Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

Untungnya Ada KAKAK Yang Jauh Usianya – Dialah Ibu Ke dua, Tempat Mengadu, Tukang Sponsor Pun Ya!

Afiza Kamarulzaman 08/06/2021 | 03:43 MYT
Kakak ialah anugerah Tuhan kepada kita sebagai adik. Apatah lagi jika mempunyai kakak yang usianya sangat jauh daripada kita, seumpamanya dia ibu ke dua untuk adik-adik. Ketika usia kita kecil, kakak sudah pun remaja dan mampu berdikari. Dan, kakaklah menjadi tempat adik untuk bermanja, sementelah ibu mungkin sibuk bekerja atau dengan komitmen lainnya.
Ketika kakak sudah berusia 15 tahun, kita mungkin baru lima tahun. Atau jika kakak berumur 25 tahun kita sekitar 15 tahun. Jarak itu sebenarnya bukan jurang, sebalikya menjadi pengikat lebih kuat untuk menikmati kasih-sayang yang lebih bermakna. Umpamanya adik ini persis anak sendiri kerana kakak sudah cukup matang dan mampu memikul tugasan ibu untuk adiknya.
Sayangi dan Hormati Kakak Atas Kasih-Sayangnya
Bukan semua bertuah memiliki dia yang bernama kakak. Jika ada pun, mungkin usia tidak jauh beza dan ia lebih terasa seperti kawan sahaja. Berbeza buat kakak yang jarak usia lebih jauh, kita akan rasa kasih-sayangnya yang sangat luar biasa. Malah, kita berasa selamat di sampingnya.
Dialah yang akan menjaga kebajikan adik-adiknya yang masih kecil.. Daripada makan pakai, persekolahan sehinggalah kepada kawan-kawan kita, semua akan dipantau oleh kakak. Seolah-olah amanah yang diberikan ibu.
Inilah kasih-sayang yang sukar dicari ganti. Kita mungkin akan kehilangannya sedikit demi sedikit apabila kakak mula berumahtangga dan mempunyai anak sediri. Ketika itu, kita juga sudah menginjak usia dewasa. Namun, jangan dipadam semua memori yang pernah kita dan kakak lalui bersama.
Teruslah menghormatinya dan mungkin satu masa nanti dia akan beransur uzur dan tua sebelum kita. Waktu itu, masa kita pula untuk berbakti kepada kakak. Jangan pula dijauhkan diri, sebaliknya tetaplah bersama di sisinya walaupun mungkin kakak itu sendiri memiliki keluarga dan anak-anaknya untuk berbakti. Adik tetap kesayangan pertamanya, kemudian baru anak-anaknya sendiri
Kredit Foto: Google
Bestnya Ada Kakak Berusia Kerana...
#Adik #Kakak #Adik-Beradik
;