,
gaya hidup

Suntikan Influenza Untuk Kanak-Kanak – Sejauh Mana Mampu Lindung Daripada Covid-19? Dr Zaqrul Razmal Beri Ulasan.

Huda Hussain
13/10/2021
06:55 MYT
Memandangkan kanak-kanak masih belum layak menerima vaksin, lantaran itu ada dalam kalangan ibu bapa yang mengambil inisiatif membawa anak-anak mendapatkan suntikan Influenza. Sejauh manakah ia berkesan melindungi mereka daripada terkena jangkitan Covid-19? Consultant Paediatrician, Specialist Clinics, Mawar Medical Centre, Seremban; Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi memberi ulasan ringkas mengenai soal ini. Katanya,
Kredit Foto: Google
“Sebenarnya kalau kita sebut mengenai vaksin Influenza, ia hanya protect against Influenza. Yang mana virus Influenza juga menyebabkan demam, batuk dan selsema. Tapi kuranglah melibatkan pneumonia. Kalau kita lihat sama ada ia melindungi Covid-19 atau tidak, sebenarnya secara theoretical vaksin Influenza tak protect against Covid-19. Tetapi cross antibody yang terhasil akibat daripada suntikan Influenza juga menghasilkan cross protection against any respiratory viruses.
Dan kalau kata ramai yang nak ambil jab Influenza, boleh… Silakan, tiada masalah terutamanya bila anak-anak kita dah mula bersekolah, taska dan nurseri beroperasi seperti biasa; automatically, semua respiratory viruses akan mula meningkat,” hurainya lanjut.
Kredit Foto: Google
Jadi Apa Yang Boleh Kita Lakukan Untuk Lindungi Anak-Anak:
  1. Kalau anak-anak sangat memilih makan; ibu bapa pastikan ada protection atau supplemen dengan vitamin C dan juga supplemen vitamin D.
  2. Jangan bawa anak-anak ke tempat yang padat.
  3. Kurangkan dine in
  4. Kurangkan berjumpa orang yang tak dikenali.
Kredit Foto: Google
Pencegahan dan Langkah Berjaga-jaga Dapatkan vaksin setiap tahun (kerana strain vaksin sentiasa dikemaskini mengikut perubahan antigen virus influenza yang berterusan). Vaksin influenza tidak berkesan untuk melindung individu dari jangkitan influenza jenis lain kerana berlainan virus penyebab.
Vaksin mengambil masa dua minggu untuk memberi perlindungan dan boleh bertahan sehingga setahun.
Jenis vaksin: Virus tidak berjangkit yang lemah.
Bilangan dos: Satu (1), suntikan untuk individu berusia lebih 9 tahun, dua (2) dos sekurang-kurangnya 4 minggu selepas dos pertama untuk bayi berumur 6 bulan hingga 9 tahun. Separuh dos untuk bayi berumur 6 hingga 36 bulan.
Booster: setiap tahun; individu yang terjejas daya tahan badan (berpunca dari ubat-ubatan atau penyakit) perlu menerima dos kedua (2) 4 minggu selepas dos pertama.
Kontraindikasi: Hipersensitiif terhadap dos sebelumnya atau hipersensitif yang teruk pada telur
Tidak balas buruk: Sakit setempat dan tempat suntikan berasa lembut (20%), demam dan malaise (rasa lemah atau kurang sihat).
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/influenza/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Unitar