Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Selepas Saya Timbang Tara, Tolak Tambah Dan Sebagainya… She’s The One,” – Remy Ishak

Huda Hussain
20/08/2021 08:23 MYT
Akhirnya, hero pujaan Malaya, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak (39 tahun) mengotakan janji berkongsi khabar gembira apabila secara rasminya mengumumkan bakal menjadi imam buat suri hati pilihan Roszaliza Yusof atau mesra dengan panggilan Ezza Yusof. Lapan tahun mengenali hati budi masing-masing, Remy memilih tarikh 21 Ogos 2021 untuk melangsungkan majlis ijab kabulnya yang telah lama tertunda dek pandemik Covid-19.

Kredit Foto: Google

Pengumuman itu dibuat Remy ketika sesi sidang media pagi tadi. Bercerita lanjut mengenai gadis bertuah ini, ujar Remy, “Seperti semua sedia maklum saya akan melangsungkan pernikahan saya dengan gadis pilihan saya yang berasal dari Mentakab, Pahang, Roszaliza Yusof ataupun lebih dikenali dengan Ezza Yusof pengusaha kasut. Seorang usahawan. Hubungan saya bersama dengan Ezza ni dah lapan tahun sebenarnya. Lapan tahun yang agak lama dan panjang. Kami menempuhi liku-liku sebagai kawan, kemudian kami lanjutkan perhubungan seterusnya dengan bertunang. Tapi our relationship not went well, terputus di pertengahan jalan. Seperti apa yang orang dulu-dulu kata, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Ini dah tahun ke lapan dan saya putuskan untuk teruskan hidup saya bersama dengan dia. Selepas saya timbang tara, tolak tambah dan sebagainya saya rasa she’s the one,” kongsi Remy sebagai mukadimah.

Kredit Foto: Google

Kenapa Pilih 21 Ogos 2021?
Melanjutkan bicara apabila ditanya mengapa memilih 21 Ogos 2021 sebagai tarikh keramat melangsungkan majlis pernikahan, jelasnya, “Sebenarnya dah lama saya merancang, dari tahun lepas lagi. Tapi disebabkan masalah pandemik, yang kita lalui jadi saya rasa ada baiknya ditunda ke tahun 2021. Pada awalnya saya bercadang melangsungkan pernikahan pada 11 April 2021 iaitu tarikh hari lahir saya. Tapi kes Covid-19 semakin meningkat dan saya tak boleh nak teruskan sebab perlu respect semua benda.


Kredit Foto: Google

Famili, masyarakat diluar, diri saya dan pasangan juga. So kita deicide untuk langsungkan pernikahan pada bulan Syawal lepas, to be exact 10 Syawal. Sebabnya saya rasa waktu itu semua akan kembali reda. Dan secara tak langsung simbolik bulan Syawal tu kami nak raikan kemenangan after a long journey together. Dan menjalankan pernikahan pada bulan Syawal dalam masa sama kita meraikan kemenangan, it is the best month for us. Tapi tak boleh juga. Allah belum izinkan lagi. Saya dengan pihak perempuan berbincang disebabkan pandemik dan PKP yang berterusan dan sebagainya, sebulat suara saya dan pasangan berasakan kita pilih satu tarikh selepas PKP dimansuhkan.

Tapi tetap tak boleh juga. Kemudian kami fikir lagi. Kita langsungkan pernikahan bila masjid dah dibenarkan untuk dibuka. Dan Alhamdulillah selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) maklumkan dah boleh nikah di masjid, maka saya pilih tarikh 21 Ogos untuk bernikah,” hurainya terperinci.

Kredit Foto: IG Ezza Yusof

Selepas Lapan Tahun, ‘She Is The One’
Menjawab pertanyaan media mengenai perjalanan perhubungan istimewa ini, ulasnya “Saya selalu bercakap pada diri saya yang saya perlukan seseorang yang memahami saya. Yang mengenali saya bukannya sebagai Remy Ishak sahaja tetapi sebagai Mohammad Zalimei Ishak. Agak bahaya sebenarnya menjadi seorang public figure bila saya hanya memilih pasangan yang mengenali saya sebagai Remy Ishak. Jadi kalau boleh saya nak pasangan saya kenal saya luar dan dalam.

Sepanjang saya berkawan dan berkenalan dengan Ezza tu ya orang cakap pahit manis perhubungan tu memang selalu berlaku. Macam-macam yang berlaku. Pada tiga tahun pertama tu memang susah untuk mengenali Remy Ishak. Ada cemburunya.

Kredit Foto: Google

Tapi jatuh bangun saya, bila saya bersama dengan dia, dia selalu ada disitu. Saya tak nafikan masa saya memutuskan pertunangan memang ada berkenalan juga dengan beberapa orang. Adalah… Bukannya saya tak boleh lupakan Ezza tapi dalam proses perkenalan itu kita mengenal hati dan budi seseorang. Banyak perkara yang tak dapat diteruskan. Saya dan Ezza selalu berhubung and she’s always there and I think she’s the one.

Keistimewaan Ezza Dari Kaca Mata Remy Ishak
Mengakui dirinya sebagai public figure punya laluan mudah untuk berjumpa dan mengenali ramai orang hurai Remy lagi, “Bukan kata saya terlalu memilih tapi it’s for good sake. Untuk masa depan, karier juga untuk perhubungan kekal hingga akhir hayat bahkan sampai ke Jannah… Of course bila orang kata terlalu memilih itu perlu. Dan bagi saya perlu. Bukan daripada segi status, kerjaya dan sebagainya tetapi pada saya mengenai peribadi juga. Kami sama-sama melalui proses pembelajaran dalam hidup.

Dan apa yang membuatkan saya hormat pada dia adalah dia selalu ingin berubah dan ingin menjadi yang lebih baik. Bukan untuk saya tetapi diri dia sendiri. Itu juga buatkan saya kagum dengannya. Saya juga perlukan orang untuk support saya, untuk berubah menjadi lebih baik pada setiap masa. Itu support system yang saya perlukan untuk orang yang betul-betul nak berada disebelah saya. Bukan saja support dari segi dunia glamor, tapi juga peribadi saya.

Kredit Foto: IG Ezza Yusof

Itulah Ezza yang saya kenal. Saya terusik disitulah. Dia bukannya kenal Remy Ishak yang nak kena suka aku because of aku Remy Ishak tidak. Ada orang yang kalau jumpa dia akan respect yang saya ni public figure dan ramai orang kenal. Tapi apa yang saya nampak, dia pandang saya sebagai sorang manusia biasa. Bagi dia mungkin why should I treat you as a VIP. Dan benda itu yang membuatkan saya rasa ‘Aku masih berpijak dibumi yang nyata supaya tidak tinggi menjadi seorang Remy Ishak yang orang rasakan aktor popular dan sebagainya. Dan dia yang ‘tarik’ saya ke bawah dan berpijak di bumi yang nyata. Dan saya perlukan itu.” akuinya jujur.

Doa kami di InTrend agar majlis yang bakal berlangsung esok lancar dan dipermudahkan perjalanannya. Juga moga ikatan suami isteri yang bakal tejalin ini kekal bahagia hingga ke syurga. Tahniah Remy dan Ezza. Selamat Pengantin Baru!
#Nikah #Remy Ishak #Ezza Yusof
;