,
Highlights

Tak Perlu Produk Mahal! 8 Petua INI Bikin Wanita Sedap Mata Dipandang Yang Tersayang.

Huda Hussain
19/09/2020
15:40 MYT
Kecantikan itu lahir dari dalaman yang bersih, suci dan tulus. Jika ikhlas melakukan apa jua dan setiap sesuatu itu diniatkan kerana Allah, dengan izin-Nya pasti disempurnakan. Mungkin kalian boleh mencuba petua ini agar sedap mata dipandang oleh yang tersayang. Hati berasa tenang dan lebih berkeyakinan.
Kredit Foto: Google
Petua 1 Setiap kali bangun pagi tunaikan solat Subuh, luangkan masa untuk minum air suam dan selawat seketika. Kemudian barulah mencuci muka, mandi dan ambil wudhu. Lakukan setiap hari agar menjadi rutin dan kebiasaan. Pasti anda dapat rasakan perbezaannya. Ini juga petua yang sering diamalkan orang tua setiap kali bangun pagi. Cubalah!
Petua 2 Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ selepas memberi salam setiap kali selesai solat fardhu. Ia bermaksud wahai yang Maha Kuat. Moga asbab zikir ini Dia kurniakan kekuatan pada fizikal dan mental kita dalam menempuhi apa jua ujian mendatang. Jika kalian punya wirid atau zikir lain boleh juga dibaca dan diamalkan.
Kredit Foto: Google
Petua 3 Banyakkan minum air putih pada waktu siang. Paling kurang pun lapan hingga 10 gelas setiap hari. Bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan dan mencantikkan kulit wajah agar kekal terhidrat, ia juga beri banyak kebaikan untuk tubuh kamu. Usai solat Maghrib dan Isyak, amalkan pengambilan madu. Campurkan bersama air suam.
Petua 4 Nak cantik secara semula jadi? Sentiasalah pelihara wajah dalam keadaan berwudhu. Wajah lebih berseri dan tenang sahaja mata yang melihat. Pastikan juga kalian rajin membasuh muka dan tangan kerana tangan mudah dijangkiti bakteria. Apabila tangan menyentuh wajah dikhuatiri menyebarkan atau membuatkan bakteria merebak pada wajah.
Kredit Foto: Google
Petua 5 Gunakan tiga jari tengah untuk menggosok muka ketika mencuci atau membilas wajah.
Petua 6 Sebelum mula bersolek atau berbedak, baca selawat tiga kali dan berdoa ‘Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang dan tenang melihatku’. Tapi biarlah ia niat yang betul ya. Jangan pula pincang nawaitu, lain pula jadinya.
Kredit Foto: Google
Petua 7 Biasakan membaca doa ketika melihat cermin. ‘Ya Allah sebagaimana Kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku’.
Petua 8 Setiap kali selepas solat Isyak, ambil segelas air. Baca Surah Al-Fatihah (sekali), ayat Kursi (sekali) Surah Al-Waqiah, ayat 35 hingga 38 (tujuh kali). Kemudian tiup dan minum mengikut sunnah iaitu tiga kali teguk.
Insya-Allah semoga ikhtiar ini bukan sahaja membantu kita lebih berlapang dada, berkeyakinan dan mahu menyenangkan mata insan tersayang yang melihat. Tetapi juga meletakkan kebergantungan kepada-Nya. Kerana Dialah yang mengizinkan setiap sesuatu berlaku. Selamat mencuba!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rupanya Macam Ni Petua Nak Hilangkan Bau Badan…

gempak
29/12/2023
07:55 MYT
Wow! Boleh cuba ni
Laman Utama

Noya Tidur Berdengkur? Cuba Bancuh & Minum Air Dengan Dua Bahan Ini!

gempak
06/10/2023
13:55 MYT
Siapa selalu tidur berdengkur?
Laman Utama

Pekin Ibrahim Terima Petua Pelik Untuk Dapatkan Zuriat - “Bila Bersama Kena Buka…”

gempak
07/09/2023
00:52 MYT
Macam-macam petua la ya...
Laman Utama

Rawat Migrain & Sakit Leher Salah Bantal Guna Ais! Ini Cara-Caranya

gempak
05/09/2023
07:55 MYT
Migrain pun boleh dirawat dengan ais.
Laman Utama

Ira Kazar Ajar Masak Sambal Sotong Sedap Tambat Hati Suami! - "Nak Lagi Ngam Tambah Petai"

gempak
30/08/2023
01:55 MYT
Resepi sambal sotong cara Ira Kazar.
BorakSeeni