,
Highlights

'True Colors' Dan Cabaran Dunia ‘Stylist’– Yang Anda Nampak Gah Dan Glamor, Tapi Sebenarnya…

Huda Hussain
24/09/2020
04:00 MYT
Disebalik penampilan serba indah seorang selebriti didukung oleh sekumpulan individu kreatif yang bertanggungjawab mencantikkan keseluruhannya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, penata gayalah yang berperanan melengkapkan sesuatu penampilan. Lalu diperindahkan dengan paduan solekan dan dandanan.
Profesyen penata gaya atau lebih senang menyebut namanya sebagai stylist bukanlah satu bidang kerjaya yang asing dalam industri seni. Malah cabang pekerjaan mereka cukup luas dan ramai yang memilih bidang ini sebagai satu kerjaya. Namun diakui, tidak mudah dan bukan calang-calang melayakkan seseorang bergelar stylist. Kerana setiap cabang pekerjaan itu memerlukan ilmu, kesungguhan, minat dan cinta yang mendalam.
Kredit Foto: Min Luna
InTrend berkesempatan menemubual santai tiga orang stylist yang tidak asing dibibir insan seni. Tanpa bantuan dan khidmat mereka, mungkin penampilan nama-nama besar selebriti seperti Neelofa, Scha Alyahya, Sherry Alhadad, Nabila Huda, Ziana Zain, Dato M Nasir, Ella, Liza Hanim dan lain-lain kurang menyerlah. Dan dibelakang mereka adanya dukungan sekumpulan individu kreatif yang terdiri daripada penata gaya, jurusolek dan pendandan rambut. Begitulah betapa penting dan besarnya impak penata gaya dalam menyempurnakan penampilan selebriti. Sama ada untuk kemunculan di karpet merah, majlis anugerah berprestij, selain untuk tujuan komersil.
Kredit Foto: IG Yana Baharudin
Yana Baharudin
Kongsikan pengalaman sejak bila dan bagaimana berkecimpung dalam bidang penataan gaya? Sewaktu saya menjalani sesi latihan praktikal di majalah InTrend, ia bagaikan pintu yang membuka mata dan minat serta cinta saya pada bidang ini. Saya diberi peluang oleh Yana Husin (Editor Fesyen InTrend ketika itu) untuk membantunya melakukan styling bagi penghias kulit majalah InTrend, Fauziah Latiff. Dengan jenama yang agak terhad, saya belajar bagaimana seorang penata gaya perlu kreatif mengolah idea. Misalnya saya belajar bagaimana gunakan tali pinggang lalu dililit menjadi rantai dan choker chain. Secara tidak langsung dari situ timbul minat dalam cabang seni kreativiti ini. Dan saya kembangkan pengetahuan, pengalaman dalam bidang ini dengan memulakan kerjaya sebagai Pembantu Editorial majalah EH! di BluInc Media.
Editor EH!, Asiah Mion yang bertanggungjawab membuka laluan kepada saya untuk terus mendalami dunia penataan gaya. Di sini saya diberi kepercayaan mengendalikan ruangan fesyen seperti Lembar Fesyen, kulit majalah dan banyak lagi. Dari situ saya belajar bersama individu-individu penting yang menjayakan sesebuah sesi fotografi seperti jurufoto, pengarah seni, editor dan ramai lagi. Apa yang perlu dibuat apabila ia melibatkan klien dan banyak lagi. Sejak dari itu hinggalah sekarang, hampir 14 hingga 15 tahun saya masih mencintai dunia penataan gaya.
Kredit Foto: IG Yana Baharudin
Apa cabaran berkerjaya sebagai penata gaya dalam situasi sekarang? Pada saya, cabaran sama sahaja. How to work within the budget yang diberi klien. Maklum sajalah, klien datang dengan pelbagai permintaan selain membandingkan hasil karya dan kerja yang telah dilakukan dahulu. Seperkara lagi untuk memahamkan klien bagaimana kita boleh deliver or secure certain budget bagi merealisasikan apa yang mereka mahu.
