Highlights

Sepatutnya Kluster Kayangan dan Ingkar Kuarantin DIDENDA Sebab Mencabuli PKP, Bukan Dilayan Kerenah!

gempak
Afiza Kamarulzaman
15/04/2020
14:21 MYT
Sponsor Banner
Sepatutnya Kluster Kayangan dan Ingkar Kuarantin DIDENDA Sebab Mencabuli PKP, Bukan Dilayan Kerenah!
Menyusahkan orang lain dan pentingkan diri sendiri! Begitulah ungkapan yang boleh ditujukan secara tepat kepada individu yang tetap berkeras untuk bercuti ke luar negara walau dalam keadaan dunia sedang ‘berperang’ dengan wabak Corona. Alasan tiket sudah ditempah lama, tidak mahu menanggung rugi dan akan memastikan keselamatan diri diutamakan sesungguhnya tidak dapat diterima. Ini bukan masanya memikirkan tentang wang ringgit atau keseronokan yang sementara.
Ketika siaran lansgung dilakukan InTrend bersama rakyat Malaysia yang dibawa pulang Itali, Norul Ridzuan Zakaria semalam, beliau sendiri berpendapat bahawa kalangan kluster sebegini tidak seharusnya diberi keistimewaan yang berlebihan. Norul Rizuan juga menepis telahan kebanyakan netizen yang menyamakan mereka dengan kluster kayangan ini. “Kami adalah kelompok yang bekerja di Itali dan memohon untuk dibawa pulang ke Malaysia atas faktor keselamatan. Dan saya sendiri mengecam rakyat Malaysia yang ke luar negara semata-mata untuk bercuti ketika wabak Covid-19 sedang mengganas.”
Kredit Foto: Google
Layanan Kerajaan Untuk Kami Memuaskan
Ketika diminta untuk berkongsi keadaan tempat kuarantin beliau dan semua rombongan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Estek sebelum ini, kata Norul Ridzuan, beliau sudah biasa memenuhi acara rasmi kerajaan dan kebiasaannya begitulah ‘standard’ yang disediakan oleh kerajaan seperti bilik bertaraf tiga bintang. Namun, bagi beliau ia sudah cukup selesa dengan kemudahan wifi dan makan minum yang tidak perlu dirungutkan.
“Saya tahu ada sesetengah tempat yang dikatakan agak daif namun dalam keadaan sekarang ini, janganlah kita mengharapkan sesuatu yang sudah biasa kita nikmati. Berterima kasihlah kepada kerajaan yang sudah sedaya upaya membantu. Dalam keadaan genting seperti ini, tolong jangan banyak kerenah dan menambahkan beban frontliners dan pihak berkuasa. Selalu beginilah, apabila berada dalam satu-satu situasi kecemasan, manusia memang akan mula menunjukkan sikap sebenar mereka kerana terlalu ‘terdesak’.”
Buang Saja Terma ‘Kayangan’ Itu
Rasanya, mulai dari saat ini tidak perlu lagi diwujudkan sebarang ‘julukan’ kepada golongan seperti ini. Kluster kayangan ini membuatkan mereka jadi semakin perasan dan mengada-ngada. Kayangan itu sendiri menunjukkan betapa gahnya taraf mereka seolah-olah berada di carta teratas. Mereka ini bukan siapa-siapa dalam keadaan sekarang ini, semua orang dianggap sama sahaja. Wabak Covid-19 tidak mengenal siapa kamu, darjat, pangkat atau keturunan. Jadi, jangan perasan dan rasa megah dengan kelebihan diri.
Kredit Foto: Google
Cadangan Agar Mereka Ini Didenda Saja
Sebagai pengajaran, seharusnya mereka yang sengaja bercuti ke luar negara dalam tempoh PKP dan mereka yang ingkar untuk menjalani kuarantin walau sudah dinasihatkan berbuat demikian seharusnya didenda dengan nilai yang setimpal. Mereka ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah menyusahkan banyak pihak. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana menjadikan mereka lagi ‘naik lemak’. Kebanyakan orang yang bercuti ke luar negara ini pastinya yang ‘berkemampuan’, kerana itu mereka banyak kerenah.
Jika kita rakyat Malaysia yang hanya keluar lebih 10km pun didenda sehingga RM1000, mengapa tidak mereka ini juga dipertimbangkan hukuman yang sesuai agar mereka belajar sesuatu daripada tindakan kurang bertanggungjawab mereka itu. Akhir kata, diharapkan kerajaan tidak terus melayan permintaan yang melampau-lampau mereka ini. Dan, beri amaran keras sekiranya mereka merendah-rendahkan maruah barisan hadapan negara juga mereka yang dengan sengaja memviralkan pusat kuarantin dan kemudahan yang disediakan kerajaan.
Walaupun ini negara demokrasi, namun mereka harus menghormati negara di mana mereka dilahirkan dan berpijak. Maruah negara seharusnya dijaga rapi bukan dicanang-canang dengan keburukan dan seribu satu pandangan negatif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live