Highlights
VIRTUAL FASHION SHOW 2020 – Membantu Industri Atau Perosak Kreativiti? Apa Kata Orang Fesyen?
Siapa sangka inilah fashion show yang harus kita nikmati pada tahun 2020. Walaupun kita akui banyak perkara sudah diambil alih oleh kuasa digital, namun tidak pula terduga kini kita tidak perlu lagi hadir ke pertunjukan fesyen untuk memenuhi bangku hadapan dengan sarungan helaian jenama pereka dan solekan sepadan tema.
Kita kini tidak lagi disambut dengan senyuman dan tulisan nama di meja resepsi. Tidak perlu juga perlu bersalam dan berlaga pipi sambil melambai, “Hey, babe!” Tiada lagi komen spontan dan jelingan atas bawah kala melihat helaian busana diperlintaskan di depan mata. Yang ada kini hanyalah talian internet, gajet dan mata kita yang melihat susunan video yang sudah diedit sempurna.
Nah, persoalannya di mana ketelusan setiap rekaan itu, jika setiap perician tidak mungkin lagi dapat dilihat secara langsung. Mana mungkin pereka mahu menunjukkan yang tidak indah pada video yang dipapar. Dan, kita yang menonton sambil berbaring atau mungkin sambil mengunyah nasi, hanya mampu lihat apa saja hidangan pereka yang sudah ditapis. Kemudian, kita ‘sign out’. Tamat cerita.
Apa pun, masing-masing ada pendapat dan pandangan peribadi. Tidaklah semuanya buruk pada pertunjukan fesyen maya ini. Cuma, ia pengalaman baru yang menuntut banyak lagi pendedahan, penjelajahan dan penambahbaikan. Kita juga sebagai penonton perlu masa untuk menerima konsep baru ini. Dan, apa agaknya kata-kata orang industri sendiri?
En. Faizal
En. Faizal,
Pensyarah Senior di Jabatan Fesyen, UiTM & Perunding Fesyen
"Konsep pertunjukan fesyen secara virtual adalah suatu inisiatif yang patut dipuji. Walaupun berdepan kekangan akibat pendemik, pereka fesyen dan pengurus acara (event organizer) masih cuba mempersembahkan koleksi mereka dalam konsep baharu menggunakan teknologi digital. Kita dapat lihat garapan kreativiti segar muncul dalam setiap konsep persembahan. Pereka menggunakan solusi kreatif yang boleh dibanggakan untuk tatapan khalayak. Mungkin impaknya tidak sama dengan perntunjukan fesyen secara fizikal, tetapi pontensinya sangat besar untuk menjadi tanda aras baharu masa depan fesyen. Paling penting kita perlu optimistik dalam setiap pembaharuan yang cuba dilakukan."
Suzie Adnan
“Disebabkan pandemik yang melanda, buat julung kalinya tahun ini pereka fesyen antarabangsa dan diikuti tempatan, mulai bereksperimen dengan pementasan fesyen secara digital. Bagi saya, menyaksikan virtual fashion show buat pertama kali memang agak janggal kerana ia tidak mungkin sama dengan pengalaman sebenar berada di lokasi dan mengamatinya secara dekat.
Setelah mengamati beberapa virtual show, saya berpendapat yang para pereka perlu tetapkan dalam minda sewaktu melaksanakannya; apakah objektif sebenar? – Yakni mempersembahkan koleksi pakaian. Lataran, ada segelintir yang menyampaikannya secara terlalu artistik sehinggakan konsentrasi pemerhati hilang dan tidak lagi tertumpu pada helaian yang cuba diketengahkan.
Walaupun fashion show kini ditampilkan secara digital, pereka-pereka perlu menunjukkan pada penonton bagaimana rupa helaiannya kala ia bergerak dan beralun mengikuti tubuh si model. Mungkin boleh beri lebih masa bagi shot dekat yang memberi fokus pada perincian atas baju. Pereka fesyen perlu tampil dengan satu lagi klip tambahan yang mampu menggantikan 're-see'. Di mana pereka sendiri berbicara secara spontan dengan menunjukkan sendiri helaian-helaian terbarunya, sambil memberi komen tentang jenis potongan, fabrik, perincian serta kisah di sebalik rekaannya.