Suka saya ingatkan bahawa sebenarnya tugas sebagai stylist cukup besar skopnya. Ia bukan sekadar pergi dan pulangkan baju. Ia merangkumi semua dan bagaimana kita bekerja secara berpasukan. Stylist dulu team up bersama pengarah seni, studio, jurusolek, jurudandan, penerbit dan semua kru yang terlibat. Tapi sekarang, kita yang perlu beri idea. Bagaikan bermula dari A hingga Z, semua kita perlu lakukan sendiri. Dan kalau dulu klien punya art team mereka sendiri, tetapi dek kerana kekangan bajet atau terikat dengan tempoh sesuatu kempen maka kita harus bijak merangka dan menyusun strategi serta cara kerja. Kita perlu sesuaikan dan maksimakan apa jua yang ada mengikut bajet yang diberi. Kalau selagi boleh elakkan untuk membeli peralatan, bahan-bahan baru maka cubalah. Gunakan apa yang kita ada.
Kredit Foto: IG Yana Baharudin
Apabila menerima sesuatu tugasan atau projek, saya perlu kenal pasti siapa jurufoto yang sesuai. Misalnya untuk projek atau sesi penggambaran produk, komersil sama ada fesyen atau kecantikan; siapa jurusolek atau jurudandan yang berkepakaran dalam dua bidang ini. Sebelum memulakan sesi penggambaran, kami perlu berbincang terlebih dahulu. Ia bagi memastikan semua proses berjalan dengan lancar. Boleh dikatakan sebagai stylist, kami mengadaptasi pelbagai kemahiran. Daripada koordinasi, pengarahan seni dan lain-lain.
Dari segi bayaran pula macam mana? Boleh dikatakan setimpal dengan apa yang dilakukan kerana proses penataan gaya ini sebenarnya lebih banyak dan renyah sebelum tiba ke peringkat sesi penggambaran. Saya perlu sourcing, research dan study terlebih dahulu semua aspek. Berbincang dengan team baju apa yang perlu dapatkan dan sebagainya.
Pengalaman menata gaya selebriti, kongsikan? Ada dalam kalangan mereka yang mahu sarung helaian berjenama antarabangsa. Tetapi dek kerana mereka tiada connection dengan sesuatu jenama, maka disinilah pentingnya untuk mendapatkan khidmat stylist. Malah dari pihak mereka pula, tidak semua sample boleh diterima dalam tempoh atau mengikut masa yang dimahukan. Ia terikat dengan penggiliran setiap negara terpilih. Dan sebenarnya bukan mudah untuk ‘merebut’ helaian sample apatah lagi dalam masa sama kita perlu faham, Malaysia bukan seperti luar negara yang punya musim tertentu. Bagaimana seorang stylist perlu educate orang ramai yang walaupun Malaysia tidak punya Musim Luruh/Sejuk tetapi jika kena pada konsep, pemakainya ia tetap terlihat setanding dengan selebriti antarabangsa.
Kredit Foto: IG Yana Baharudin
Menjadi tugas dan tanggungjawab stylist juga untuk ‘menjual’ nama selebriti kepada sesuatu jenama. Bagaimana perlu meyakinkan yang selebriti ini boleh associate dengan jenama tertentu, bagaimana perlu tackle klien agar mereka berpuas hati, pastikan selebriti muat naik hashtag yang betul bagi jenama itu sendiri dan banyak lagi. Mungkin daripada pandangan orang ramai kerja stylist ini nampak mudah dan indah. Tetapi sebenarnya ia melebihi dan menjangkaui apa yang dibayangkan.
Komen Yana kenapa tak ramai artis Malaysia yang guna khidmat penata gaya? Sejujurnya, pada pandangan saya pendatang baru dalam industri seni sekarang lebih peka dan tahu betapa pentingnya peranan seorang stylist. Saya ambil contoh tugas pengurus artis yang bukan sahaja berperanan ‘menjual’ artis dibawah seliaan mereka tetapi juga perlu memikirkan bagaimana untuk cipta penampilan seorang artis. Apa stail yang sesuai dengannya, pembawaan dirinya dan lain-lain. Perlunya pendekatan positif bagi pihak pengurusan artis untuk berbincang dan menentukan look artis mereka. Dan sekali lagi, disinilah tugas stylist bermula.
