gaya hidup

Tiada ANAK Masih Kekal Bahagia, Banyak Cara Kukuhkan Cinta. Tuhan Pasti Gantikan Rezeki Lain.

gempak
Afiza Kamarulzaman
30/12/2020
12:39 MYT
Sponsor Banner
Tiada ANAK Masih Kekal Bahagia, Banyak Cara Kukuhkan Cinta. Tuhan Pasti Gantikan Rezeki Lain.
Ujian tiada anak ini sudah biasa dihadapi kebanyakan pasangan hari ini. Ada yang setahun, dua. Ada lebih hebat sehingga berbelas-belas tahun masih tidak dikabulkan doa untuk menimang cahayamata sendiri. Namun, hebatnya kebanyakan pasangan ini masih setia bersama mengharungi ujian penuh sabar dan reda.
Harus diingat, anak bukanlah penentu pada kebahagiaan atau kekukuhan sesebuah masjid yang dibina itu. Ada orang bertahun-tahun menunggu, kemudiannya diberi rezeki anak, namun kemudian bercerai jua. Entah di mana silapnya, ketika berdua mampu mempertahankan hubungan tapi selepas punya zuriat, terlerai kasih.
Kredit Foto: Google
Rezeki Rumahtangga Bukan Hanya Anak
Banyak rezeki yang Allah janjikan selepas kita berkahwin. Ya, salah satunya tentulah kurniaan zuriat itu. Namun, jangan pula bersangka buruk dengan janji Allah yang lainnya. Rezeki itu pelbagai. Jika tiada anak, mungkin rezeki ekonomimu jauh lebih baik daripada mereka yang punya anak setahun satu.
Atau mungkin dianugerahkan keluarga mertua yang baik-baik. Rezeki kesihatan, pekerjaan yang bagus, kelancaran urusan dan pelbagai lagi rahmat yang Allah beri selain anak. Allah tidak zalim malah sangat adil kepada setiap hamba-Nya. Maka, jangan sesekali kita persoalkan kenapa doa untuk mendapat anak tidak dimakbulkan?
Kredit Foto: Google
Teruslah Mencari Bahagia Dengan Cara Sendiri
Ada orang tanya, “Tak sunyike dah lama kahwin tak ada anak?” Jawablah, kebahagian kami berbeza. Kami bahagia hidup berdua. Kami bahagia ke sana ke sini tanpa perlu memikirkan komitmen beranak kecil. Kami bahagia bekerja tanpa memikirkan hal sakit pening anak. Kami bahagia tanpa perlu menyusahkan sesiapa.
Kebahagiaan hidup kita bergantung tentang bagaimana kita melihat kehidupan ini? Kalau kita terus menerus berasa anak punca keceriaan dan keseronokan di rumah, maka kesedihan jugalah menjadi milik kamu. Andainya, kamu menjadikan ikatan berdua itu lebih utama, maka berdua jauh lebih baik
Jangan terlalu memikirkan sesuatu yang belum terjadi. Dan, jangan juga mengusutkan fikiran tentang sesuatu yang di luar bidang kuasa kita. Namun, jangan pula berhenti berusaha dan hasilnya serahkan kepada Tuhan yang satu. Tugas kita hanya terus berdoa dan ikhtiar. Dalam masa yang sama, raikan setiap hari yang indah bersama pasangan.
Saya doakan setiap kalian yang sedang menunggu zuriat sendiri, diperkenankan harapan dan doa itu pada satu hari nanti, Insya-Allah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024