Highlights
Tak Tahu Nak Masak Apa Dengan Daging Korban? Ini 10 Menu Berasaskan Daging Untuk Dicuba.
“Mak memang susah hati kalau dapat daging korban banyak-banyak ni. Dah empat kilo tu dalam peti ais.” Ujar emak kerana itulah dilemanya setiap kali tiba Raya Haji. Walaupun tidak melaksanakan ibadah korban, ada sahaja rezeki apabila jiran tetangga dan saudara-mara yang memberikan daging korban tanda sedekah. Dan buat semua kaum ibu, apa kata kalian cuba seleksi menu berasaskan daging ini untuk santapan seisi keluarga.
Kredit Foto: Huda Hussain
- Nasi Daging
- Hiris daging kepada kepingan kecil
- Rebus daging hingga empuk. Selepas empuk, tos dan ketepikan air rebusan daging. Air rebusan daging akan digunakan untuk memasak nasi.
3 cawan beras basmathi (basuh, rendam dan toskan air)
5 biji tomato (dipotong dadu)
2 ulas bawang besar (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 camca besar marjerin
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga1 kuntum bunga cengkih
1 paket perencah nasi daging iman (tambahkan sedikit air dan kacau hingga pekat)
Dua helai daun pandan (disimpul)
Garam
Serbuk perasa
Cara Memasak:
- Panaskan kuali dan tuang marjerin.
- Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
- Tumis halia, bawang besar dan tomato. Kacau seketika dan masukkan daun pandan.
- Masukkan rempah yang dibancuh tadi. Gaul rata hingga naik bau.
- Tuang air rebusan daging tadi dan biarkan mendidih.
- Masukkan beras. Biarkan seketika dan masukkan daging.
Bahan Air Asam:
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
10 biji cili padi2 ulas bawang besar (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
Asam jawa (tambahkan air dan gaul)
1 camca besar kerisik
Garam
Gula
Caranya:
- Masukkan semua bahan dan gaul rata. Tapis air asam dan kacau bersama kerisik.
- Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Kredit Foto: Google
2. Daging Salai Lemak Cili Api
Bahan-bahan diperlukan:
½ kg daging
20 biji cili api
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 cawan air
(Semua cili api, kunyit hidup, bawang merah dikisar bersama dengan air)
3 biji mangga muda (dibelah 4)
2 batang serai (diketuk)
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Basuh daging dan tuskan.
- Gaulkan daging dengan sedikit garam kemudian bakar sehingga masak. Potong kecil.
- Masukkan daging, bahan yang dikisar, mangga, serai, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan daging lembut.
- Masukkan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak.
- Apabila sudah mendidih, rasakan garam dan angkat. Sedia dihidangkan.
Kredit Foto: Google
3. Daging Kam Heong
500g daging
5 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang besar (cincang halus)
15 tangkai cili padi (hiris)
Segenggam udang kering
20-30 helai daun kari
1 camca besar kicap cair
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
1 camca teh kicap pekat
1 camca teh serbuk kari
Cara Memasak:
- Tumis udang kering dan bawang putih hingga kekuningan dan sedikit garing.
- Kemudian, masukkan hirisan bawang besar, cili padi dan daun kari. Tumis hingga sekata dan naik bau.
- Masukkan serbuk kari. Tumis seketika.
- Kemudian, masukkan bahan sos mengikut sukatan yang telah diberikan.
- Masukkan 1 camca teh minyak bijan dan 1 sudu teh kicap pekat.
- Untuk perasa pula, masukkan 1 camca besar gula dan 1 camca teh garam. Rasa adjust sendiri. Kalau masin, tambah sikit air.
- Masukkan hirisan daging dan masukkan juga ½ cawan air untuk empukkan daging. Didih hingga air kering dan daging mulai empuk.
Kredit Foto: Google
4. Daging Dendeng
2 senduk Cili kering kisar
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 inci belacan
1/2 botol kicap
Segenggam gula pasir
2 cawan air rebusan daging
1 cawan air asam jawa
1kg daging direbus dan dihiris
Cara Memasak:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
- Tumis hingga pecah Minyak dan sedikit garing.
- Masuk cili kering kisar dan belacan Masak hingga pecah Minyak. Tambah gula dan biar kering.
- Tambah air rebusan daging kicap setengah botol kecil dan masuk daging. Kemudian tambah air asam jawa.