Kredit Foto: IG Yana Baharudin
Apabila sudah beri tugas ini kepada stylist, perlulah ada kepercayaan dan keterbukaan dalam menerima idea dan sebagainya. Kerana itu dianggap sebagai satu komitmen. Beri ruang untuk stylist memahami karakter, mengenal pasti apa potensi dan yang boleh ditonjolkan dalam penampilan seseorang artis. Lantaran itu, tak perlu meragui tahap profesionalisme profesyen ini. Kerana bukan mudah bagi seorang stylist untuk mencipta keserasian apatah lagi mendapatkan kepercayaan daripada mereka. What are the dos’s and don’t’s dan sebagainya. Bagi saya styling is a private session. Bagaimana mahu pastikan seorang artis itu berada dalam mood yang baik sekali gus yakin dan berketrampilan dengan apa yang dipakainya. Kerana secara tidak langsung, mereka juga akan educate pengikut masing-masing di laman sosial tentang apa yang dipakai. Bukan sahaja mahu dilihat cantik tetapi boleh memberi inspirasi kepada semua.
Tym Fatimah
Prinsip Tym Fatimah sebagai penata gaya. Apa yang menjadi pegangan untuk bergelar stylist yang berilmu dan berjaya? Pada saya, seorang stylist itu perlu sentiasa bersemangat untuk melakukan atau menggayakan siapa sahaja atau bagaimana bentuk mahupun acara sekalipun. Jangan letakkan limitasi pada kreativiti anda. Sentiasa ‘update’ diri dengan perkembangan fesyen. Tambah ilmu dalam hal dan selok-belok fesyen bukan hanya untuk aspek tatagaya malah perlu ambil tahu jenis material, konsep, fashion terms juga sejarah fesyen. Nampak sahaja mudah dan mungkin glamor kan? Tetapi sebenarnya tidak. Tiada istilah berasa selesa dengan apa yang dilakukan. Perlu sentiasa belajar dan terus belajar selain tingkatkan pengetahuan yang ada.
Kredit Foto: Tym Fatimah
Situasi pasca Covid-19, kalau ada klien yang mungkin berpendapat tak perlu peruntukkan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk dapatkan khidmat stylist bagi sesuatu projek. Komen Tymm? Dalam pasca pandemik ini tidak dinafikan ramai yang kehilangan kerja, berkurangan pendapatan dan sebagainya. Dan mungkin ada sesetengah warga seni juga mula berkira untuk hire stylist. Hal ini sebenarnya diluar kawalan kita. Tapi pada saya, kita kena percaya pada konsep rezeki. Beri masa, perlahan-lahan dunia fesyen akan kembali pulih dan meriah seperti sebelumnya. Dan stylist juga akan tak menang tangan untuk lakukan kerja-kerja balik tabir ini kembali. Insya-Allah, doakan moga kerja kami ini dipermudahkan.
Kredit Foto: IG Tym Fatimah
Pandangan Tymm, adakah kerjaya stylist ini berbaloi atau tidak untuk jangka masa panjang? Dengan kewujudan dunia media sosial, pada hemat saya kerjaya sebagai stylist sangat berbaloi dan akan bertahan dalam masa yang panjang. Kerana ramai yang tahu dan peka mengenai pentingnya profesyen ini. Lihat sahaja sekarang rata-rata orang ramai mementingkan gaya dan penampilan mereka untuk tampil di media sosial. Dan ramai juga yang mula gunakan khidmat stylist. Tidak kiralah sama ada terdiri daripada kalangan selebriti ataupun golongan kenamaan.
Kredit Foto: Min Luna
Min Luna
