Highlights
Tak Pernah Like, Komen, Tapi Dia Tahu Semua Hal Kita Dan Dijajanya – STALKER! Hish, Tak Suka Tau.
Bersosial di media sosial ada baik dan buruknya. Jika dilayari dengan cara positif, pasti banyak kebaikannya. Selain untuk mendapat input terkini, ia juga medium yang sangat berkesan untuk menyambungkan kembali hubungan yang terputus dek masa, lokasi dan tidak tahu cara untuk mencari seseorang itu. Tidak hairanlah apabila kawan ketika zaman tadika pun kita boleh jejaki dengan hanya menggunakan Facebook atau Instagram.
Tidak ketinggalan, ia menjadi kawasan untuk mengetahui perkembangan seseorang. Nah, sekarang ini kita tidak perlu lagi menelefon si polan untuk bertanyakan khabarnya atau menziarahinya hanya untuk mengetahui keadaan diri kerana semuanya boleh diketahui di hujung jari. Seseorang itu akan memuat naik jika dia sakit, pergi bercuti, kehilangan seseorang dan sebagainya.
Yang seronoknya apabila setiap yang dimuatnaik itu mendapat reaksi daripada kawan-kawan atau saudara-mara kita. Memberikan tanda ‘like’ atau komen pasti membuatkan seseorang itu rasa dihargai dan lebih dekat dengan si pemberi reaksi dan kita tahu yang dia sentiasa mengikuti pekembangan kita dan masih setia bersama kita. Dan, begitulah ‘permainannya’ di media sosial ini. Walaupun nampak remeh, ia memberi impak besar dalam hubungan dua manusia. Secara alam maya juga realiti.
Kredit Foto: Google
Reaksi di Media Sosial Tapi Itulah Objektifnya
Benar. Ada yang kata tak like tak komen bukan bermakna kita tidak mahu berkawan tetapi realitinya, itulah antara objektif kita bermain Facebook atau Instagram. Ia juga harapan untuk seseorang yang memuatnaik sesuatu post itu untuk meraih reaksi daripada teman-teman di laman sosialnya. Kalau senyap sahaja, scroll laju-laju, pasti kita berasakan yang orang itu tidak aktif atau tidak senang dengan apa yang kita muat naik.
Bunyinya remeh tetapi itulah hakikat media sosial hari ini. Semakin kerap kamu memberikan reaksi kepada sesuatu post teman itu, semakin akrablah kamu dengan dia. Dan begitulah sebaliknya. Alah, untuk mengetik like apalah sangat. Bukan kena bayar pun. Tentu memberi manfaat jika kita memberikan kegembiraan buatnya.
Kredit Foto: Google
Sarah Stres Ipar Duai Kaki Skodeng
Sarah, 26 antara yang aktif memuatnaik sesuatu di akaun media sosialnya. Dia bukanlah ‘pemain tidur’. Namun, apa yang dimuatnaiknya lebih kepada aktivitinya bersama suami dan anak-anaknya. Perkongsiannya pun biasa-biasa sahaja, tidaklah menunjuk-nunjuk. Sekadar berkelah bersama keluarga atau meraikan keraian penting, itu sahaja. Tidakah sampai bercuti ke luar negara atau selfie bercium dengan suami ke mahu pun menunjuk-nunjuk apa yang suami belikan untuk dirinya.
Peliknya, walaupun post Sarah selalu mendapat reaksi positif daripada kawan-kawan dan keluarganya, tidak pula bagi ipar-duainya, yakni keluarga sebelah suami. Sarah pula jenis yang tidak suka balas-membalas kerana dia tetap selalu memberi ‘like’ kepada post ipar-duainya. Yalah, benda yang dia suka, dia like lah. Walaupun kadang-kadang ada juga komen yang ditinggalkannya tidak dibalas, Sarah bersangka-baik sahaja.
Malangnya, setelah seberapa lama, berulah Sarah tahu yang ipar-duainya tidak senang dengan apa yang selalu dia muatnaikkan. Itu pun diketahuinya daripada birasnya (lelaki ya) sendiri apabila terdengar mereka ‘membawang’. Katanya, Sarah sengaja mahu menyakitkan hati mereka anak-beranak dengan menunjukkan kebahagian dia dan suami. Oh, seperkara kata Sarah, suaminya anak lelaki tunggal dalam keluarga. Abang sulung pula tu. Jadi, memang pergerakan suaminya agak dipantau. Apa sahaja yang mereka lakukan, ipar-duai akan membuat laporan di bilik balai – mengadu kepada Emaknya.
Kredit Foto: Google
Ingatkan Tak Ambil Tahu, Rupanya Lebih Sudu
Begitulah selalunya yang terjadi, jadi berhati-hati sahajalah. Memang, ada-kalanya kita nampak seperti seseorang itu tidak berminat dengan kisah hidup kita tetapi nun jauh di sana, mereka meneropong setiap apa yang kita ‘update’. Tinggal lagi, mereka jenis yang berselidung di sebalik tidak memberi sebarang respon terhadap apa yag kita kongsikan. Ya, bukan salah mereka kerana kita sendiri yang sukarela untuk berkongsinya.
Apa pun, bersikap neutral sahajalah. Berlapang dada dan fikir baik-baik sebelum berkongsi sesuatu. Jika rasa perlu untuk ‘hide’ seseorang itu daripada melihat apa yang kita kongsi, silakan. Paling penting, jangan sampai pergaulan di laman sosial terbawa-bawa sampai ke alam realiti dengan situasi yang tidak baik. Chill, okey?
Must-Watch Video