Read

Sering TERKECEWA Dek Lelaki – JOY REVFA Akur. Adakah Ini Bukti Wanita Cantik dan Kaya Sukar Dicintai?

gempak
Afiza Kamarulzaman
24/09/2020
04:12 MYT
Sponsor Banner
Sering TERKECEWA Dek Lelaki – JOY REVFA Akur. Adakah Ini Bukti Wanita Cantik dan Kaya Sukar Dicintai?
“Bukan saya ditinggalkan ya, saya yang meninggalkannya kerana berasakan kami tidak serasi,” Ujarnya sambil ketawa manja sebaik saya bertanyakan perihal ‘pelamin angannya musnah’ ketika ditemui di sebuah acara fesyen di ibu kota baru-baru ini. Joy bersahaja dan tenang melayan soalan-soalan InTrend.
Menurut Joy Revfa semua ini ketentuan takdir apabila sekali lagi cintanya terkandas di pertengahan jalan. Mulanya, dia tidak mahu menghebahkan mengenai pembatalan majlis kahwinnya itu, namun disebabkan majlis itu melibatkan beberapa penaja, jadi dia terpaksa juga membuat kenyataan rasmi.
“Kita kena percaya dengan perancangan Allah, mungkin bunyinya klise tapi inilah kenyataanya kita hanya mampu mengatur semua perkara tapi tiada daya untuk memutuskannya jadi,” Tambahnya lagi yang mahu terus move on sahaja.
Sepatutnya, Joy bakal mengakhiri zaman solonya pada 24 Jun tempoh hari. Disebabkan ketika itu masih PKP, maka majlis terpaksa ditunda. Dalam tempoh penundaan itulah, Joy berasakan seperti ada yang tidak kena dalam hubungan mereka. Daripada meneruskan sesuatu yang kita sendiri tak yakin baiklah, ditamatkan dengan baik.
Adakah Sukar Membahagiakan Wanita Cantik dan Berharta?
Saat diajukan soalan itu kepadanya, Joy ketawa besar. “Tidaklah cantik mana atau sekaya apa pun. Rezeki Allah saja. Ramai yang tanya soalan begini kepada Joy, adakah Joy memang ditakdirkan tiada ‘luck’ dalam cinta? Susah untuk Joy jawab. Ini semua takdir yang dah tertulis...”
Tambahnya lagi, “Joy bukanlah jenis yang cerewet atau memilih. Joy Cuma harapkan lelaki yang memahami dan mampu membimbing Joy ke arah yang lebih baik. Joy pula seorang founder, ramai orang di bawah yang bergantung kepada Joy untuk menyara kehidupan, jadi komitmen Joy besar.”
Apa pun, Joy memohon semua orang mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga. Tiada wanita yang mahu terus hidup tanpa kehadiran lelaki bernama suami yang dapat membawa kebahagiaan dunia akhirat.
Apa pun, semuanya bukan kuasa kita untuk mengatur hakiki kehidupan. Sempoga Joy ditemukan dengan lelaki yang diimpikan. Amin...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live