Highlights
“Time PKPB Ni Baru Rasa Pentingnya Isteri Pandai Masak, Mana Larat Asyik ORDER, Makan Luar Je” – Suami Resah.
Zainal (bukan nama sebenar) dan Safura (bukan nama sebenar) baru bernikah awal tahun 2020 yang lalu. Tidak lama selepas itu diumumkan PKP dan seterusnya PKPB sehingga ke hari ini. Maka, banyaklah masa mereka di rumah bersama-sama kerana pekerjaan mereka membolehkan mereka work from home.
Awalnya memang seronok kerana rasa seperti ‘honeymoon’ dapat sentiasa berkepit dengan isteri siang dan malam. Cuma, lama-kelamaan Zainal mula rasa tidak selesa. Bukan kerana isteri yang suka berkepit tetapi ada satu hal yang mula merunsingkan Zainal sebagai suami. Walaupun isunya mungkinlah tidak sebesar mana.
Dari Sebelum Kahwin, Isteri Akui Tak Pandai Masak
Zainal mengenali Safura ketika sama-sama belajar di universiti. Setelah mereka bekerja beberapa tahun, mereka mengambil keputusan untuk bernikah. Sebelum bersetuju, Safura ada memberitahu Zainal yang dia tidak berapa pandai menguruskan hal rumah terutamanya bab memasak.
Perkara itu juga dimaklumkan ke dua ibu bapa Safura ketika Zainal datang ke rumah menyatakan hajatnya. Ini kerana Safura anak tunggal dan mereka sememangnya mempunyai orang gaji yang melakukan semuanya untuk Safura. Safura anak orang ada-ada. Kiranya ini isteri kayanganlah.
Ramai kata Zainal bertuah dapat memiliki Safura yang bukan hanya anak orang berada, tetapi juga cantik dan terpelajar. Bagi Zainal, hal dia tidak pandai memasak bukanlah perkara penting untuk melayakkan dia menjadi isteri Zainal. Apa yang penting mereka saling mencintai dan mampu hidup bersama.
Kredit Foto: Google
Masak Mi Segera Pun Cair, Goreng Telur Hangus
Selepas berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk duduk di rumah sendiri. Kebetulan pula, Zainal baru saja membeli sebuah apartment di ibu kota. Dekat juga untuk mereka ulang alik bekerja. Oh, ya sedikit latar belakang Zainal. Zainal dilahirkan dalam keluarga biasa. Ibunya seorang suri rumah, maka makan dan minumnya pastilah sentiasa terjaga.
Kebiasaanya dalam keluarga Zainal, mereka selalu makan dan minum di rumah sahaja dengan air tangan ibunya. Zainal dan adik-beradik jarang sekali makan di luar kerana ibu dan bapanya tidak suka anak-anak makan daripada air tangan orang yang tidak diketahui kebersihannya.
Dan, Zainal sendiri memang sejenis cerewet makan kerana sudah terbiasa makan sedap daripada air tangan ibunya yang diakui pandai memasak. Nyatakan apa saja jenis menu, pasti disajikan dengan begitu indah dan nyaman. Maka, bab-bab makan Zainal agak prihatin sedikit kerana dia daripada keluarga yang suka makan.
Pada awal perkahwinan, Zainal masih boleh terima apabila Safura sering mengajaknya makan di luar. Dan pada masa yang sama Safura berjanji akan belajar memasak menerusi Youtube. Zainal tidak kisah asalkan Safura ada usaha untuk belajar. Maka, siang malam pagi petanglah mereka makan masakan orang luar saja.
Pernah sekali Safura cuba goreng telur kerana Zainal mahu makan dengan nasi goreng yang dibelinya. Ternyata telur itu hangus. Kuningnya entah ke mana? Apabila tengah malam Zainal lapar, minta Safura masakkan mi segera. Setelah dihidangkan, terkatup selera apabila melihat kuah mi cair macam air paip saja.
Kredit Foto: Google
Keadaan Tambah Perit Apabila PKP Diumumkan
Dan, selepas beberapa bulan berkahwin, PKP pula diumumkan dan mereka diminta bekerja dari rumah saja. Aduh..duh.. Keadan menjadi lebih sukar apabila setiap kali mahu makan, Zainal dan Safura perlu order di Grab atau Food Panda. Sampaikan Zainal sudah tidak tahu mahu tekan menu apa lagi?
Setelah PKP dilonggarkan sedikit, mereka mula tapau di luar. Dan itu pun merumitkan kerana keadaan di luar yang agak kelam-kabut kerana masih pandemik. Zainal jadi tidak tentu arah setiap kali memikirkan tentang makan mereka. Bukanlah Zainal mahu mengada-ngada, namun ada kalanya tekak pun dalam dilema.
Sesekali, mereka pulang ke rumah ibu bapa Zainal apabila Zainal teringat air tangan ibunya. Kalau dapat pulang ke sana, pasti Zainal pesan siap-siap kepada ibunya untuk membekalkan mereka beberapa juadah yang boleh dibekukan seperti rendang, sambal kering dan sebagainya. Alasan Zainal, Safura sibuk bekerja di rumah, tidak sempat untuk masak.
Zainal tidak menyalahkan isterinya itu. Apa nak buat, dia dibesarkan dengan cara begitu, tidak pernah ke dapur sehingga sudah besar panjang. Cuma, Zainal berharap Safura akan cepat belajar untuk boleh memasak. Tidak pandai menggulai pun tak apa, asalkan masakan asas, Safura mampu lepasi.
Ternyata, hari ini Zainal sedar betapa pentingnya seorang isteri itu tahu memasak supaya keluarga boleh ‘survive’ dalam apa jua keadaan. Sekarang mungkinlah okey sebab mereka ada duit untuk order apa saja, kalau ditakdirkan duit dah tak berapa ada? Lagi pula, sampai bila asyik nak makan di luar saja?
Perlahan-lahan Safura cuba berubah walaupun nampak dia terkial-kial. Hanya diharapkan Safura tidak give up dan sentiasa mahu mencuba. Teringin sekali Zainal mahu menikmati hidangan lengkap yang disajikan Safura di atas meja makan. Ermm.. teringin menikmati kari ikan, sambal belacan dan sayur goreng daripada air tangan isteri dihidangkan di atas meja satu hari nanti.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video