Highlights

Tips JIWA Tenang – Jangan Kenang Benda Dah Lepas, Jangan Runsing Yang Akan Datang. Hidup Untuk Hari Ini.

Afiza Kamarulzaman
09/11/2020
14:25 MYT
Kerunsingan dan kekusutan tidak mampu menyelesaiakan apa jua masalah di dunia ini. Lagi kita tertekan, lagi sukar mencari jalan keluar daripada masalah. Seeloknya, berhenti daripada menyesak minda dan hati, kekal tenang, mohon petunjuk daripada yang di atas sana. Insya Allah, jika kita berfikir dalam keadaan yang damai dan positif, penyelesaian pasti ada.
Semua orang pasti ada melakukan kesilapan sehingga ada yang berasakan jika boleh dihidupkan semula, pasti kesilapan itu tidak mahu diulangi. Namun, barang yang lepas usahlah dikenang. Cuba untuk lenyapkan sejarah pahit itu jauh-jauh. Anggap, kamu tidak pernah melakukannya. Dan, ia tidak akan berulang lagi.
Begitu juga apabila memikirkan masa depan. Memang ada orang yang sentiasa resah apabila memikirkan apa yang akan berlaku pada kehidupannya di satu masa nanti. Nanti bermakna nanti. Bukan sekarang. Kita adalah makhluk yang lemah yang tidak mampu meramalkan apa yang ‘bakal’ berlaku. Jadi, serahkan kepada sang pencipta mengaturnya.
Nah, untuk hari ini, laluilah dengan semangat yang sentiasa baru, postifi dan jiwa yang lapang. Buat apalah dikusutkan fikiran dengan masalah yang kamu sendiri tiada jawapan. Apa yang terjadi, pasti terjadi. Kita tiada daya menolaknya. Raikan kehidupan hari ini sebelum kamu menyesal apabila ia menjadi kenangan lalu yang kosong.
Kredit Foto: Google
7 Tips Asas Kebahagian Daripada Pakar Psikologi:
  1. Jangan dengar gosip atau berita-berita yang tiada kepastian.
  1. Abaikan apa orang cakap tentang dirimu.
  1. Cipta kehidupanmu sendiri.
  1. Lihatlah apa jua situasi dengan positif dan kebaikan.
  1. Bangunkan ‘attitude of gratitude’.
  1. Lebihkan ketawa dan tersenyum.
  1. Sesuatu yang telah berlaku, biarkan berlaku.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tak Percaya Ada Rumah Sendiri…15 Tahun Dulu Menyewa, Tampal Surat Khabar Je Kat Dinding…” – Posting Shahida Motivasi Kepada Pengikut

gempak
24/02/2022
13:26 MYT
Seronoknya kan bila usaha keras menunjukkan hasil...
Laman Utama

Pelakon Skuad Elit, Zamshuri Ramli Perlahankan Kerjaya Lakonan... Bantu Orang Langsai Hutang

gempak
26/01/2022
04:53 MYT
"Saya pernah memperlahankan kerjaya lakonan selama dua tahun atas beberapa faktor antaranya menjaga bapa yang uzur dan kemudian meninggal dunia pada 2011."
gaya hidup

Ramai Yang Rebut Peluang Pergi Umrah. Bila Tengok, Mudahnya Rezeki Mereka. Moga Ada Kesempatan Buat Kita Juga Hendaknya.

gempak
22/11/2021
08:59 MYT
Kita ikhtiar dan usaha. Selebihnya bertawakal pada-Nya moga apa yang dihajati bisa dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
gaya hidup

Runsing, Sedih dan Buntu? Bertenang Dahulu. Hadam, Faham Surah Ini. Berkat Ikhtiar, DIA Permudahkan Semuanya.

gempak
11/11/2021
09:46 MYT
Dah cuba bermacam cara, petua. Tapi tetap serba tak kena jadinya. Kembali pada-Nya, pasti dipermudahkan cara.
gaya hidup

Tak Suka, ‘Unfollow’. Senang Kan? Jauhi Dengki, Iri Hati. Ingat Sifir Tuhan, Kamu Doa Satu DIA Beri Dua.

gempak
15/09/2021
15:40 MYT
Hidup ini terlalu singkat untuk dirungutkan, dipenuhi hasad dengki. Alangkah indahnya kalau sesama kita berbaik sangka. Aman dan tenang jadinya.