Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Itu adalah perumpamaan tepat menggambarkan betapa sukarnya kita menebak hati seseorang. Jauh sekali dapat menjangkakan apa yang berlaku. Dalam pada gembira meraikan penyatuan dua hati yang telah sah menjalin ikatan sah disisi agama, timbul pula satu insiden tak diduga. Dikongsikan seorang pengguna twitter, @Nurf_arahhh ia berdasarkan pengalamannya sendiri apabila ibu saudaranya berhadapan dengan peristiwa tidak diduga ini.

Waima apa jua yang berlaku, berkali-kali sudah kita diingatkan jangan sesekali mempercayai perkara khurafat sekali gus meletakkan kebergantungan kepada makhluk lain selain daripada Allah SWT. Sesungguhnya memohon pertolongan selain daripada-Nya adalah satu dosa besar. Kembalilah kepada jalan yang benar. Masih belum terlewat untuk bertaubat. Yakini dan percayalah setiap ketentuan serta qada’ dan qadar yang ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Belajar untuk menerima sesuatu perkara dan berlapang dada. Jadikan kisah ini sebagai peringatan dan pedoman bersama.

Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Keseronokan dan keterujaan membuka kotak hadiah pemberian tetamu sebagai tanda gembira meraikan hari bahagia mempelai sejoli tanpa disangka bertukar duka. Jika kalian sendiri yang menerima bungkusan hadiah seperti ini, apa yang tercetus dalam fikiran? Mungkin ada diantaranya cuba berfikiran positif, bersangka baik dan sekadar menganggap sebagai gurauan. Dan lebih mencetuskan tanda tanya apabila ia juga tidak disertakan nama pengirim pada bungkusan hadiah tersebut. Ahh, sudah...


Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati


Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati

Dan bermulalah episod yang menghantui dan mengganggu pasangan pengantin baru ini. Mahligai yang baru dibina diharapkan membuahkan bibit bahagia rupanya diuji dengan peristiwa ini. Soal kepercayaan sesama pasangan mula dipersoalkan. Dalam hati mungkin mahu menidakkan perkara yang buruk tetapi selepas berikhtiar dan cuba mendapatkan nasihat yang arif dalam soal ini, khabar tidak enak yang diterima. Allahu...

Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati


Entah apalah yang merasuki fikiran insan sebegini hingga sanggup mengenepikan soal agama, kepercayaan kepada kekuasaan dan pembalasan Allah demi memuaskan nafsu dan hajat sendiri. Sedangkan yang merana adalah insan yang tidak bersalah seperti ini.

Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati

Walau ia adalah hadiah, dan seharusnya kita gembira menerimanya tetapi tidak dalam kisah ini. Masih cuba lagi bersangka baik tetapi dalam masa sama, sudah menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hadiah nan satu ini. Sekali lagi, ia adalah kain putih dan lebih menyeramkan potongan kain dan guntingan itu berbeza amat daripada cara guntingan kain yang biasa.

Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati

Bukan ini caranya untuk meluahkan ketidakpuasan hati, melampiaskan rasa cemburu dan perasaan dengki yang bersarang dalam hati. Bersihkan hati, buang jauh-jauh aura negatif itu. Insafi kelemahan diri dan bersangka baiklah dengan setiap ketetapan yang ditentukan-Nya untuk kita.