Tidak mahu terus berahsia, Yusry dan isterinya, Lisa Suri Hani akhirnya berkongsi berita gembira yang selama ini menjadi teka-teka peminat bahawasanya mereka bakal menimangn cahaya mata ke tiga.


Pastinya khabar gembira ini dibalas dengan ucapan tahniah oleh semua peminat dan kenalan. Masing-masing mendoakan urusan kehamilan dan kelahiran nanti berjalan lancar dan dipermudahkan.


Khabar gembira ini dimaklumkan oleh Yusry sendiri di akaun Instagramnya. Tanpa mahu berahsia atau menantikan pengumuman rfasmi, Yusri membuat keputusan untuk memberitahu sahaja secara santai mengenai kehadiran baru itu nanti.


Katanya, “Tak perlu untuk pengumuman kerana lambat-laun orang akan tahu juga.” Mereka sudah pun berkongsi berita ini dengan keluarga dan kenalan rapat dan tiba masanya untuk dikongsi secara umum.


Memahami bahawa ini adalah anugerah dari yang masa Esa yang sangat berharga. Tambahan pula dalam keadaan pandemik ini banyak ujian dan kegetiran melanda negara dan individu. Maka, mereka mendoakan perlindungan untuk semua.


Tidak ketinggalan Yusry sempat menitipkan doanya kepada pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat agar impian mereka dimakbulkan satu hari nanti.


Tahniah juga kepada pasangan sweet ini yang meraikan ulang perkahwinan ke sembilan mereka pada 24 Februari.



A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)