,
gaya hidup

Tinie Sulaiman Belanja Remy Ishak Naik LAMBORGHINI HURACAN Berharga 1.6 Juta dalam Roda Panas

Afiza Kamarulzaman
24/05/2021
09:40 MYT
Roda Panas siaran Astro Naura setiap Isnin jam 9.30 malam ini kebiasaannya menjemput tetamu lelaki sebagai jemputan. Maklumlah bercakap perihal kereta, kan tentulah lelaki selayaknya. Namun, berbeza untuk episod 7 ini, pertama kalinya menjemput seorang wanita dengan dua koleksi kenderaan miliknya.
Tinie Sulaiman seorang usahawan kosmetik berjaya rupanya seorang peminat kereta mewah. Tidak hanya minat, malah beliau juga arif tentang seluk-beluk dan jenama sesebuah kereta itu. Walau selalu kita dengar wanita hanya tahu ‘bawa kereta’ saja, hakikatnya Tinie mampu mengupas panjang-lebar perihal enjin, aksesori dan hal-hal terperinci sebuah kereta itu.
Dua Kenderaan Kesayangan Tinie
Dalam program itu juga, Tinie berbesar hati belanja hos Roda Panas, Remy Ishak mencuba dua kereta kesayangannya iaitu Lamborghini Huracan dan Nissan GT-R. Walaupun memiliki beberapa buah kenderaan lainnya, dua kereta ini menjadi antara koleksi yang paling disayanginya. Tidak hairanlah beliau boleh menjawab apa saja soalan berkaitan tentang kenderaan ‘liar’ itu.
Sedikit info mengenai Lamborghini Huracan (LP 610-4);
  • Ia dibeli pada harga 1.6 juta
  • Angka 610 membawa maksud jentera ini memiliki 610 metric Horsepower, 4 pula bermaksud jentera ini dipacu oleh keempat-empat tayar.
  • Jentera ini juga dikenali dengan kod LP610-4. LP membawa makna Longitudinale Posteriore yang bererti enjin menegak di belakang tengah jentera,
  • Ia meluncur sehingga 325km sejam.
Info mengenai Nissan GT-R (R35)
  • Dikenali dengan kod R35 dan merupakan GTR pertama yang tidak menggunakan platform skyline.
  • Bersifat 4WD on demand ATESSA-ETS bermaksud kuasa kepada tayar hadapan cuma diberi ketika tayar belakang hilang cengkaman dan ketika tayar belakang hilang cengkaman dan ketika memecut daripada keadaan pegun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Kereta Maxus, Nabila Beli Range Rover Harga RM2.5 Juta, Netizen Tumpang Happy - “Suka Tengok Orang Bekerjaya Berjaya…”

gempak
08/11/2024
07:55 MYT
Selepas baru sahaja beberapa bulan memiliki kereta jenama mewah MPV, Westar Maxus usahawan, Noor Nabila kembali mencuri perhatian warganet apabila membeli kereta jenama Range Rover pula.
Hiburan

Aktor Senior Ganti 32 Kereta Dalam Setahun: “Kita Dari Kampung, Jadi Popular, Banyak Duit…”

gempak
07/11/2024
16:00 MYT
Seorang aktor senior Indonesia dikhabarkan pernah bertukar sehingga 32 kali jenis kenderaan dalam tempoh setahun pada zaman kegemilangannya.
Viral

Kak KM Bengang Kereta Mercedes S300 Diumpil - “Nak Makan Minta.. Nak Duit Minta, Aku Boleh Bagi!”

gempak
22/10/2024
06:48 MYT
“Kalau kau nak makan minta.. kalau kau tak ada duit minta, aku boleh bagi.. jangan menyusahkan orang,” rasa marah itu diluahkan usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM apabila kereta Mercedes S300 miliknya diumpil.
Hiburan

"Ingatkan Pantulan Lampu, Tapi Lori Masuk Jalan Kami" - Azlan Komeng Cerita Detik Cemas Kemalangan, Perlu Bedah Pinggul

gempak
17/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Azlan Komeng menceritakan kembali detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pahang bersama isteri, Nur Nilam Ortiz pada Sabtu lalu.
Hiburan

Amelia Christie Luah Rasa Syukur Berjaya Beli Kereta Idaman Cecah RM150,000 - “Ready To Make Memories With…”

gempak
16/10/2024
00:55 MYT
Pelakon Amelia Christie Lim meluahkan rasa syukur apabila dia berjaya memiliki sebuah kereta jenama Jaecoo di usianya 24 tahun.
Unitar