Bayi mengalami perubahan fizikal yang drastik hari demi hari. Sebab itu, selalu kita dengar apabila sudah lama tidak berjumpa seseorang itu, mereka akan kata, “La, dah besar anak kamu. Dulu jumpa kecil lagi...” Ya, walau tempoh lama itu mungkin hanya sebulan dua, namun tumbesaran fizikal si kecil akan berubah dengan jayanya.


Cuba telitikan proses perkembangan si bayi dari hari pertama sehingga berusia tiga bulan:


0-12 bulan

4 hingga 6 bulan

7 hingga 9 bulan
10 hingga 12 bulan

Kredit Foto: Google


Maka, Jangan Lepaskan Peluang Ini Walau Sedetik


Inilah masa berharga untuk melihat sendiri bagaimana anakmu mengalami perubahan itu. Namun, kita mengerti ada kala ibu ayah tidak berkesempatan untuk sentiasa bersama anak saban waktu. Lebih malang lagi, jika terpaksa berpisah jauh dengan anak sendiri disebabkan faktor kerja dan sebagainya.


Maka, telefonlah menjadi medium perakam semua momen berharga itu. Ada yang memandang sinis kepada segelintir ibu bapa yang kerap merakamkan gambar anak mereka terutamanya selepas melahirkan. Ternyata mereka yang mengecam itulah yang negatif sebenarnya!


Jangan terasa hati wahai ibu. Teruskan sahaja amalan merakam gambar itu. Tiada salahnya. Malah, ia memberikan kesan yang baik apabila dapat mencipta ‘bonding time’ yang berkualiti antara ibu dan anak. Jika ibu dalam mood gembira dan positif, ia akan dapat turut dirasai oleh si manja.




Kredit Foto: Google