gaya hidup

Segala Hal Sulit Dalam Hidup Akan Terasa Mudah Jika Kita Selalu Percaya Bahawa Allah Sentiasa Bersama – UEL

gempak
Huda Hussain
13/09/2021
13:00 MYT
Sponsor Banner
Segala Hal Sulit Dalam Hidup Akan Terasa Mudah Jika Kita Selalu Percaya Bahawa Allah Sentiasa Bersama – UEL
Misi Bantuan Yan, Kedah Siri 2 menghiasi paparan Jejak Ebit Lew yang sudah memasuki episod ke-42 malam ini. Walau sepanjang perjalanan team Jejak Ebit Lew berhadapan dengan cabaran, kesempatan waktu dan ruang yang ada tetap dimanfaatkan untuk menyantuni mereka yang ditimpa musibah ini.
Ziarah Penduduk Kampung di Salak Denai, Yan, Kedah Bencana kepala air di Yan, Kedah beberapa minggu lalu turut mendapat perhatian team Jejak Ebit Lew (JEL) untuk turun ke lapangan membantu sekadar yang mampu dan perlu. Hujan lebat sepanjang perjalanan tidak mematahkan semangat mereka untuk menziarahi penduduk kampung yang terkesan dengan bencana alam ini.
Tiba di kawasan perkampunan penduduk, rata-rata diseliputi lumpur, selut dan takungan air kesan daripada banjir susulan fenomena kepala air Gunung Jerai. Walau dalam hujan, penduduk kampung terpaksa melakukan kerja-kerja pembersihan bagi mengelakkan daripada aliran air tersangkut dan tersumbat yang pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
Ada juga yang keluarga yang sempat diziarahi team JEL diuji dengan pemergian suami sebulan sebelum tragedi ini berlaku. Sudahlah ditimpa musibah, lebih memilukan apabila Huziah Norad terpaksa melalui satu lagi ujian kerana abangnya cedera parah kesan daripada banjir yang berlaku. Mohon diberikan kekuatan, Ustaz Ebit Lew sempat memberi kata-kata semangat dan titipan doa buatnya sekeluarga agara reda dengan ujian ini.
Petang itu team JEL berkesempatan menziarahi lima keluarga yang terkesan susulan bencana ini. Tidak hadir dengan tangan kosong, Ustaz Ebit turut memberikan sumbangan, memberikan kata-kata semangat buat bekal mereka yang diuji selain mendoakan kesejahteraan juga moga dengan pertolongan-Nya semua yang ditimpa musibah ini diberikan kekuatan.
Hari Kedua – Misi Agihan Barang Seawal jam 9 pagi team JEL sudah tiba di Pejabat Penghulu Mukim Yan, Kedah bagi mengagihkan bantuan dan sumbangan kepada penduduk kampung. “Antara keperluan yang sangat mendesak dan sangat diperlukan adalah telekung. Jadi kita belikan telekung, sejadah dan kain pelikat untuk keperluan mereka solat,“ ujar Ustaz Ebit Lew sambil menghulurkan bantuan.
Pesan Ustaz Ebit Lew Setelah selesai mengagihkan barang keperluan dan sumbangan untuk manfaat penduduk, Ustaz Ebit sempat menitipkan kata-kata motivasi kepada anak-anak muda yang dikhabarkan akan bergerak ke rumah penduduk membantu kerja-kerja pembersihan. Kongsi Ustaz Ebit, “Orang yang ucap takziah kepada orang yang ditimpa musibah, Allah beri pahala sebanyak mana kesusahan dia. Inikan pula adik-adik yang bukan ucap takziah saja tapi pergi bersihkan rumah orang, tolong saudara-mara, orang kampung, Allah yang pilih adik-adik buat kerja yang mulia dan baik ni. Allah yang akan balas. Bila kita percaya Dia sayang kita, hidup kita ni bahagia. Hidup bahagia bila kita bersangka baik pada Allah, Dia tak pernah lupakan kita, Dia sayangkan kita.”
Ulu Sedakaka, Batu 17 Yan, Kedah Usai kerja-kerja mengagihkan bantuan dan sumbangan, team JEL seterusnya bergerak ke sebuah rumah yang kini hanya dihuni Ranidah dan lima anak. Suaminya yang bekerja sebagai tukang kebun di resort Jerai Hill menjadi antara korban musibah ini. Sumbangan dan bantuan turut diberikan team JEL bagi keperluannya yang kini sudah hilang tempat bergantung. Malah kata-kata semangat dititipkan buatnya agar lebih cekal dan reda mengharungi takdir Allah ini.
Misi Pemberian Relung Paip, Kg Raga, Yan Kedah Terdapat dua perkampungan penduduk yang terjejas bekalan air susulan banjir ini. Justeru, mereka memerlukan air dari bukit sebagai alternatif bagi mendapatkan bekalan air. Dari sebesar-besar paip hinggalah sekecil-kecil relung paip dibeli bagi menampung keperluan penduduk. Berterima kasih atas pemberian relung paip ini, imam dan penghulu kawasan berkenaan tidak putus-putus mengucapkan syukur.
“Kata ulama, kalau satu kampung gunakan paip air mudah-mudahan dapatlah kita tumpang kebaikan ini. Menjadi saham buat kita apabila orang berwuduk, solat, mandikan anak, mereka dapat gunakan air untuk kebaikan yang berterusan, moga Allah beri mereka kebaikan, kesihatan dan Allah beri kita pahala bila mereka gunakan air ini, Insya-Allah,” kongsinya mengakhiri bicara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live