,
Highlights

Tekanan – Usah Cuma Ajar Anak Cara BERJAYA Tapi Didiklah Mereka Bagaimana Berdepan KEGAGALAN.

Afiza Kamarulzaman
15/06/2020
15:45 MYT
Adakah cara kita mendidik anak selama ini tidak betul? Tidaklah salah tetapi tidak berapa ‘udpate’ dengan trend terkini. Cabaran hidup hari ini tidak sama pada era 70-an atau 80-an. Agak tidak tepat untuk mengenang bagaimana nenek moyang kita dulu mendidik kita dan kemudian menempelak anak-anak hari ini yang tidak boleh lagi diasuh cara sebegitu. Sedangkan kepimpinan negara kita pun berubah, inikan pula cara hidup anak-anak hari ini.
Gaji Besar, Kereta Mewah, Rumah Agam Tanda Berjaya?
Ini yang berlaku dalam senario masyarakat kita dari dulu lagi. Kita sentiasa menetapkan piawaian untuk sebuah kejayaan dalam kehidupan itu mestilah dengan memiliki material. Dari kecil lagi anak-anak kita dimomokkan agar belajar bersungguh-sungguh supaya besar nanti boleh kerja bagus dengan gaji yang tinggi. Kerja yang bagus itu mestilah yang duduk di bilik hawa dingin dan berbaju kemas.
Dan, mereka membesar dengan mentaliti sebegitu. Melihat kejayaan tokoh yang dikagumi itu mestilah yang punya kerja yang bagus, pangkat tinggi, memiliki kereta mewah, rumah besar dan pelbagai kebendaan yang nampak gah secara luarannya. Ini menjadikan mereka rakus mengejar kejayaan sehingga terlupa bagaimana untuk pula untuk berdepan dengan situasi sebalikya – jika mereka gagal?
Kredit Foto: Google
Anak-Anak Jarang Disekolahkan Tentang Kegagalan
Jarang sekali kita mendengar ibu bapa memberi tazkirah kepada anak-anak tentang bagaimana berhadapan dengan kegagalan dalam hidup? Perasan tak, apabila anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran, ibu bapa malah pihak sekolah juga akan meraikan mereka ini seperti hero. Ini menetapkan dalam minda anak-anak bahawa mendapat keputusan yang cemerlang itu penting untuk disanjung orang.
Lihat pula situasinya apabila anak-anak itu gagal dalam peperiksaan, apakah tindakan kita sebagai ibu bapa? Tidak pernah saya melihat ada ibu bapa yang akan memberi nasihat tentang bagaimana untuk berdepan dengan kegagalan itu? Rata-rata ibu bapa akan memarahi, mengherdik dan menyalahkan anak-anak yang tidak belajar bersunggh-sungguh, banyak main dan tidak fokus ketika di dalam kelas.
Sekali lagi anak itu dicop sebagai gagal! Dan akan mereka bawa definisi gagal ini sehingga mereka dewasa yakni apabila menaiki menara gading dan seterusnya di alam pekerjaan, juga perkahwinan.
Kredit Foto: Google
Banyak Kes Bunuh Diri Kerana Berasakan Diri Gagal
Sama ada di dalam atau luar negara, kes depresi, tekanan perasaan, masalah jiwa dan sehingga ada yang membunuh diri semakin meningkat tahun demi tahun. Kebanyakan mereka ini asalnya orang yang normal, mempunyai latar pendidikan yang bagus dan keluarga yang baik. Namun, entah di mana silapnya, mereka memilih jalan untuk mengakhiri nyawa mereka dengan cara mereka sendiri.
Ada pelajar universiti bunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan ibu ayah untuk melihat dia berjaya dengan cemerlang. Ada pekerja profesional bunuh diri kerana tidak mampu berasa gembira dengan tugasan yang memenatkan. Ada ahli perniagaan bunuh diri selepas diistiharkan muflis. Semua mereka ini pernah berjaya tetapi akhirnya gagal – gagal untuk menerima kegagalan yang sekali itu.
Kredit Foto: Google
Didiklah Anak Mengenal Diri dan Kuat Jiwa
Tidak salah untuk merencanakan kehidupan anak ke arah kejayaan. Namun, jangan pula dibiarkan jiwa mereka kosong tanpa ada pegangan jitu. Ibu dan ayah boleh menjadi sumber rujukan dan harapan tetapi tidak mungkin dapat selamanya memegang jiwa anak itu. Ada kala kita berasakan sudah memberikan yang terbaik kepada anak-anak, sebaliknya anak-anak masih tidak tahu arah tuju.
Maka, janganlah ditekankan anak-anak mengikut acuan kita semata-mata. Beri ruang dan peluang untuk anak-anak membuat keputusan penting dalam hidup mereka. Sekolahkanlah anak-anak dengan pengalaman dan bukan hanya diteman. Mereka perlu rasa saat jatuh dan bagaimana untuk berdiri sendiri. Mereka juga perlu dipandu tentang bagaimana nikmatnya gagal itu mendewasakan kelak.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Laman Utama

Azzam Sham Takut Dengar Banyak Berita Bunuh Diri – “Waktu Ini, Waktu Susah Untuk Kita Semua, Tapi…”

gempak
29/06/2021
07:40 MYT
Semakin banyak perkongsian tentang kes bunuh diri, memang menakutkan!
gaya hidup

Selesa dan Gembirakan Anak-Anak di RUMAH Sendiri Supaya Mereka Tak Cari Keseronokan di Rumah Orang.

gempak
14/12/2020
14:32 MYT
Penting bagi ibu dan ayah untuk memastikan rumah menjadi ‘syurga’ buat anak-anak agar mereka tidak mencari kehidupan di luar. Bagaimana?
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Dia Mula Melakukan Hubungan Kali Pertama Ketika Berumur 16 Tahun. Gila!"

gempak
14/12/2020
03:48 MYT
Didik anak kita dari awal. Jangan menyesal di kemudian hari.
gaya hidup

“Kita Mak Ni Tak Boleh Perintah-Perintah. Jangan Pasal Kita Ikut Nafsu, Anak Pula Jatuh Derhaka.” – Mak Mentua

gempak
05/12/2020
14:30 MYT
Pelbagai andaian mengenai sikap dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh anak terhadap ibunya walau sudah berkahwin. Tetapi falsafah dan pendirian ibu ini membuka kotak fikir untuk melihat dari sisi lain yang tidak pernah terfikir dek akal.