Seperti sudah diduga, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pastinya bersambung melihatkan pada catatan kes harian positif Covid-19 yang masih menunjukkan antara lima ke enam ribu kes sehari.
Seperti yang dilaporkan Berita Harian Online, PKP ini dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, supaya PKP 3.0 disambung.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu hingga semalam ialah 6,871.
"Senarai positif, negatif dan prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, memandangkan semua senarai positif, negatif dan SOP adalah sama seperti sebelum ini maka beliau berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP. "Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokasi di Sabah dan Kedah.
Di Kedah, PKPD akan dilaksanakan di Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, selepas mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 18 kes positif dilaporkan hasil ujian saringan ke atas 208 penghuni universiti itu dalam tempoh seminggu.
KKM juga mengesan berlaku penularan kes dalam kalangan pelajar dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampus UUM, berkuat kuasa 13 Jun hingga 26 Jun 2021.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan keluar masuk bagi memastikan tiada penyebaran jangkitan keluar ke kampus serta memudahkan KKM membuat pemantauan ke atas pelajar sedang menjalani kuarantin," katanya.
PKPD turut akan dilaksanakan di Kampung Kadazan, Tawau; dua perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu dan Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah.
KKM melaporkan berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu di Kampung Kadazan, apabila senanyak 14 kes positif COVID-19 dilaporkan hasil daripada 45 ujian saringan dengan kadar positiviti 31.11 peratus.
Di Kota Kinabalu, pelaksanaan PKPD akan dibuat di Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai selepas berlaku peningkatan ketara apabila sebanyak 15 kes dikesan hasil daripada 20 ujian saringan di kedua-dua perkampungan ini.
Turut berlaku peningkatan kes adalah di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang yang merekodkan lapan kes positif dalam tempoh seminggu. Semua pelaksanaan PKPD di tiga lokasi di Sabah ini akan dibuat bermula 13 Jun hingga 26 Jun 2021.
Rakyat Dah Penat, Mohon Perketatkan SOP
Rata-rata rakyat menyambut baik keputusan kerajaan untuk menyambung dua minggu lagi Perintah Kawalan Pergerakan ini demi memutuskan rantaian Covid-19. Namun, yang menjadi bantahan kebanyakan rakyat apabila terdapat ketirisan dalam perlaksanaan undang-undang berkaitan pembukaan kilang tidak perlu dan kawalan di pintu masuk.
Kluster yang meningkat juga kebanyakannya terdiri daripada pekerja kilang yang menjangkiti rakan sekerja sehingga mencatatkan ratusan orang dalam sehari. Ini yang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat, sejauh mana majikan menjaga SOP di tempat kerja.
Dan, bagaimana kilang masih boleh terus beroperasi walaupun sudah mencatatkan kes positif? Walaupun mendapat kelulusan kementerian, bukankah boleh ditarik semula kelulusan itu sekiranya majikan melanggar SOP yang ditetapkan.
Apabila terdapat kes dalam kalangan pekerja terbabit dan kemudian mencetuskan kluster, bukankah itu sudah menunjukkan terdapatnya perlanggaran SOP?
Begitu halnya dengan kawalan pintu negara. Walau apa pun alasan yang diberi, diharapkan kerajaan dapat menutup sementara pintu negara kita daripada membawa masuk pelancong asing hatta rakyat sendiri jika mereka dari negara dan kawasan yang mempunyai kes Covid-19 membimbangkan.
Diharapkan kerajaan dan pihak berkuasa dapat memikirkan langkah yang lebih baik kerana jika dilihat langkah yang diambil sekarang ini nampaknya masih ‘suam suam kuku’. Rakyat juga ingin menjalani kehidupan normal. Maka, sama-samalah kita jaga kita dan berganding bahu menjadikan negara ini kembali ‘bersih’. Kita penat, frontliners apatah lagi?
Afiza Kamarulzaman
Fri Jun 11 2021


Payudara Nadin Amizah Diraba: “Sungguh Merendahkan Martabat Saya…”
Penyanyi Nadin Amizah melahirkan rasa kesal dan marah

Siti Nurhaliza Back Up Liza Hanim, Sekolahkan Netizen! - "Peribadi Tak Baik, Hati Hitam"
Tak baik kutuk fizikal orang.

Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.

Hot Seat All Stars GV, Zamani Dominasi Undian Peminat! - "Saya Gembira Masih Ada Peminat"
Zamani mendominasi undian untuk carta hot seat dengan peratusan 11.11

Noor Nabila & Engku Emran Sah Cerai Selepas 2 Tahun Kahwin - “Semua Ini Adalah Takdir Untuk Dilalui,”
Rumah tangga usahawan Noor Nabila dan Engku Emran yang dibina sejak dua tahun lalu berakhir dengan perceraian pada Isnin.