Umum mengetahui sekitar hujung Februari lalu, pelakon Shera Aiyob ada memuat naik beberapa foto percutiannya ke Jepun dan Korea. Bukan sekadar percutian biasa, tiket penerbangan untuk kedua-dua negara ini sudah lama dibeli sejak Ogos tahun lalu kerana Shera dan suami Zahiril Adzim bersama anak mereka Anaqi turut melawat keluarga mereka di sana. Dan selepas pulang ke Kuala Lumpur, mereka menjalani sesi kuarantin di rumah. Dan perkongsian ini seperti yang dinukilkan Shera menceritakan kembali momen self quarantine yang dijalaninya sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa.


Kredit Foto: IG Shera Aiyob


Macam mana hari ketiga RMO (Restricted Movement Order) korang? Yang berjaya stay at home, bagus! Yang perlu keluar bekerja, jaga diri dan lakukan seperti yang disaran kerajaan. Yang degil masih keluar tanpa urusan penting, please eh. Pergi dengar pesanan khas Diva AA.

Okey sebenarnya 16 Mac hari tu aku nak share yang hari tu ialah hari terakhir 14 days self quarantine kami. Tapi sebab tergamam dengar PM announced RMO mulai 18 Mac, terus tak jadi nak share. Kena tambah lagi 14 hari weyh. Takpe, demi kebaikan semua, kami okey. Kalau 14 hari lepas kami boleh buat, insya-Allah kami mampu sambung lagi 14 hari.

Alhamdulillah sepanjang tempoh self quarantine kami yang lepas, semuanya baik-baik sahaja. Phew! Memang bukan mudah ya bertapa dalam rumah lama-lama. Tapi atas dasar tanggungjawab dan keselamatan bersama, kami sanggup! Selama 14 hari self quarantine hari tu, kami jaga semampu yang boleh.


Kredit Foto: IG Shera Aiyob

Kami cuba elakkan tetamu datang ke rumah termasuklah famili sendiri. Kami tak nak ambil risiko, terpaksa bertahan. Dan dari hari pertama self quarantine, walaupun tiada simptom, setiap hari aku cuba hubungi CPRC untuk maklumkan situasi kami tapi tak berjaya. Yela, confirm ramai gila yang call kan.

Setiap hari kena gagahkan masak sendiri untuk elakkan makanan luar. Banyakkan minum air dan makan makanan yang boleh tingkatkan immune. Vitamin, yessss everyday. Bab ni aku okey sebab memang biasa amalkan. Maka setiap harilah Daddy and Anaqi dengar siren Mommy berbunyi “Vitaminnnnn!” Heh.

Kami juga kerapkan mandi, cuci tangan dan guna sanitizer. Hari-hari aku akan check body temperature especially Anaqi. Setiap pagi dan malam sebelum tidur, aku akan sapu essential oil untuk tingkatkan immune. Rumah pun kena selalu bersihkan. Spray segala yang boleh.


Kredit Foto: IG Shera Aiyob


Aku tahu korang pun buat benda yang sama kan. Yeah, takda siapapun yang nak sakit. Jadi kita jaga dan tingkatkan kebersihan diri serta persekitaran kita. Ikut arahan kerajaan, stay at home. Please. Let’s do our part. Demi kebaikan bersama.

Okey, take care and stay safe everyone! Kita doa sama-sama agar virus ini berjaya dihapuskan dan kita semua dilindungiNya.