Personaliti

Tiada Istilah Cuti Walau Dah Dekat Tarikh Bersalin, VIVY Masih Gigih Bertumit Tinggi 7 Inci!

gempak
Afiza Kamarulzaman
30/10/2021
12:26 MYT
Sponsor Banner
Tiada Istilah Cuti Walau Dah Dekat Tarikh Bersalin, VIVY Masih Gigih Bertumit Tinggi 7 Inci!
Tahniah Vivy dan The Duck Group kerana berjaya merealiasikan satu lagi impian pemiliknya yang mahu membuka sebuah lagi Flagship Store yang menempatkan semua jenama di bawah label dUCk di bawah satu bumbung. Ia tersergam kini di Bangsar Village, Kuala Lumpur.
Ia merupakan ‘gedung gaya hidup’ yang turut memberi keselesaan kepada pelanggannya dengan menyediakan sebuah kafe di aras bawah, salun rambut, sudut penyediaan hadiah, library dan iconic wall.
Ketika ditemui di pelancarannya baru-baru ini, pengasasnya, Vivy Yusof melahirkan rasa syukur dan terlalu gembira kerana sudah lama dia mensasarkan kawasan tersebut untuk berdirinya jenama dUCk di situ, namun mengambil masa agak lama untuk membolehkan sudut itu menjadi miliknya.
Daripada angan-angan akhirnya terlaksana. Alhamdulillah...
Vivy yang hadir dengan perut yang semakin sarat masih tampil stylish dengan gaun labuh bermotif dan kasut tumit tinggi tujuh inci! Walau dilihat sesekali mengambil nafas yang panjang untuk menghabiskan ucapannya, Vivy dilihat masih energetik dan bersemangat.
Ditanya bila mahu mula bercuti dalam keadaan yang semakin sarat dan due date yang semakin hampir, iaitu kurang sebulan lagi, jawab Vivy,
“Cuti? Tiada istilah cuti kerja, rasanya apabila hari nak beranak nanti pun saya masih kerja. Hahaha. Alhamdulillah, kehamilan ni sangat smooth walaupun adalah juga cabaran morning sickness dan sebagainya. Tapi, ini anak ke empat, Insya Allah boleh diuruskan dengan baik. Suami dah cakap ini ‘last’ ya, tutup kedai. Hahaha...” ujarnya berseloroh.
Vivy turut mengharapkan semua mendoakan kelancaran urusan kehamilan dan kelahirann anak lelakinya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.
Masih Gah Walau Dalam Situasi Pandemik
Tidak dinafikan keadaan pandemik yang melanda dunia dan negara memberi impak yang sangat buruk kepada rata-rata usahawan dan ekonomi secara keseluruhan. Namun, sesuatu yang membanggakan apabila The Duck Group di bawah pengurusan Vivy masih mampu bertahan, malah dilihat makin berkembang baik. Apa rahsianya?
“Syukur, alhamdulillah walaupun saya sedar banyak sektor yang terjejas kerana pandemik ini termasuklah industri fesyen seperti kami, tapi kami masih mampu ‘survive’. Even, ketika tempoh PKP yang lalu butik terpaksa ditutup dan kami tidak dapat buat sebarang sales melalui penjualan langsung dari butik tapi kami kekal bertahan.”
“Antara faktor utamanya, adalah kerana kami tidak hanya mensasarkan pada penjualan tudung semata. dUCk bukan hanya tentang skarf semata-mata, maka kami cuba perluaskan produk penjualan mengikut kehendak semasa terutamanya ketika pendemik ini.”
“Sebagai contoh, ketika PKP tempoh hari dUCk mengeluarkan tudung yang mudah disarung sebab ramai yang bekerja dari rumah, menggunakan video call untuk berhubung jadi tudung ini mudah disarung segera, begitu juga dengan perlancaran mask dan sebagainya.”
Vivy turut mengakui peniagaan e-commerce yang dipraktikkan The Duck Group menjadi penyumbang terbesar pada kekukuhan mereka ketika pandemik kerana ramai pembeli mengambil peluang untuk membeli secara atas talian kerana tidak boleh keluar.
Beliau berterima kasih kepada setiap kakitangannya yang sentiasa bertungkus-lumus bersamanya memberikan idea baru untuk memenuhi permintaan pasaran dan sangat bersyukur sepanjang tempoh PKP itu, tiada seorang pun staf yang diberhentikan atau dipotong gaji mereka.
Malah, lebih membanggakan syarikatnya mampu menyumbangkan sekitar RM5 juta jumlah bantuan kepada negara ketika melawan Covid-19 tempoh hari dengan pembelian tanki oksigen dan kelengkapan perubatan lainnya.
Tahniah! Semoga The Duck Group terus menempa kejayaan cemerlang yang secara tak langsung menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara dan rakyatnya.
Apa pun, selamat bersalin dan berpantang, Vivy. Heels tu dah boleh simpan ya, hehehe...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live