Highlights

Tak Semua Orang Kaya Tu BAHAGIA, Lagi Pening Kepala – Cukup Makan Pakai, Hidup Tenang Pun Syukurlah.

gempak
Afiza Kamarulzaman
06/11/2020
06:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Semua Orang Kaya Tu BAHAGIA, Lagi Pening Kepala – Cukup Makan Pakai, Hidup Tenang Pun Syukurlah.
Rafael Badziag telah menemubual 21 orang billionaires seluruh pelusuk dunia untuk dimuatkan di dalam bukunya yang bertajuk "The Billion Dollar Secret." Katanya, lebih dari setengah dekad yang lalu, beliau membuat perjalanan untuk bertemu dengan usahawan terbaik di dunia dan mengetahui rahsia prestasi perniagaan mereka yang melonjak-lonjak. Beliau mengambil masa enam tahun untuk menyudahkan tinjauannya itu.
Pada akhirnya, beliau menemui satu set untuk 20 prinsip umum bagi semua jutawan yang membolehkan mereka menjadi sangat berjaya dalam perniagaan. Perkara ini diterangkan dalam bukunya itu. Salah satu soalan yang paling biasa ditanyakan beliau ketika menulis buku ini ialah, "Adakah jutawan bahagia?"
Seacara umumnya, segelintir orang akan cenderung mewakili satu daripada dua pendapat ini, iaitu, "Wang akan membuat anda bahagia;" dan lagi satu, "Jutawan yang miskin itu, mereka sebenarnya begitu kaya tetapi tidak bahagia."
Apa yang saya dapat beliau simpulkan hasil penyelidikan beliau itu adalah; wang itu sendiri tidak banyak mampu membantu anda untuk bahagia – ia lebih kepada memberi keajaiban pada personaliti anda. Orang yang bahagia menjadi lebih bahagia dan orang yang tidak bahagia menjadi lebih sengsara apabila mereka menjadi kaya.
Kredit Foto: Google
Ini Antara Sebab Orang Kaya Tak Bahagia:
  • Kebanyakan orang kaya menggadaikan hampir seluruh masanya bekerja dan sibuk ke sana ke sini menguruskan harta dan perniagaan. Jadi, mereka sendiri tidak punya masa untuk ‘membelanjakan’ kekayaan itu pada perkara yang mereka suka atau untuk hiburan hati.
  • Kebanyakan orang kaya mempunyai personaliti yang kelihatan agak tegas, karisma dan mungkin sedikit ego. Ini membuatkan orang agak segan untuk mendekati mereka. Ini membuatkan mereka mempunyai lingkungan kawan yang agak terhad.
  • Kebanyakan orang kaya dikelilingi oleh golongan yang tidak ikhlas dan berpura-pura. Adakah benar pekerja sayang kepada mereka atau hanya mahukan habuan saja? Adakah saudara-mara benar-benar menghargai mereka atau hanya mengagumi kekayaan mereka semata? Kasih-sayang yang diperolehi ada kalanya hanya dibeli dengan wang.
  • Kebanyakan orang kaya berdepan dengan risiko dikhianati dan diambil kesempatan oleh orang tertentu. Adat dunia, di mana-mana sahaja orang akan pasti akan sentiasa menjadi perhatian. Pasti ada segelintir orang yang cuba meneguk di air keruh sama ada melalui penipuan licik atau rintihan simpati.
  • Kebanyakan orang kaya sentiasa risau dengan keselamatan diri mereka. Walaupun mungkin dikelilingi oleh body guard atau sistem keselamatan yang canggih, namun kegusaran itu ada kala datang tanpa diminta. Risau juga dengan perniagaan, keuntungan, kerugian, masalah pekerja, perlaburan dan sebagainya.
  • Kebanyakan orang kaya berdepan dengan masalah depresi, kemurungan, tekanan, bipolar dan sebagainya. Ini tercetus oleh bebrapa faktor dalaman yang mungkin disebabkan tidak mampu mencapai kebahagiaan yang dicari atau kepercayaan yang dikhianati.
  • Kebanyakan orang kaya tidak boleh terima apabila berdepan kegagalan atau dicabar oleh sesuatu yang dirasakan kurang daripada dirinya. Maka, sikap ini hanya akan meracuni jiwa dan hidupnya apabila tidak boleh menerima nasihat orang atau kejatuhan.
  • Kebanyakan orang kaya tidak bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Segalanya harus mengikut protokol dan resmi orang ada-ada. Kalau berpakaian selekeh sikit, nanti terjejas reputasi. Kalau makan di tempat kebanyakan, orang kata tak ada ‘class’. Imej harus dijaga sehingga memenatkan otak dan minda.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024