Highlights

Ubah Kebiasaan – BERPANTANG Tak Semestinya di Kampung dan Bebankan Orang Tua. Suami Isteri Belajarlah Berdikari!

Afiza Kamarulzaman
27/05/2020
16:01 MYT
Ramai yang mengecam pakar perubatan apabila mencadangkan sesuatu yang tidak biasa dilakukan oleh ibu-ibu ketika berpantang. Walau sudah dibentangkan dengan hujah-hujah berlandaskan fakta sains, tidak ramai yang dapat menerimanya apabila ia berlawanan dengan amalan kelaziman turun-temurun nenek moyang kita. Maka, akan ada yang keluarkan kenyatan, “badan nak pakai lama”, “dah tua nanti baru kau rasa”.
Apa pun hujah dan fakta, tidak kisahlah asalkan amalan tersebut dapat dilakukan dengan tenang dan tidak menganggu mental dan emosi seorang ibu itu. Paling penting juga, berpantanglah dengan harmoni tanpa membebankan sesiapa. Jangan dek mahu mengikut kebiasaan berpantang orang lama, sampai kita sanggup menyusahkan mak ayah di kampung yang mungkin sudah uzur. Atau dalam keadaan sekarang, ada yang sengaja melanggar PKP hanya kerana mahu pulang ke kampung tanpa mengikut SOP yang ditetapkan.
Ubah Kebiasaan Buka Bermakna Berdosa
Kenapa dosa lain kita sanggup pula buat, sedangkan amalan berpantang ini bukan main kita patuh hanya kerana takut terkena ‘bentan’ dan ‘meroyan’. Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Imelda Bachin, seorang ibu selepas bersalin itu haruslah banyak bergerak untuk membolehkan aliran darah lancar dan mengelakkan darah beku. Ia hanyalah mitos apabila ibu harus diilayan bagaikan tuan puteri yang duduk terbaring sehingga makan dan minum pun di atas katil.
Jangan jadikan alasan berpantang sebagai platform untuk seorang ibu menjadi malas dan membataskan pergerakan. Ibu berpantang masih boleh menjalankan rutin harian ringan seperti memasak yang ringkas, melipat kain atau menyapu rumah. Asalkan sahaja ia dibuat dengan pergerakan perlahan. Mungkin, daripada segi susunan masa yang menjadikan halangan untuk para ibu melakukannya kerana terikat dengan waktu menyusu anak dan amalan penjagaan diri.
Kredit Foto: Google
Upah Bidan Urus di Rumah
Daripada menyusahkan ibu di kampung yang sudah uzur atau mahu juga pulang dalam keadaan wabak Covid-19 sedang berleluasa, ada baiknya jika kamu mengupah sahaja perkhidmatan bidan yang menjaga dari rumah. Kini, terdapat banyak agensi yang menyediakan perkhidmatan sebegini. Daripada mengurut badan ibu, memasak makanan berpantang, menguruskan bayi sehinggalah menyiapkan kerja rumah.
Rasanya, inilah pilihan terbaik. Mungkin ada sedikit perlaburan yang harus dikeluarkan tetapi apalah salahnya jika ia lebih baik daripada membebankan orang tua di kampung. Adakah kerana jika dijaga ibu sendiri kamu dapat berjimat? Janganlah begitu. Ubah cara pemikiran untuk tidak mementingkan diri sendiri.
Suami Tolong Main Peranan dan Bertanggungjawab
Ini pesanan paling penting buat kaum suami! Jangan hanya pandai ‘buat anak’ tetapi apabila sampai masa isteri melahirkan, buat-buat tidak pandai pula. Ubah kenyataan “lelaki bukan tahu apa-apa pasal perempuan”. Ia tidak comel malah menjengkelkan untuk didengari. Apatah lagi jika, anak sudah dua, tiga orang, kenapa masih mahu menghantar isteri untuk dijaga oleh ibu mentua?
Tidakkah ada perasaan malu bagi seorang suami yang sihat berkemampuan melepaskan beban kepada orang tua pula? Sudahlah anak orang itu diambil dengan molek ketika awal perkahwinan dan dalam keadaan isteri lemah begitu diserahkan semula untuk ‘dipulihkan’ oleh mak mentua. Dan apabila sudah ‘sihat bugar’, diambil semula dibawa ke rumah sendiri. Ini sangat tidak adil!
Mungkin ada yang tidak berasa apa kerana sudah biasa dengan budaya hantar isteri balik berpantang ke kampung yang menjadi amalan orang kita. Namun, fikirlah sejenak, adakah ia benar-benar manis untuk diamalkan setiap kali isteri melahirkan zuriat kita? Di mana tanggungjawab seorang suami? Adakah agama menuntut kita berbuat seperti itu? Adakah ajaran Islam yang manganjurkan jika isteri bersalin haruslah dihantar kepada ibu bapanya untuk dijaga?
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharifah Amani Selamat Bersalin, Pilih Nama Klasik Untuk Anak - “Meet Our Little One Ahmed Mohsein”

gempak
28/06/2024
09:39 MYT
Suami kepada pelakon, Sharifah Amani iaitu Ahmed Faris Amir mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka.
Viral

Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin, Muka Anak Calar Terkena Alat Pecah Ketuban - “Syukur Tak Kena Mata, Tapi Hampir Ya”

gempak
06/06/2024
01:30 MYT
Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila peralatan untuk memecahkan air ketuban terkena pada bayi di dalam kandungannya.
Hiburan

Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Tengah Rehat…”

gempak
05/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mona Allen memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.
Hiburan

"Nak Beranak, Lepas Beranak Pun Cantik!" - Netizen Puji Kejelitaan Shila Amzah Lalui Proses Bersalin, Nampak Glowing

gempak
10/05/2024
01:55 MYT
Shila Amzah menzahirkan rasa syukur kerana selamat melahirkan cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada Khamis.