Highlights

Tak Dapat Balik Kampung Bukan Alasan Tak Mahu Beraya – AIDILFITRI Hari Kemenangan, Cipta CERIA di Rumah.

gempak
Afiza Kamarulzaman
10/05/2020
13:23 MYT
Sponsor Banner
Tak Dapat Balik Kampung Bukan Alasan Tak Mahu Beraya – AIDILFITRI Hari Kemenangan, Cipta CERIA di Rumah.
Sama sekali tidak boleh untuk umat Islam berduka lara pada Hari Raya Aidilfitri kerana 1 Syawal itu adalah hari kemenangan kita. Hari yang meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan sepanjang bulan Ramadan. Suatu perjuangan yang telah berjaya itu, haruslah diraikan dengan kegembiraan dan kesyukuran. Logiknya tiada orang yang bersedih setelah memperoleh kemenangan.
Di mana atau dengan siapa pun Lebaran kali ini disambut, haruslah kita meraikannya dengan kegembiraan. Kerana itu jugalah Allah mengharamkan umat Nya berpuasa pada 1 Syawal kerana mahu umat Nya menghargai ‘hadiah’ istimewa ini. Tidak berada di kampung halaman tidak seharusnya dijadikan alasan untuk protes dengan tidak mahu menyambut Aidilfitri di rumah sendiri.
Kredit Foto: Google
Masanya Beraya Dalam Kesederhanaan
Ya, PKP ini juga dapat dijadikan teladan dan masa untuk kita bermuhasabah untuk beraya dalam kesederhanaan dan penuh syukur. Jika selama ini Hari Raya disambut diselitkan dengan pembaziran dan sifat boros seperti membeli baju berpasang-pasang, makanan yang dimasak berlebihan atau bertukar perabot yang masih elok, jadi tahun inilah pengertain sebenar Syawal dapat dihayati sebaiknya.
Mungkin ada yang menganggap Raya tahun ini paling berbeza kerana beraya di rumah sahaja tetapi jika dipandang dari sudut positif, inilah sebenarnya Raya terbaik yang menjadikan kita umat Islam yang beraya mengikut syariat yang disarankan. Tidak ada lagi sikap menunjuk-nunjuk, berlebih-lebih, tamak, umpat dan berkata yang sia-sia. Setidak-tidaknya kita beraya mengikut yang perlu sahaja.
Kredit Foto: Google
Jangan Tidur Pula di Pagi Syawal!
Ya, jangan ditunjukkan rasa sedih itu dengan tidak mahu meraikan hari kemenangan itu nanti. Ayuh, kita raikan Hari Raya ini dengan norma baru mengikut kemampuan masing-masing. Paling penting, tunaikanlah perkara-perkara sunat seperti berikut;
  • Mandi sunat hari raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri
  • Menjamah makanan sebelum keluar ke mana-mana. Selepas solat subuh dan usai bersiap, bolehlah bersarapan bersama seisi keluarga. Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya Aidilfitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma."
  • Banyakkan bertakbir memuji Allah yang satu. Ajaklah sesiapa yang berada di rumah untuk bersama-sama melaungkan takbir malam Raya.
  • Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain. Disebabkan kita tidak digalakkan untuk berkunjungan, ucapan ini boleh diutuskan menerusi panggilan telefon atau media sosial. Asal sahaja ada silaturahim dipanjangkan.
  • Bercantik-cantik, berwangi-wangi dan memakai pakaian terbaik yang ada. Namun, untuk wanita dilarang berwangian ketika keluar kerana bimbag mendatangkan fitnah.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live