- Masak hingga separuh kering dan betul-betul empuk.
Kredit Foto: Google
5. Asam Pedas Daging Tetel
Bahan-bahan
1/2 kg daging tetel - rebus hingga empuk
1-2 batang serai
1 mangkuk cili kering kisar
1 biji buah tomato
1 sudu kecil pes asam jawa
Daun kesum/daun limau purut
Garam
Bahan kisar
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Belacan (sebesar ibu jari)
1 biji buah keras
Cara Memasak:
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan serai dan cili kisar.
- Tumis sehingga cili masak dan garing menggunakan api perlahan.
- Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan sekali. Kacau rata sehingga daging empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air lagi.
- Setelah daging empuk, masukkan daun limau purut, buah tomato dan pes asam jawa. Biarkan mendidih lama lama dan kuah sedikit pekat.
- Akhir sekali, masukkan garam. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit Foto: Google
6. Daging Pekasam Goreng
Bahan-bahan:
1kg daging (dihiris tidak terlalu nipis)
200gm garam
150gm beras (disangai perang dan ditumbuk)
50gm asam keping
3 biji bawang merah (di mayang halus)
10gm cili padi (dihiris)
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
- Letakkan garam pada daging.
- Kemudian letakkan pula beras yang telah disangai.
- Gaul rata hirisan daging dan letakkan asam keping. Peram mengikut cita rasa.
- Panaskan minyak dan goreng daging pekasam sehingga agak garing lalu asingkan. Dengan menggunakan lebihan minyak goreng tadi, tumis bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
- Akhir sekali masukkan daging pekasam tadi dan gaul sebati.
Kredit Foto: Google
7. Kerabu DagingBahan-bahan:
500 g daging batang pinang
2 inci halia (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
1 camca makan lada hitam
7 biji cili merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
2 pokok daun ketumbar (dihiris)
3 biji limau kesturi (diambil jusnya)
1 camca teh gula
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Basuh daging dan rebus dengan halia, serai, lada hitam dan sedikit garam sehingga lembut dan kering air rebusan. Kemudian sejukkan.
- Hiris daging nipis dan kecil.
- Gaul rata semua bahan yang dihiris dan daging bersama perahan limau, gula dan garam.
- Rasakan masam dan manisnya. Sedia dihidangkan.
Kredit Foto: Google
8. Sambal DagingBahan-bahan diperlukan:
500g daging (dihiris nipis dan kecil)
2 batang serai
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
(Serai, cili kering, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
3 camca makan sos tomato
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
5 helai daun limau purut
3 camca makan minyak masak
1 camca teh gula
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daging. Masakkan sehingga daging lembut.
- Masukkan sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau rata.
- Masukkan bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
- Sedia dihidangkan.
Kredit Foto: Google
9. Kalio DagingBahan-bahan:
500 g daging (dipotong kecil)
9 biji cili merah
5 biji cili api
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci halia
½ inci lengkuas
(Cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, buah keras, halia & lengkuas dikisar bersama)
2 camca makan rempah kari
3 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
2 cawan santan
3 biji kentang (dibelah 4)
5 camca makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah kari dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daging, serai, dan daun limau purut. Kacau rata dan masakkan sehingga daging lembut.
- Masukkan santan, kentang, dan garam.
- Masakkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
- Sedia dihidangkan.
Kredit Foto: Google
10. Daging Bakar Sos Ala Thai
Bahan perapan daging:
Daging (ambil bahagian yang ada lemak). Cucuk daging dengan garfu bagi perapan mudah serap dalam daging)
Gula
Sos ikan
Sos tiram
Minyak masak
Lada hitam
Sedikit kicap
Cara Penyediaan:
- Perapkan daging dengan bahan-bahan diatas selama sejam (perap lebih lama lagi sedap).
- Bakar daging jangan terlalu lama kerana daging akan kering dan kurang juicy.
Sos ikan
Air asam jawa
Jus limau nipis
Thai palm sugar/ gula melaka
Serbuk cili Thai
Bawang putih
Beras disangai (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
Daun ketumbar untuk hiasan
Cara Penyediaan:
- Tumbuk atau cincang halus bawang putih kemudian masukkan semua bahan di atas dan gaul rata.
- Seimbangkan rasa sos pencicah mengikut deria rasa anda.
Must-Watch Video