Boleh Shahrin kongsikan sedikit kisah di sebalik rekaan suit untuk Aiman itu?

Untuk look pertama, saya cadangkan kepada Aiman untuk memilih tuxedo yang klasik dan timeless. Bagi saya, momen perkahwinan itu perlulah terlihat elegan walau pada masa akan datang. Namun, ia juga tidak boleh kelihatan terlalu kontemporari. Tuxedo Aiman itu diperbuat dari textured wool. Ia antara material kain yang jarang diguna ramai. Menerusi tekstur unggul itu, kami bersetuju untuk menjadikan kain tersebut sebagai watak utama untuk keseluruhan look dan penggunaan aksesori diminimumkan.

Begitu juga untuk suit kedua, iaitu sut kelabu gelap atau charcoal yang mempunyai tekstur tersendiri apabila dilihat dengan jarak dekat. Trademark atau prinsip utama S Bahar ialah ‘less is more’. Jika potongan dan material kain yang digunakan sudah sempurna, kita tidak perlu lagi tokok tambah aksesori yang berlebihan. Ia hanya akan ‘menganggu’ kesempurnaan look itu nanti.



Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan suit Aiman itu?

Proses kedua-dua busana ini memakan masa tiga minggu termasuklah sesi fitting untuk mendapatkan potongan yang memuaskan hati semua.



Zahirah x Aiman | Reception | 21.2.20 Dress : @rizmanruzaini Shoes : @themeliumgroup @rogervivier #melium #rogervivier Jewelleries : @ceresjewels #ceres #ceresmoments Venue : @glamhall Deco : @mahligaicreative Lighting : @lightxpert.my Official Photo/Video : @cstproduction Doorgifts : @lancomeofficial #lancome Cake : @lilylolacakes Table pieces : @kensapothecary @diptyque #diptyqueMY #kensapothecary Guests management : @weddie.my #weddie #zahirAH

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on





Secara mata kasar, mereka dan menyiapkan suit untuk lelaki ini nampak lebih mudah berbanding gaun pengantin, komen Shahrin?

Pada pendapat saya pula, proses membuat suit atau tuxedo memerlukan keperincian dan kalkulasi yang amat rumit. ‘details not decoration’. Dan keperincian untuk membuat suit adalah lebih kepada jahitan halus di bahagian dalam. Ini penting untuk memastikan suit itu mampu mencipta tubuh seseorang lelaki itu lebih sasa berbanding tubuh asalnya. Jadi menerusi pengalaman saya, membuat suit boleh dikatakan serumit, atau kadang-kala lebih rumit daripada membuat dress atau gaun.



Tips untuk pengantin lelaki terlihat sempurna di majlis kahwinnya?

Sama seperti persiapan untuk sehelai gaun pengantin, anda juga harus ingat bahawa memiliki sepasang suit adalah satu pelaburan, bukan hanya satu pembelian atau transaksi. Fikir dahulu dan ambil sedikit masa untuk mencari pereka suit yang faham dengan keinginan anda. Material atau kain yang berkualiti adalah sangat penting untuk menjayakan sesuatu suit itu. Saya menggalakkan seseorang pengantin lelaki itu untuk memilih imej yang elegan dan klasik berbanding dengan look kontemporari atau high fashion.



Ciri-ciri suit yang bagus?

Ciri ciri suit yang bagus akan dapat dilihat dari sudut belakangnya dahulu, bahunya terletak cantik dan bentuknya memberi ilusi tubuh yang sasa. Oh dan juga, pinggang yang terbentuk. Suit juga harus selesa kala disarungkan oleh si pemakai, dan ia hanya boleh dimiliki menerusi kain-kain berkualit. Antara kain yang sesuai untuk pembuatan suit seperti suiting wool, linen, cashmere, cotton dah bebrapa jenis lainnya.


Kredit Foto: IG @sbahar.my