Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Highlights

Senaman Untuk Yang ‘Itu’ – Boleh Lakukan Di Rumah, Cuma Perlu Rajin Dan Konsisten Saja. Cubalah!

Huda Hussain 04/07/2020 | 09:32 MYT
Senaman ringkas jika dilakukan secara konsisten dapat membantu kamu memiliki bentuk tubuh yang diingini. Aatu lebih tepat lagi, ia mampu mencantikkan pinggul, membentuk payudara lebih anjal sekali gus memastikan kelangsungan hubungan intim antara suami isteri. Berikut adalah antara tips dan senaman ringkas untuk kamu aplikasi.
Kredit Foto: Google
Mengetatkan Faraj
Senaman ini membantu mengetatkan faraj serta mengurangkan masalah keputihan. Caranya: Duduk di atas kedua-dua tumit kaki. Tegakkan badan dan tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemudian cuba kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas. Lakukannya selama lima saat lalu hembuskan nafas dengan kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini tiga kali seminggu.
Menguatkan Otot Faraj
Caranya: Duduk dengan keadaan bersila rapat dan tegakkan badan. Letakkan betis dan paha kanan di atas peha kiri. Pastikan kedua-dua lutut menghala ke hadapan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Kedua-dua belah tapak kaki pula menghala ke belakang. Seterusnya, tarik nafas dan kemut faraj selama lima saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Hembuskan nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Tukar posisi, letakkan betis dan paha kiri di atas paha kanan. Ulangi senaman ini lapan kali seminggu dan lakukan mengikut kesesuaian badan setiap pagi dan malam sebelum tidur.
Mencantikkan Pinggul
Kredit Foto: Google
1. Lunges
Jarakkan kaki selari antara satu sama lain. Buka langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang. Turunkan tubuh perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut. Jaga lutut selaras ke depan lalu kembali ke posisi pertama. Ulangi langkah yang sama berulang kali.
Kredit Foto: Google
2. Step-Up
Gunakan pijakan seperti menaiki anak tangga. Langkahkan kaki kanan ke pijakan dan turunkan ke posisi awal tadi. Ulangi kaki kiri dan cuba tingkatkan kecepatan secara berperingkat.
Membentuk Betis
Berdiri atas jari kaki beberapa saat kemudian turunkannya semula. Ulangi senaman ini beberapa kali setiap hari dan ia berupaya membentuk dan menguatkan betis kamu.
Kredit Foto: Google
Membentuk Perut Dan Postur Badan
Tegakkan badan dan tahan perut ke dalam. Lakukan selama 30 saat. Rehatkan diri seketika dan ulangi senaman ini beberapa kali dalam sehari.
Kredit Foto: Google
Tegangkan Payudara
1. Lakukan di hadapan cermin dengan meletakkan tapak tangan menghadap satu sama lain di hadapan dada. Pastikan siku keluar dan tekan tapak tangan anda bersama-sama. Ulangi langkah ini sebanyak 20 kali.
2. Hadapkan tubuh pada dinding dan bersandar dengan tangan anda (lebar bahu selari). Tekan dinding dalam lima saat. Berjabat tangan dan ulangi senaman ini 15 kali.
#wanita #Senaman #Kesihatan Dalaman
;