fesyen

Wah, Persis Model! Penampilan Misha Omar Dalam Kempen Peraga Tas Tangan Curi Tumpuan.

gempak
Huda Hussain
24/11/2021
06:48 MYT
Sponsor Banner
Wah, Persis Model! Penampilan Misha Omar Dalam Kempen Peraga Tas Tangan Curi Tumpuan.
Jujurnya penulis tidak mengenali rapat penyanyi nan satu ini. Tetapi cukup maklum dengan profesionalismenya sebagai penyanyi. Walau hanya ‘cover’ lagu penyanyi lain lalu dimuat naik di Instagram, ternyata suara lunak lagi merdu Misha Omar sememangnya tidak mampu disangkal lagi. Setiap bait lirik yang dialunkan bersama melodi indah cukup menggetarkan jiwa sesiapa yang mendengarnya.
Bukan mahu berbicara atau mengupas lanjut mengenai forte nya dalam nyanyian, tetapi penulis tertarik melihat kelibatnya di acara fesyen baru-baru ini. Tampak segar dan sesuatu. Ya, tidak semua boleh ‘carry’ sesuatu look lebih-lebih lagi apabila berbicara soal fesyen.
Kredit Foto: IG Misha Omar
Menyorot beberapa foto yang dikongsi penyanyi yang selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Mitch ini, bagi penulis penampilannya kelihatan ‘fresh and effortless’. Ketika pembukaan Dior Café baru-baru ini, Misha Omar tampil mengenakan jaket dan denim sambil menjinjit tas tangan Dior simbolik kepada jenama mewah ini.
Dan muat naik foto kempen koleksi terbaru tas tangan Tory Burch yang turut dibintangi Diana Danielle dan Eyka Farhana, penampilan Misha Omar tidak kurang hebatnya. Sesekali tampil sebagai wajah wakilan untuk penggambaran kempen tas tangan seperti ini, pastinya aksi penyanyi ini mencuri tumpuan. Mungkinkah Kak Mitch bakal beraksi dalam kempen-kempen fesyen jenama lain pula? Sama-sama kita nantikan.
Kredit Foto: IG Misha Omar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024