HIBURAN
Agnez Mo Dakwa Stress Penyebab Dirinya Alami Masalah Botak
Penyanyi Agnez Mo, 38, mendedahkan satu fakta tentang dirinya yang tidak pernah dikongsi sebelum ini.
Agnez memberitahu dia pernah menghidap alopesia. Alopesia merupakan penyakit autoimun yang terjadi ketika sistem kekebalan tubuh terganggu dan menyerang folikel rambut. Dengan kata mudah lain, alopesia adalah terma saintifik bagi botak.
BERITA TRENDING: Angez Mo Cari Netizen Yang Panggil Dirinya Nenek Hip Hop
BERITA TRENDING: Dituduh ‘Buat Muka’, Agnez Mo Tampil Wajah ‘No Makeup, No Filter”
BERITA TRENDING: "You... Yes You. I Love The Way You" - Agnez Mo Tengah Dilamun Cinta Bersama Ariel Noah?
Menurut Agnez dia mengalami masalah botak sekitar sekitar 15 tahun lalu saat berada di Amerika Serikat.“Sekitar 15 tahun lalu saya tiba-tiba mengalami masalah botak. Memang pada waktu itu rambut saya gugur sangat teruk dan alami kebotakkan. Saya hanya sedar selepas diberitahu pendandan rambut saya di Amerika.
“Selepas bertemu pakar, saya diberitahu mengalami masalah alopesia. Saya alaminya kerana stress,” katanya Agnez Mo sewaktu menjadi tetamu podHub Deddy Corbuzier dan Vidi Aldiano seperti dilaporkan InsertLive.
Pelantun Matahariku itu bagaimanapun tidak memberitahu adakah masalah tersebut sudah berjaya diatasi sepenuhnya kini.
BERITA TRENDING: Penyakit Alopecia Dipersenda, Jada Pinkett Smith Jadi Inspirasi
Selain stress, alopesia boleh berlaku kerana keturunan dan faktor usia.Must-Watch Video