Pada Hari Wilayah 1 Februari lalu, pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim antara 335 penerima dipilih untuk penganugerahan Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan.


Dan, semalam, berlangsungnya penyampaian rasmi penganugerahan tersebut di Istana Negara, jam 10 pagi oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Memetik ucapan beliau di Harian Metro, ujarnya, "Penganugerahan ini bersempena Hari Wilayah 2021 tempoh hari. Ia kerana majlis tertunda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika itu.


"Ini anugerah yang sama untuk penerimaan gelaran Datuk itu. Cumanya majlis baharu dapat diadakan pada hari ini," katanya.


Terdahulu, Yusry berkongsi hantaran menyatakan rasa syukurnya terhadap pencapaian itu di Instagram. Turut hadir menemani beliau ialah isterinya Datin Lisa Surihani.



A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani)





Penampilan Datin Lisa Kekal Sederhana dan Simple


Walaupun kini sudah bergelar Datin, Lisa dilihat masih kekal sebagai Lisa Surihani yang dulu, malah selepas berhijab, beliau nampaknya lebih bersederhana dalam penampilannya. Baik daripada segi pakaian, juga solekan.


Penulis pernah terserempak dengannya di beberapa majlis di ibu kota, ternyata begitulah Lisa seadanya. Walau menghadiri acara gah, Lisa tetap dengan gaya yang sederhana, malah Lisa lebih selesa mengenakan solekan yang natural sahaja.


Ketika menemani suaminya di majlis penganugerahan pingat semalam pun, Lisa tampil tidak berlebihan dengan sarungan kurung moden dan tudung rona hitam dengan sedikit perincian emas di hujung baju, bersama selempangan selendang keemasan di bahu.


Ramai memuji cara dan gaya Lisa sekarang ini yang sedap dipandang mata. Walaupun bergelar selebriti terkenal dan terkini berstatus Datin, Lisa mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan itu. Malah, rutin harian yang dikongsi di Instagramnya juga dilihat biasa-biasa saja.


Tidak langsung menunjuk-nunjuk atau berlebih-lebihan, sedangkan Lisa pasti punya semuanya untuk ‘ditayang’.


Begitulah kematangan seseorang apabila mula berhijrah ke arah kehidupan yang lebih tenang dan realistik. Semoga Lisa sekeluarga diberi kebahagiaan dan kelancaran urusan kehidupan selalu. Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi yang baik kepada peminat di luar sana.




A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani)