,
gaya hidup

Tidur Selama TIGA JAM Sehari Sudah Memadai – Kajian Dr Hamza Al-Hamzawi Ini Mengejutkan!

Afiza Kamarulzaman
11/12/2020
07:12 MYT
Penulis menyalin semula tulisan ini daripada Facebook. Sayangnya, tidak diketahui penulis asal. Apa pun, perkongsian ini sangat menarik.
Tentang Tidur Yang Sebenar
Apabila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan pendapatnya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama tiga jam sahaja, saya cuba. Saya tidur sebelum jam 12 tengah malam dan cuma bangun semula pada pukul tiga pagi. Namun, saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.
Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang. Tetapi saya pelik, apabila ada hari-hari tertentu, ketika saya ‘tanpa rela’ sering tertidur pada pukul sembilan malam, seterusnya, sekitar jam dua pagi saya pasti akan terjaga.
Apabila biji mata saya segar, saya pun bangun untuk melakukan aktiviti-aktiviti rutin saya tanpa mengantuk! Saya pelik. Rupa-rupanya apa yang berlaku kepada saya bukan sesuatu yang abnormal. Saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi. Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama lapan jam seperti kajian barat.
Tetapi cukup dengan tidur selama tiga jam sahaja. Bagaimanapun, waktu tidur itu mestilah dari pukul sembilan malam hingga 12 tengah malam malam (tapi kita pada zaman sekarang ini kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 malam dàn bangun jam dua pagi, itu sudah lebih daripada sangat baik.
Kredit Foto: Google
Berdasarkan sunnah Rasulullah SAW, tidur pada awal malam sememangnya digalakkan kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh memiliki 80 peratus daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat barakah di dalamnya. Sejam waktu tidur itu bersamaan dengan tiga jam waktu tidur.
Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin yang membantu kita untuk tidur. Tidur dari pukul 12 tengah malam hingga dua pagi. Wakktu ini terdapat 20 peratus waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80 peratus adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari dari pukul dua pagi hingga lima pagi sebelum subuh (Fajr); sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Tidur pada waktu siang (selepas Fajr) adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari mengakibatkan kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Bagi mereka yang solat subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan hingga sepanjang hayatnya. Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.
Kredit : Cypreme-HQ
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Gaya Hidup

Risiko Kesihatan Mata Tatap Gajet Secara Baring Mengiring

gempak
16/11/2024
13:55 MYT
Ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata termasuk 'juling air' yang juga disebut 'juling itik', lebih-lebih lagi apabila melihatnya secara dekat.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

gempak
29/10/2024
09:55 MYT
Pengasas Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), Anita Abu Bakar mengakui cabaran stigma dan diskriminasi masih wujud, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Unitar