Satu lagi yang ingin saya sentuh adalah mengenai usaha pihak penganjuran atau team PR yang berdiri di sebalik jenama. Mereka harus bergerak lebih agresif dalam menyebarkan maklumat mengenai virtual fashion show yang bakal berlangsung. Mereka perlu merancang kempen digital yang khusus bagi menghangatkan publisiti. Pada pemerhatian saya, digital fashion week bermula dengan agak hambar kerana ramai yang masih tidak tahu disebabkan tiada promosi atau informasi tentangnya.
Membuat pementasan fesyen pada era baru yang sungguh mencabar ini, hubungan pereka dengan kelompok klien, media serta influencer haruslah lebih kukuh. Zaman digital ini, penilaian mengenai ‘menjadi atau tidak’ sesebuah koleksi itu adalah berdasarkan komentar di platform digital yang tidak bertapis. It is the most crucial time for the designer because it's a moment of either make or break for them. Because you can't really cheat organic number of views. And in time, it'll eventually determines the relevance of the designer and his designs.”
Elaine Daly
Elaine Daly,
Pengarah Nasional Miss Universe Malaysia
“It’s got to be done because of these times we are in but it’s nothing like being at an actual show – para hadirinnya, busana yang boleh dilihat, pencahayaan, muzik dan sebagainya. Namun, apa pun perbezaannya dulu dan sekarang, kita harus terima yang kita kini berada di zaman dan situasi sekarang ini. Kita sendiri perlu menjadikan shows ini kekal mengujakan!”
Vee
Vee,
Penata Gaya & Fashion PR
“Pertunjukkan fesyen secara virtual sudah menjadi satu normal dalam dunia kini. New Normal Fesyen yang ada baik dan pincangnya. Antara yang positif adalah penjarakan sosial untuk mengelak penyebaran pandemik, dan kemampuan media sosial membawa medium ini (video) pergi ke platform yang lebih luas dan international – bukan hanya kepada golongan pelanggan dan penggemar jenama sahaja.
Broadened it’s horizon. Kebolehan merakam sebuah pertunjukkan virtual juga membolehkan sebarang kesilapan teknikal dan cacat cela busana ditutup kambus for a perfect showcase. namun, kalau dilihat dari sudut negatifnya pula, adalah perbezaan experience in going to a live fashion show bila mana jemputan bangku hadapan bersiap dalam persalinan pereka dan hadir memeriahkan sesebuah pertunjukan.
Sama seperti kita menonton sebuah konsert/anugerah/teater di dalam panggung yang lengkap bergema bunyi-bunyian, pencahayaan berkelipan, lensa di sana sini, dan ditemani orang industri boleh berbincang kasual berbanding menonton di rumah hanya dengan baju malas, lampu kalimantang dan bunyian anak kecil menangis mungkin? Suasananya tidak akan sama!”
Tengku Azura
Tengku Azura,
Peragawati
“Bagi saya, pertunjukan fesyen secara virtual adalah bagus kerana ini memberi pendekatan kepada semua secara menyeluruh untuk tontonan seantero dunia bagi mengenali fesyen kita tanpa batasan. Jika sebelum ini, minggu atau pertunjukan fesyen terhad untuk mereka yang dijemput sahaja, kali ini ia berbeza. Pertunjukan fesyen virtual juga memberi peluang untuk pereka fesyen mengetengahkan bukan sahaja kreativiti dalam rekaan, malah juga video presentation.
Sebagai contoh, apa yang dibuat oleh pereka fesyen Rizman Ruzaini yang mengarah video mereka sendiri untuk RR KLFW 20 baru baru ini. Ini juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada krew produksi serta yang lain secara tidak langsung, bagi berkolaborasi dalam bidang fesyen. Saya berharap walau dalam norma baharu, fesyen kita akan terus berkembang dengan lebih maju.”
Eryna Salim
Eryna Salim,
Bekas Peragawati
“Saya rasa fashion show dalam normal baharu ini sedikit janggal dari semua segi. Mungkin ini adalah pengalaman pertama kita berdepan situasi ini. ‘Feel’ itu pastinya lain, tidak sama dengan fashion show yang real – yang boleh dilihat secara langsung dan dekat. Maaf, saya tidak berapa arif dengan konsep virtual fashion show sekarang ini mungkin kerana saya tidak mengikutinya secara mendalam. Apa pun, saya tetap berasakan real fashion show itu adalah lebih exciting walaupun kita perlu akur dengan situasi sekarang ini. Saya berharap pereka fesyen kita terus bersemangat berkarya walau diterjah cabaran dan 'direction' baru.”
