Mungkin ibu bapa hanya menyedari anak-anak berhadapan dengan masalah ini apabila membawa mereka bercuti. Misalnya apabila membawa anak-anak ke pantai lalu mahu biarkan anak-anak berjalan memijak pasir pantai. Namun demikian si anak menangis teresak-esak lantas tidak mahu berjalan dan mahu didukung.

Kredit Foto: Google

Jika ini berlaku, ibu bapa perlu peka kerana mungkin anak anda mempunyai masalah sensori sentuhan. Menurut perkongsian Dr Redza Zainol di laman facebooknya, mak ayah patut risau apabila:
Hal ini kerana boleh jadi ia tanda-tanda anak mempunyai masalah sensori sentuhan. Namun usah risau kerana mujur ada aktiviti yang mak ayah boleh lakukan bersama anak supaya deria sentuhan ini sentiasa dirangsang. Salah satunya ialah Finger Painting atau mewarna menggunakan jari dan tangan.

Sambil meransang deria anak, dalam masa sama boleh juga kita perkenalkan warna-warna pada anak secara tidak langsung.
  1. Tips Mewarna Dengan Jari (Finger Painting) Dan Rumah Kekal Bersih
  1. Pakai baju khas – Boleh pakai apron comel yang dibeli di Daiso atau paling mudah, sarung saja T-shirt mak ayah yang sudah lusuh dan tidak dipakai.
Kredit Foto: Google
  1. Buat aktiviti di luar rumah – Boleh buat di beranda atau porch. Apa yang penting, BUKAN dalam rumah. Senang mak ayah nak kemas.
  1. Alas dengan kertas atau kain – Sebelum mulakan aktiviti, alas dengan kain yang lebar atau alas dengan surat khabar banyak-banyak. Selepas habis main, boleh terus buang surat khabar.
  1. Letak cat dalam mangkuk yang besar dan berasingan untuk setiap satu warna – Kalau pakai pallet, sekejap je dah terbalik pallet tu. Kalau pakai mangkuk, anak boleh terus celup tangan dalam mangkuk tu.
  1. Mood mak ayah dan anak yang gembira – Kalau anak tak gembira, bersedialah untuk situasi sepah yang berganda. Boleh jadi adegan budak baling mangkuk cat. Mak ayah kena berlapang dada sebab ni dikira sebagai “messy play”. Memang akan bersepah ya.
  1. Pada kertas lukisan anak, tampal double tape yang tulis nama anak. Lepas aktiviti selesai dan kertas dah kering, cabut tape tu dan akan terpampang nama anak pada lukisan tu.
Kredit Foto: Google