Tak Perlu Sendat, Ketat & Melekap! – Modest Maternity Wear ELFIRA LOY , Bukti Ibu Hamil Juga Boleh Berfesyen!
Huda Hussain
28/09/2019 05:51 MYT
28/09/2019 05:51 MYT
InTrend terpanggil menukilkan gaya selebriti bertubuh genit, Elfira Loy yang kini menghitung detik bergelar ibu tidak lama lagi. Bukan apa, sejak sarat hamil makin comel pula kami lihat penampilannya.
Malah sejak ‘baby bump’ nya mula kelihatan, busana yang digayakan Elfira sering mencuri tumpuan. Jarang dia sarungkan helaian baju mahupun seluar yang ketat-ketat, sendat atau melekap pada tubuh.
Kredit foto: IG Elfira Loy

Benarlah, pakaian yang labuh lagi longgar itu jauh lebih selesa selain memenuhi tuntutan syariat. Selain bijak suai padan maternity wear yang disarung, penampilan Elfira bagaikan membangkitkan seri ibu mengandung.
Acap kali dilihat menyarung dress labuh dan jubah; sesekali Elfira juga padankan dengan jacket dan outerwear yang lain untuk bikin statement dalam look yang digayakannya.
Pemilihan fabrik dengan motif floral, printed dan plain; seleksi rona yang vibrant juga bagaikan membangkitkan mood ceria bakal ibu ini.
Pemilihan fabrik dengan motif floral, printed dan plain; seleksi rona yang vibrant juga bagaikan membangkitkan mood ceria bakal ibu ini.
Kredit foto: IG Elfira Loy
Buat ibu-ibu hijabi di luar sana, mungkin boleh jadikan ‘look’ Elfira dalam modest maternity wear sebagai rujukan okey! Jangan jadikan berbadan dua sebagai alasan untuk bermalasan dalam soal bergaya.
Kerana di luar sana terdapat banyak seleksi pakaian ibu hamil yang tetap terlihat cool, relaks dan sopan. Apa yang penting, bakal ibu selesa menyarungnya.
Kerana di luar sana terdapat banyak seleksi pakaian ibu hamil yang tetap terlihat cool, relaks dan sopan. Apa yang penting, bakal ibu selesa menyarungnya.
Pasti ramai yang tidak sabar menanti kehadiran bayi comel ini. Dan buat Elfira, kami dari redaksi InTrend Malaysia mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan untuk melahirkan seorang lagi khalifah Allah di bumi ini. Semoga selamat semuanya!
Kredit foto: IG Elfira Loy
Kredit foto: IG Elfira Loy
Kredit foto: IG Elfira Loy
Kredit foto: IG Elfira Loy