,
gaya hidup

Varian Delta – Sepantas 15 Saat Dan Kebolehjangkitan Melalui Udara, Ia Semakin Mengganas Di Luar Sana!

Huda Hussain
15/07/2021
15:08 MYT
Entah bagaimana lagi harus tunjukkan reaksi apabila melihat angka kes positif setiap hari, khususnya dua tiga hari kebelakangan ini. Serasa nak pecah dada, terkesima tatkala mendengarnya. Memang tak selamat langsungkah persekitaran kita? Hinggakan rasanya kalau keluar untuk membeli barang keperluan pun, risiko terjangkit atau menjangkiti sentiasa ada. Lebih memilukan apabila melihat dan membaca perkembangan terkini penularan Covid-19 yang turut merekodkan kes kematian yang semakin meningkat. Puluhan bahkan ratusan nyawa terkorban setiap hari dek ancaman musuh dunia, Covid-19. Masakan tidak, dengan kewujudan varian baru yang entah dari mana dan bagaimana ‘datangnya’ amat merisaukan semua.
Kredit Foto: Google
Menurut perkongsian video infografik dari Free Malaysia Today, Dr Kumitaa Theva Das, Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia memberi amaran, jangkitan Covid-19 harian dapat meningkat dua kali ganda hingga hampir 20,000 kes sehari dalam dua minggu ke depan. Hal ini kerana peningkatan jumlah kes yang disebabkan oleh varian Delta yang lebih cepat dan pantas menular. Tambah Dr Kumitaa, jumlah kematian juga mempunyai kecenderungan mencecah 200 orang setiap hari ketika sistem kesihatan diasak dengan tekanan susulan peningkatan ini.
Kredit Foto: Facebook KKM
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 195 kes varian Beta dan sejumlah 67 kes varian Delta direkodkan berlaku hingga hari ini. Menurutnya lagi, jumlah kes membabitkan beta adalah tinggi. Namun begitu, varian Delta merebak pada kadar yang jauh lebih pantas. Ujarnya, varian Beta mempunyai keupayaan menyumbang lima kes dalam tempoh empat hari berbanding varian Delta yang hanya memerlukan sehari untuk menyumbang lima kes jangkitan.
Mengulas lanjut mengenai hal ini, kata Dr Kumitaa kerajaan boleh menggunakan kit ujian persendirian menerusi air liur. Ia keranan jauh lebih mudah digunakan di rumah juga di kawasan penularan panas untuk meningkatkan proses vaksinasi, termasuk melakukan pengasingan pantas kepada individu yang disahkan positif.
Kredit Foto: Facebook KKM
Lebih Cepat Merebak Berdasarkan perkongsian di laman Facebook KKM, terdapat tiga jenis Variant of Concern (VOC) iaitu Alpha, Beta dan varian paling dominan dan paling bahaya ketika ini, Delta. Setakat 13 Julai, sebanyak 293 VOC telah dikesan di Malaysia. Jumlah ini termasuk 67 kes jangkitan varian Delta dikesan hasil penjujukan genom. Lebih memburukkan lagi keadaan, varian Delta mempunyai kadar kebolehjangkitan yang sangat tinggi dan jangkitan boleh tersebar melalui udara (airbone) walaupun tanpa sentuhan. Varian ini boleh berjangkit dalam kalangan kontak rapat dalam tempoh 15 saat berbanding sekurang-kurangnya 15 minit bagi varian-varian sebelum ini.
Justeru, kekal duduk dirumah dan jika benar-benar perlu keluar untuk apa tujuan sekalipun; jangan abaikan pematuhan SOP sedia ada. Mungkin nampak remeh dan kecil tetapi impaknya amat besar lagi bermakna untuk diikuti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
BorakSeeni