Highlights
SUAMI ISTERI Berniaga Bersama – Tengok Pasangan Lain Senang Aje, Tapi Bersediakah Kalian Nak Tempuh Cabarannya?
Sembilan daripada 10 cabang rezeki hadirnya adalah daripada bidang perniagaan. Ya, dalil ini bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat kita kerana ia diperkuatkan lagi dengan sepotong hadis yang bermaksud “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.” Juga daripada maksud sebuah hadis yang lain pula, “9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan.”
Kredit Foto: IG Aliffsyukriterlajaklaris
Dari dahulu lagi Rasulullah SAW menggalakkan kita berniaga. Nak tahu kenapa? Ada keberkatan didalamnya apabila diusahakan dengan cara yang betul, patuh syariat, hindari riba dan apa jua yang berkaitan dengannya. Malah lebih berkat rasanya apabila ia diusahakan bersama suami isteri.
Mungkin tak semua konsep atau asas perniagaan sesuai diterapkan dalam perkahwinan. Tetapi ada rasionalnya jika ia dipraktikkan dengan pendekatan yang betul. Mahu tahu apa kelebihan dan kekurangan menjalankan perniagaan bersama pasangan?
Kelebihannya…:
- Tiada Rasa Curiga atau Cemburu
Kredit Foto: IG Puanfelinna
- Anda Lebih Memahami Pasangan
- Kepercayaan
Kredit Foto: IG Bellealyahya
- Masa Bersama
- Rasa Selamat dan Terlindung Aje
Kekurangannya Pula…
- Terbawa-bawa Sampai Ke Rumah
Kredit Foto: IG Syafiqahaina
- Ujian Bisnes dan Rumahtangga
3. Terbawa Urusan Peribadi Dalam Soal Bisnes
Pasti sukar buat suami mahupun isteri andainya terperangkap dalam perselisihan faham yang berlanjutan dalam urusan perniagaan. Lebih malang lagi jika salah seorang atau kedua-duanya gagal mengawal emosi lantas bertindak tidak profesional. Mulalah episod ungkit-mengungkit dan mungkin secara tidak sengaja membuka aib pasangan, nauzubillahiminzalik. Justeru, jika ada masalah bawalah berbincang. Atau jika terlaku sukar, cari orang tengah untuk meleraikan kekusutan kalian.
Kredit Foto: IG Bizmillatravel
4. Susah Seimbangkan PerananJika di pejabat, merekalah rakan kongsi atau pengarah dan presiden misalnya, tetapi di rumah sewajarnya jawatan itu dilucutkan sementara kerana secara naturalnya sememangnya mereka adalah suami dan isteri. Jika terbawa-bawa peranan dan jawatan yang dipikul dipejabat ke rumah, mungkin sukar bagi pasangan untuk seimbangkan peranan. Sebaiknya, isteri janganlah terlalu bossy atau suami menunjukkan kuasa veto. Fikir secara rasional dan profesional untuk berhadapan dengan apa jua masalah. Pasti ada nilai tambah andai kedua-dua peranan ini diuruskan dengan baik.
Solusinya usah khuatir. Jika kalian sudah punya niat mahu buka perniagaan dan usahakan bersama pasangan; teruskan saja. Dapatkan nasihat dan panduan daripada mereka yang berpengalaman sebagai langkah bersiap siaga. Barulah kalian lebih bersedia daripada segi mental, fizikal dan sebagainya untuk memulakan langkah seterusnya. Semoga berjaya!
Must-Watch Video