29/04/2021
06:16 MYT
Sponsor Banner
Sambal Pun Kena Ciplak? Alahai... Kesian Khairul Aming. Sudah-Sudahlah Meniru, Menipu. Tak Berkat Duit Yang Dapat Tu!
Bagi pengikut setia Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, pasti maklum dengan isu terbaru yang tular beberapa hari ini. Menerusi muat naik IGTV berdurasi tujuh minit lebih, personaliti media sosial yang sinonim dengan content video masakan ini menyatakan kekesalannya apabila ada pihak yang menangguk di air keruh dengan menciplak hampir keseluruhan pelekat pada botol Sambal Nyet Berapi by Khairul Aming.
Kredit Foto: IG Khairul Aming
Bayangkan segala penat lelah dan usahanya bersama team selama ini ditiru bulat-bulat oleh individu tidak bertanggungjawab. Baik daripada pemilihan botol, bungkusan botol dan plastik boleh dikatakan semuanya ditiru. Allahu…
Kredit Foto: IG Khairul Aming
Tidak lokek berkongsi momen sukar dan pahit getirnya bersama team untuk memperbaiki mutu dan kualiti penghasilan sambal dari masa ke masa, tahu-tahu saja ada yang mencedok ilhamnya. Memburukkan lagi keadaan apabila pembeli membuat aduan mengenai kualiti sambal yang dikatakan dijual oleh reseller. Ada pengguna yang terpaksa menanggung kerugian apabila botol sambal yang dipesan pecah, sambal basi dan rosak serta banyak lagi aduan yang bikin hatinya luluh kecewa.
Kredit Foto: IG Khairul Aming
Punya tiga juta pengikut di Instagram, selepas empat tahun rakamkan video masak barulah dia punya keyakinan dan keberanian tampil dengan resipi sambal olahan sendiri. Sambal Nyet Berapi by Khairul Aming. Beginilah adat berniaga, apabila kita sudah mendapat rentak juga momentum untuk bergerak ke hadapan; terpaksa pula berhadapan dengan isu seperti ini.
Kredit Foto: IG Khairul Aming
Bukan isu yang kecil atau remeh kerana berbicara mengenai makanan, ia bersangkut paut dengan kesihatan dan keselamatan pembeli yang memakan sambal air tangannya. Dan umum mengetahui juga, Khairul Aming berdikit-dikit merevolusikan sambal ciptaannya menerusi pelbagai peringkat. R&D yang berulang kali dilakukan hanya dilakukan semata-mata ingin memberi kepuasan optimum kepada pembeli. Baginya kualiti tetap perlu diutamakan.
Kredit Foto: IG Khairul Aming
Dan apabila isu seperti ini timbul, sudah pastilah dia tidak boleh duduk menenangkan diri. Tindakan tegas sudahpun diambil dengan membuat laporan polis. Ia bagi memastikan nama dan reputasinya yang sedikit terjejas kembali pulih. Sungguh, bukan mudah untuk meraih kepercayaan orang ramai, namun itulah yang terpaksa dilalui personaliti media sosial ini yang memberanikan diri tampil dengan produk sambal sendiri selepas empat tahun mencipta nama sebagai Digital Creator. Berbekalkan jumlah pengikut seramai 3 juta orang, pastinya segala platform media sosial dimanfaatkannya demi membersihkan namanya.
Kredit Foto: IG Khairul Aming
Ketahuilah bahawa tiada jalan pintas atau singkat untuk berjaya. Semuanya perlu bermula dari bawah. Dan kepada individu yang tidak bertanggungjawab itu, sedarilah bahawa setiap perbuatan anda itu akan membinasakan diri sendiri. Lebih-lebih lagi kita berada dalam bulan Ramadan kini. Yang didalamnya terhimpun segala keberkatan, rahmat, ganjaran pahala berlipat kali ganda andai ada yang memanfaatkannya. Olah dan ciptalah cara sendiri. Takkan ke mana jika anda meniru, menipu dan menghancurkan kepercayaan yang dipertaruhkan pembeli.
Kredit Foto: IG Khairul Aming
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live