Sheila Mohamad
Sheila Mohamad,
Jurusolek Profesional
“Bagi saya, virtual fashion show adalah satu perkara yang baru dan menarik. Walau diasak dengan pandemik Covid-19, pereka fesyen kita tetap cuba mencari jalan lain bagi membolehkan pertunjukan fesyen tetap berlangsung mengikut idea dan kreativiti masing-masing. Ia satu usaha yang harus dipuji dan boleh dikatakan saya terlibat dalam semua penghasilan video virtual fashion show KLFW tahun ini.
Pastinya ia memberikan saya satu pengalaman yang sangat berharga. Saya sendiri dapat lihat bagaimana pereka fesyen berusaha untuk menghasilkan video terbaik bagi membolehkan setiap helaian mampu dipertontonkan dengan jayanya. Tahniah dan kita berharap dapat berjumpa real fashion show tahun hadapan ya.”
Andre Amir
Andre Amir,
Fashion Influencer
“Firstly, virtual fashion show is a way to go in the midst of the current pandemic situation. Namun, walau tanpa pandemik sekali pun, hakikat yang perlu diterima inilah masa depan fashion show yang kita impikan dan seharusnya terjadi. Lihat sendiri bagaimana cara orang sekarang membeli-belah? Secara online, bukan? So, bringing the show virtually can reach a much wider audience yang membolehkan mereka juga menikmati pertunjukan secara langsung.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan virtual fashion show punya limitasinya. Menghadiri pertunjukan fesyen secara ‘real’ memberikan pengalaman unik! Ia mampu dijalinkan dengan emosi kemanusiaan kita menerusi penglihatan, pendengaran, sentuhan hatta baunya juga berbeza. Lain impaknya dapat melihat secara jelas model di atas pentas, penataan gayanya, muzik, tekstur, pencahayaan juga persekitaran.
Ya, mungkin pengalaman dapat melihat secara langsung berbeza tetapi ia terpulang kepada bagaimana seseorang pereka fesyen itu menterjermahkan kreativitinya dalam bentuk video pula. Lihat bagaimana yang dilakukan jenama seperti Dior or Burberry pada pertunjukan mereka beberapa bulan yang lalu. Masih hebat!”
Abu Shaef Hamza
Abu Shaef Hamza,
Penata Gaya
“Bagi Abu, this is a good exposure and opportunity untuk semua orang, malah melibatkan lebih kepakaran yang meluas seperti daripada segi teknikal dan digital. Ini antara cara terbaik untuk melihat lebih ramai orang dan lebih banyak kemahiran menyokong industri fesyen kita. Jika sebelum ini, real fashion show hanya akan dipertontonkan kepada kelompok jemputan yang terhad sahaja. Berbeza dengan konsep digital ini, liputannya lebih meluas dan ramai orang boleh melihatnya tanpa mengira siapa pun kamu.”
Zaimi Zulkafli
Zaimi Zulkafli,
Pereka Fesyen
“Pada pendapat saya pula, sebagai pereka fesyen, fashion show secara virtual ini ada pros and cons. Jika dilihat daripada sudut positif, lebih banyak penghasilan video, cereka pendek atau iklan dalam fesyen akan dikeluarkan selepas ini kerana isu pendemik ini. Bermakna, penggunaan tenaga kerja juga lebih banyak diperlukan dalam penghasilan fashion show secara virtual. Ini dapat membuka peluang pekerjaan dan membantu ekonomi industri fesyen. Malah, daripada segi liputan dan tontonan juga, ia dapat dilancarkan dengan lebih meluas dan tontonan ramai, pastinya seluruh dunia berpeluang melihat jenama Malaysia itu sendiri.
Daripada segi kontranya pula, penonton ataupun front row seperti pengkritik fesyen, buyer, stylist dan seangkatan dengannya tidak boleh melihat the real product. Contohnya penghasilan detailing atau surface pada penghasilan helaian baju itu tidak dapat dilihat secara ‘live’ dan efek silhouette juga tidak tergambar di depan mata. Cadangan saya, mungkin selepas show, kita boleh menghasilkan fashion exhibition untuk orang industri melihat lebih dekat di sebalik penghasilan baju itu.”
Must-Watch Video