Highlights

Tempoh PKP Bukan Alasan Pelajar ‘Honeymoon’. Cikgu Beri Tugasan Menerusi ‘Link’ – Mudahkan Ibu Bapa Mengajar Anak

Huda Hussain
05/04/2020
15:37 MYT
Usaha dan inisiatif guru-guru sewajarnya diberi penghargaan apabila ‘membekalkan’ pelbagai latih tubi dan tugasan untuk pelajar di rumah sepanjang tempoh PKP. Sama ada dilakukan secara dalam talian (online teaching) menggunakan laptop, atau pelajar perlu menulis secara manual diatas kertas; masa pelajar-pelajar dirumah sentiasa terisi. Tidaklah masa yang ada berlalu begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti berfaedah. Apatah lagi dengan kemudahan dan medium perantaraan pengajaran seperti YouTube membuatkan kaedah pembelajaran lebih berinteraktif dan menarik. Hanya merujuk kepada link dan asalkan mempunyai akses internet, semua tugasan boleh disiapkan bila-bila masa sepanjang berada dirumah.
Serentak dengan itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan. Ia adalah satu usaha tambahan kepada siaran Eduweb TV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming. Terbukti usaha ini sedikit sebanyak membantu golongan pendidik untuk terus mengajar di alam maya. Dan berikut, dikongsikan kelebihan mod pengajaran secara dalam talian.
Kredit Foto: Google
  1. Ibu Bapa Lebih Memahami Cabaran Guru
Tahap kefahaman setiap pelajar berbeza-beza. Ada yang cepat ‘tangkap’ dan ada yang mengambil masa selain perlu diingatkan berulang kali untuk memahami sesuatu topik. Begitulah peranan guru selama ini. Bukan mudah untuk mengajar dan memastikan apa yang diajar dapat difahami oleh pelajar. Justeru sebagai ibu bapa, kita perlu sabar dan kreatif untuk mengenali masalah yang dihadapi anak-anak untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Daripada perspektif lain, waktu inilah kita akan lebih memahami betapa besarnya peranan dan tanggungjawab guru di sekolah. Kesabaran amatlah dituntut untuk mendidik dan mengajar terutamanya bagi anak-anak yang masih kecil misalnya murid-murid di tahap satu. Mencabar kan jadi cikgu dan mengajar anak di rumah ini?
  1. Kualiti Masa Bersama Anak
Kita punya masa 24 jam sehari bersama anak-anak. Hanya dengan meluangkan masa beberapa jam untuk membantu dan mengajar anak-anak pastinya lebih mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Dari sini, kita sebagai ibu bapa dapat menyelami dan mengenal pasti apa kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Bagaimana cara untuk ‘tackle’ kekurangan yang mereka hadapi, terpulang kepada tahap pemahaman dan cara ibu bapa uruskannya.
  1. Tiada Limitasi Siapkan Tugasan
Bila-bila masa boleh dilakukan sama ada di sebelah pagi, petang atau malam. Sekali gus ia memberi kebebasan kepada ibu bapa untuk menyusun waktu agar aktiviti pelajar dirumah sepanjang tempoh PKP dimanfaatkan sebaik mungkin. Sungguhpun begitu, ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk mematuhi waktu yang ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Berikan durasi tertentu misalnya 20 minit untuk melengkapkan kertas kerja (work sheet).
Kredit Foto: Google
  1. Pantau Prestasi Anak
Melalui aktiviti pembelajaran secara online begini, ia juga memberi kelebihan kepada ibu bapa untuk memantau prestasi anak. Misalnya skor dan pemarkahan dapat diketahui dengan pantas. Dalam masa sama, ibu bapa lebih cakna dan peka dengan corak pembelajaran dan modul yang diaplikasi di sekolah.
Semoga tempoh PKP ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ibu bapa dan anak-anak dirumah. Penuhi masa terluang dengan pelbagai aktiviti berfaedah sekali gus anak-anak tidak bosan terperap dirumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gaya hidup

Memang Anak Itu REZEKI. Tapi ‘Family Planning’ Penting Juga. Itu Pun Dikira Usaha Kita Sebagai Ibu Bapa.

gempak
15/12/2021
09:25 MYT
Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi serba mencabar ini. Kalau mampu serba-serbi, silakan. Tetapi kalau makan minum pun bercatu, nak bayar itu ini pun sangkut, macam mana?
gaya hidup

Jangan Tegur, Komen & MARAH Isteri Depan Anak-Anak. Besar Impaknya, Hilang ‘Bisa’ Si Ibu.

gempak
04/12/2021
15:28 MYT
Ada cara nak tegur kesalahan isteri. Bukan dengan merendah-rendahkan, ‘membuka’ kelemahan isteri dihadapan anak-anak.
gaya hidup

Kalau Ayah Tak Ambil Berat, Selalu Beri Alasan Tak Sempat; Takut Lelaki Lain Yang Akan ‘Tolong’ Buat.

gempak
02/12/2021
02:00 MYT
Ada sebab kenapa ayah perlu beri perhatian pada anak perempuan dan cipta ‘bonding’ sejak kecil lagi. Impaknya sampai anak dah berumahtangga, beranak pinak pun
gaya hidup

Nak Ada Dalam Memori Anak Pada Masa Depan? Kita Perlu Berada Dalam Hidup Anak Pada Masa Sekarang.

gempak
16/11/2021
07:33 MYT
Ciptalah kenangan yang akan menjadi ingatan dan memori apabila anak-anak apabila dewasa kelak. Kerana masa yang ada entahkan berpihak kepada kita atau tidak.
gaya hidup

Rimas Anak Kerap Bertanya, Susah Nak Takut? Sabar, Itu Tandanya Dia Tunjukkan ‘Growth Mindset’.

gempak
13/11/2021
03:05 MYT
Lebih-lebih lagi anak yang berusia dua tahun ke atas, memang tak henti bertanya itu ini. Jadi ibu bapa perlu main peranan.