Ada isteri merungut apabila suami kurang membantu dalam hal ehwal rumah tangga. Semua rutin terpikul di bahu isteri. Sama-sama mencari rezeki untuk keluarga tetapi selalunya isteri juga memikul bebanan ekstra seperti membuat kerja rumah, menghantar/mengambil anak-anak sekolah, memeriksa buku sekolah anak, membayar bil dan banyak lagi senarainya yang buat isteri lelah.

Namun, antara sedar dan tidak, perilaku suami itu ada kalanya didorong oleh sikap isteri sendiri yang secara tidak sengaja memberi peluang untuk suami bersikap lepas tangan dek merasakan isteri mampu melakukan semuanya walau tanpa dibantu mereka.


Kredit foto: Google



Isteri Terlalu Berdikari Makan Diri

Memang banyak bagusnya apabila seseorang isteri itu bersikap berdikari dan tidak bergantung kepada suami semata-mata. Silapnya apabila suami mengambil kesempatan daripada sikap positif isteri itu.

Maka, isteri makan hati apabila suami melepaskan semua tanggungjawab kepada isteri sahaja.

Dengar baik-baik wahai isteri, walau setangkas mana kamu mampu melangsaikan segala urusan keluarga, jangan ditunjukkan semuanya di depan suami.

Ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan suami tetapi sebagai ‘ingatan lembut’ untuk suami memahami tanggungjawabnya juga.

Jangan rampas semua pahala yang sepatutnya boleh dikongsi bersama. Berbagilah tugas agar masing-masing merasai kesusahan membina kesejahteraan keluarga.





Kredit foto: Google


5 Nasihat Seimbangkan Tanggungjawab:

1. Sangat bagus untuk isteri membantu suami dari segala segi. Namun untuk tugasan berat seperti membaik pulih peralatan rumah atau hal-hal kereta rosak ke, serahkan kepada suami.


2. Apabila bab wang ringgit, walaupun isteri ‘ada’, jangan semua harus dikatakan mampu. Bahagian yang sepatutnya suami selesaikan, biarlah dia yang uruskan, melainkan dalam keadaan yang terdesak.


3. Urusan anak-anak wajib sama-sama pikul. Contohnya, jia anak sakit, usahakan untuk suami ikut sama menghantar anak ke klinik atau tolong jaga pada waktu malam. Atau setidak-tidaknya, tolong suapkan ubat pun memadai. Ini penting supaya suami tahu perkembangan anak-anak.


4. Hal-hal pembayaran bil bolehlah diselesaikan secara bergilir walaupun suami dan isteri berkongsi wang.


5. Setiap masalah yang melanda jangan cuba diselesaikan sendirian. Mestilah dikongsi bersama suami. Meskipun mungkin suami tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya dia tahu yang kamu sedang dilanda masalah.

Jangan nanti dia ingat sepanjang hidupmu senang saja. Maka, kamu mampu buat semuanya dengan baik.