Read

Tiga ‘Celebrity-crush’ Ini Bikin Hati HANNAH DELISHA Teruja— Siapakah Mereka?

gempak
Public Anonymous User
06/02/2018
06:19 MYT
Sponsor Banner
Tiga ‘Celebrity-crush’ Ini Bikin Hati HANNAH DELISHA Teruja— Siapakah Mereka?
Oleh: Huda Hussain

MELIHAT gelagatnya kala sesi fotografi ini berlangsung, dia agak pemalu dan pendiam untuk memulakan bicara.Namun usai berkenalan dan sosek-sosek bermula, barulah dia mendapat ‘rentak’ sekali gus memudahkan segala kerja.
Berkali-kali memohon maaf kerana terlewat tiba di lokasi usai menghadiri sebuah acara di Putrajaya, dia tetap komited memberikan pose dan kerjasama yang amat baik.
Hadir ditemani ibu bersama pengurus dan pembantu pengurus, tuturnya penuh lembut dan sopan. Terus menadah muka untuk disolek Razzi Musa, InTrend tampilkan look dan solekan minimal yang menyerlahkan kesegaran pada seluruh penampilannya.
Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mempunyai darah kacukan Inggeris daripada bapanya dan Melayu daripada ibunya. Sudah lama mencipta nama apabila tampil menerusi duo Delisha yang dianggotainya bersama Mia Delisha.
Pernah menghasilkan single berjudul Retak dan selepas itu Hannah tampil secara solo, menerusi single keduanya, Anugerah.
Biarpun sambutannya kurang menyengat, namun lakonannya menerusi drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer bersama gandingan Syafiq Kyle telah melonjakkan nama Hannah dalam lanskap seni lakonan di Malaysia.
Mewarisi bakat seni daripada ibu tercinta Noor Ashikin Ahmad, antara penyanyi era 80- an, dia mahu membuktikan bakat adalah tunjang utama yang menjadi penentu langkah seterusnya.
Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah juga berkebolehan menguasai lebih daripada 10 lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol, Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.
Tidak mahu mensia-siakan kepercayaan yang diberi dan berbekalkan bakat yang ada, gadis muda ini terus menjadi buruan apabila dilantik sebagai duta telefon pintar Huawei Nova 2i.

Boleh kongsikan bersama InTrend apa buah tangan terbaru daripada Hannah Delisha untuk tahun baru ini?
Saya bakal mengeluarkan single terbaru di bawah label Faizal Tahir (Faithful Music) bertajuk Tak Perlu Kata Apa-apa.
Jika diberi watak sebagai heroin dalam filem, siapakah watak hero yang menjadi pilihan dan mengapa?
Sharnaaz Ahmad kerana pada saya dia seorang aktor yang berbakat dan sentiasa bersedia dengan apa jua karakter yang diberi kepadanya.
Namakan tiga filem yang digemari?
Twilight, Avengers dan Thor.
Watak yang anda impikan untuk digalas suatu hari nanti?
Action figure atau superhero yang menyelamatkan dunia. Best tu!

Apakah tiga perkara yang diingati kala masih bersekolah di tadika?
Pernah terkencing, takutkan cikgu yang garang dan paling manis adalah menjalin persahabatan sejak tadika bersama beberapa rakan dan kekal hingga hari ini.
Apa yang paling istimewa dan indah melalui zaman kanak-kanak?
Carefree! Tetapi antara yang paling manis apabila kali pertama saya mendapat basikal. Seronoknya!
Guru dan subjek kegemaran ketika di sekolah menengah?
Cikgu Hazrie, guru teater dan mata pelajaran kegemaran pula adalah Sains.
Namakan tiga ‘celebrity-crush’ yang membuatkan anda teruja jika bersua?
Wow.... Hmm, pastinya Harry Styles, Shaheizy Sam dan Sharnaaz Ahmad.
Seandainya Hannah diberikan RM1,000, apa agaknya yang akan dibeli?
Hahaha... Tak cukup!
Jika punya ‘bad day’, apa yang Hannah lakukan untuk kembalikan mood?
Mendengar alunan muzik.
Mengenai media sosial, selalunya, apa yang Hannah stalk di Instagram?
Rakan-rakan! Kerana saya tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama mereka.
Jika diberi peluang mengacara, rancangan apa yang mahu dikemudi?
Animal channel dan travelling lifestyle.
Tiga perkara menarik yang orang tidak tahu mengenai Hannah Delisha?
Introvert, goofy, private.

Siapa tiga tokoh legenda muzik antarabangsa pada pandangan anda?
Michael Jackson, Evanessance dan Celine Dion.
Jika mahu ubah satu perkara mengenai diri anda, apakah ia dan mengapa?
Untuk lebih yakin dengan diri sendiri.
Padanan secocok secangkir kopi pada pandangan anda?
Kopi – caramel, I’ts just perfect!
Gambarkan percutian idaman anda, di mana lokasinya dan mengapa?
Sweeden – kawasan pergunungan dan pemandangannya.
Sambal belacan, tempoyak, budu dan cencaluk; mana satu yang tidak digemari?
Sambal tempoyak!
Perkara atau aktiviti paling berani pernah anda lakukan?
Menyelam di dalam gua.
Jika perlu pindah luar dari KL, negeri manakah yang menjadi pilihan?
Selangor, kerana ia terletak bersebelahan dengan Kuala Lumpur, hehehe.
Hanya dengan menggunakan tiga perkataan, gambarkan keluarga anda?
Penyayang, caring, akrab.
Dari skala 1 hingga 10, gambarkan tahap ketegasan ibu bapa anda?
Hahaha, 10!
Wangian yang melambangkan personaliti anda?
Sweet and woody.
Apakah bunyi-bunyian yang menenangkan fikiran anda?
Laut dan deruan ombak, cukup mendamaikan.
Apakah frasa atau quotes filem kegemaran anda dan mengapa?
“Frankly, my dear, I donn’t give a damn” dari filem Gone with The Wind.
Pada pandangan anda, apakah inovasi ciptaan paling hebat sepanjang zaman?
Telefon pintar!
Sifat gentleman yang perlu ada pada bakal suami anda?
Bertanggungjawab, penyayang dan mengambil berat.
Adakah anda seorang yang mudah jatuh cinta atau bagaimana?
Not easy at all! Hahaha...
Strategi untuk terus bertahan dalam industri?
I’ll just go with the flow as long as it’s relevant.
Harapan dan perancangan untuk merancakkan lagi 2018?
Untuk lebih berjaya berbanding 2017, insya-Allah semoga diizinkan-Nya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024