Selain mengetuai sebuah jenama lokal, Min sebelumnya lebih dikenali sebagai stylist. Boleh kongsikan apakah cabaran sebagai stylist terutamanya dalam masa sekarang? (Selepas pandemik Covid-19) Agak mengejutkan sebenarnya permintaan untuk profesyen atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khidmat stylist masih ada dan mendapat sambutan baik. Kerana selepas PKP, orang ramai akhirnya boleh keluar bekerja dan sesi penggambaran misalnya kembali beroperasi semula kerana hakikatnya kita perlukan pengisian juga kandungan baru untuk ditonton. Sama ada industri hiburan mahupun perniagaan, semua orang dilihat cuba sedaya upaya mencari rentak untuk merancakkan semula ekonomi. Jadi secara tidak langsung kita dapat lihat, di mana ada model atau selebriti disitu pasti ada stylist.
Cabaran pula sejak kebelakangan ini lebih bersifat bagaimana untuk tampilkan sesuatu supaya menjadi lebih menarik, bagaimana untuk ‘menjual’ idea anda, bagaimana untuk meyakinkan orang atau individu tertentu menyukai dan menyenangi idea anda dan juga bagaimana untuk kekal relevan. Isu atau permasalahan saya adalah bagaimana untuk lebih bersosial atau berkomunikasi di media sosial. Kerana saya tak punya banyak masa terluang untuk online disebabkan komitmen dan terikat dengan banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Tapi jika punya waktu, saya akan browse pinterest dan YouTube, ia adalah platform media sosial kegemaran saya.
Kredit Foto: Min Luna
Kalau ada yang berpendapat kerjaya sebagai stylist tak menjamin masa hadapan atau tidak berbaloi untuk jangka panjang. Komen Min? Betul sebab setelah melalui bertahun-tahun pengalaman dan diberi peluang menata gaya selebriti terbaik Malaysia, secara tidak langsung saya terfikir mahu pergi lebih jauh lagi. Dan apabila saya diberi kepercayaan bekerjasama dengan Netflix, seolah-olah saya tidak lagi terinspirasi untuk menata gaya penampilan wanita. Lantaran itu saya cuba dan eksperimen untuk lakukan man styling. Dan saya menyukainya. Bagi saya, untuk berkembang dalam perniagaan, kita perlu mula dari bawah. We need to grow organically into other kind of business nature, that run and doesn’t need you physically to be there all the time.
Kredit Foto: Min Luna
Dari segi bayaran, lumayan dan setimpal tak dengan apa yang di beri? Apa yang saya boleh katakan setiap stylist mempunyai kadar harga yang berbeza. Pada saya ia bersifat sejauh mana anda fikir nilai suatu hasil karya sendiri serta bagaimana anda meletakkan justifikasi kepada klien, itu sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

MY Gaya Month 2024 Martabatkan Barangan Buatan Malaysia

gempak
09/10/2024
18:26 MYT
Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) telah melancarkan kempen MY Gaya Month 2024, yang bertujuan untuk menonjolkan serta mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui produk fesyen, gaya hidup, dan pelancongan.
Gaya Hidup

Pertama Di Malaysia! Pereka Fesyen FM Group Gabung Teknologi AI Dalam Pertunjukan Fesyen Kebaya - "Kami Akan Guna Konsep Sama Dalam ..."

gempak
04/10/2024
05:30 MYT
Meskipun fesyen moden semakin popular, busana tradisional Melayu tetap kekal istimewa dan semakin diminati oleh generasi muda.
Hiburan

Hattan Tak Jadi Bersara Selepas Terima Teguran Arwah Adik, Nekad Berhenti Merokok - “Selepas Dia Meninggal Saya Terus Tinggalkan”

gempak
24/09/2024
03:35 MYT
Hasrat penyanyi Datuk Hattan untuk bersara dari dunia nyanyian seperti yang dimaklumkannya sebelum ini terpaksa dilupakan kerana terkenangkan pesanan arwah adik, Mohd Hatta Shahabudin, 46.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
BorakSeeni