Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Semporna, Sabah Ibarat “Little Wuhan” – Atfina Ibrahim Pohon Doakan Barisan Hadapan KUAT Hadapi Dugaan Kali Ini.

Huda Hussain
10/10/2020 12:00 MYT
Pertambahan angka kes positif yang sering kita dengari setiap hari melonjakkan kembali keresahan susulan peningkatan kes Covid-19 seluruh negara. Lebih memilukan, sepanjang minggu ini juga ada sahaja angka direkodkan bagi kes kematian akibat Covid-19. Allahu... Kerisauan dan segala macam perasaan yang menebak saat negara kita mula dilanda wabak ini dirasai kembali.


Memetik kata-kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah, "Gelombang ketiga ini lebih mencabar kerana melibatkan virus mutasi D614G dalam kluster-kluster di Kedah dan Sabah yang cepat menjangkit dan mudah merebak. Namun KKM lebih bersedia menghadapi gelombang kali ini dan telah membuat persiapan lengkap lebih awal."


Coretan Atfina Ibrahim, salah seorang barisan hadapan yang sedang berjuang di Semporna mengharungi ancaman Covid-19 ini cukup untuk membuka mata semua. Jika sepanjang tempoh PKPB industri pelancongan di Semporna semakin rancak dengan kunjungan pelancong tempatan, tetapi sejak kebelakangan ini situasinya berubah sama sekali.

Kredit Foto: Facebook Atfina Ibrahim

Seminggu bertugas di Semporna, aku dapat rasa kan betapa beratnya tanggungjawab pegawai perubatan, staff hospital dan klinik kesihatan di sini. Di ibaratkan sebagai #thelittleWuhan seluruh komuniti berisiko besar di jangkiti Covid-19. Setiap hari nombor positive kes bertambah. Aku tidak suka bercerita tentang kerja. Aku bukan jenis sentiasa post di media social tentang kerjaya aku walau lebih 10 tahun service di hospital. Tapi kali ini berbeza. Sesuatu yang aku rasa aku harus kongsikan.


Ditugaskan di jabatan kecemasan aku kagum dengan semangat doktor muda dari Semporna. Berkerja dari pagi sampai ke malam. Bertungkus lumus merawat pesakit yang rata-rata RTK positive. Tidak mengenal warga negara atau bukan warganegara tanggungjawab tetap di pikul. Memakai full PPE lebih dari 9-10 jam. Tidak makan dan minum semata-mata mahukan yang terbaik untuk pesakit.

Kredit Foto: Google

Masih ada system oncall >24 jam di waktu wabak ini kerana manpower tidak mencukupi. Berhadapan pesakit yang positive mengundang risiko yang amat tinggi bagi kami. Prolonged stay with the patients kerana manpower tidak mencukupi untuk shift systems.
Mixed feelings. Betul. Mixed feelings. Hampir setiap hari ada yang harus di 'intubate'. Risau akan di jangkiti?? Harus lah!!!. Tapi apa pilihan yang kami ada? Bertahan untuk yg terbaik buat pesakit dan komuniti.


Setiap hari sebelum masuk berkerja aku akan berdoa. 'Ya Allah permudahkanlah urusan sepanjang kerja di sini. Jauhkan lah kami dari bala bencana dan wabak.Bantulah kami Ya Allah'

Kredit Foto: Google

Rakan-rakan perubatan bantulah Semporna. Mari lah berjuang bersama-sama di sini. Pakar atau pegawai perubatan. Jururawat, MA, staff xray, staff makmal, driver, ppk. Kita harus bersama bantu mereka. Kembalikan senyuman dan semangat team Hosp Semporna. Berjuang!! Sahabat di semenanjung buat lah sehabis baik. Jaga SOP, keluar jika perlu,kerap basuh tangan/ hand sanitiser. Kita belum menang!!
#Sabah #COVID-19 #Barisan Hadapan
;