,
gaya hidup

Tips Pasangan Bahagia – Suami Isteri Kena Sepakat, Berkorban Banyak Perkara. Manis Takkan Dilupa, Pahit Jangan Diungkit.

Huda Hussain
28/08/2021
02:44 MYT
Saat melangkahkan kaki ke alam rumahtangga itu panjang perjalanannya. Ada masa suka, duka, susah dan senang, onak dan ranjau berliku ditempuh sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri. Ada yang berkata kesabaran adalah kuncinya, tidak kurang juga yang berpandangan persefahaman adalah rahsianya. Pokok pangkalnya tiada yang betul atau salah. Kerana yang mencorakkan perjalanan dan kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga itu terletak ditangan suami dan isteri. Masing-masing punya tips dan rahsia tersendiri dan untuk itu, dalami pesanan untuk kekal bahagia hingga ke syurga:
  1. Terus Terang
Berterus terang dengan suami atau isteri mahupun anak-anak. Selalu minta maaf dan ungkapkan ‘Saya sayang awak’ tanpa perlukan sebarang sebab atau syarat.
  1. Isteri Jangan Terlalu Berdikari
Bagi isteri, walaupun anda tahu melakukan sesuatu, janganlah jadi terlalu berdikari sangat. Isteri elok minta pertolongan suami. Jadilah seorang isteri yang manja dan memerlukan dan mengharapkan suami.
Kredit Foto: Google
  1. Ubah Sikap Sendiri Dahulu
Jangan cuba ubah diri atau memaksa pasangan berubah. Kita yang kena ubah diri kerana pasangan adalah refleksi diri kita juga.
  1. Rajin Berbual
Berbual lah dengan pasangan, jadikan dia kawan, teman dan juga pasangan. Gunakan perkataan ajaib. Ungkapkan selalu kata-kata manis seperti “tolong, maaf, saya sayang awak, rindu awak, saya maafkan awak”
  1. Berdoa untuk Bahagia
Rajin berdoa supaya dia sentiasa ingat pada kita walaupun kita tak ada di depan matanya.
Kredit Foto: Google
  1. Ketepikan Jangkaan yang Tinggi
Jangan mengharapkan sesuatu yang tinggi. Terima dia seadanya. Tak romantik pun tak apa, janji setia...
  1. Beri Hadiah
Pasangan sangat suka kepada hadiah daripada yang tersayang, maka Hadiahkan walaupun ia murah.. Kerana yang mahal itu ialah pemberian bukan harganya.
Biar berjauhan asalkan hati tak berubah dan biar tak jumpa janji hati tak lupa. Hanya maut dan ajal yang akan memisahkannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."

gempak
20/10/2024
03:55 MYT
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata dia dan isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri juga pernah berdepan cabaran dalam perkahwinan sama seperti pasangan suami isteri lain.
Viral

“Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

gempak
10/10/2024
07:25 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami berhutang nafkah dengan isteri.
Hiburan

Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

gempak
09/10/2024
12:55 MYT
Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan.
Viral

Usahawan Nur Amira Titip Pesanan Untuk Lelaki Berstatus Suami - “Hat Perempuan Pula Tak Payah Galak Dengan Laki Orang…”

gempak
03/10/2024
02:55 MYT
Perkongsian pempengaruh dan usahawan Nur Amira di platfrom Thread mengenai status suami dan isteri menarik perhatian netizen.
Berita

Kelab Malam Tawar Kalung GRO Cecah RM100,000 Diserbu!

gempak
29/09/2024
14:50 MYT
Sebuah kelab malam mewah menawarkan kalung tip mencecah RM100,000 kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) menerusi penemuan Ops Gegar di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, semalam.
Unitar