gaya hidup

Walaupun Bukan Gilirannya Hadir Ke Sekolah, Murid Ini Tetap Datang. Masuk Hari Keempat, Baru Tahu Sebabnya, Rupa-Rupanya…

Huda Hussain
17/11/2021
06:58 MYT
Bagi mereka yang melalui zaman persekolahan khususnya sekolah rendah pasti maklum mengenai sinonimnya Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Secara simboliknya, ia adalah program makanan khusus yang diberikan kepada pelajar kurang berkemampuan. Tidak kiralah apa jua tanggapan murid lain, tetapi bagi penulis sewaktu melihat rakan-rakan yang menerima RMT mereka cukup bertuah. Sekurang-kurangnya setiap hari mereka tidak pulang ke rumah dengan perut kosong. Dan oh ya, makanannya juga sedap belaka!
Penulis yakin pasti semua maklum mengenai sistem penggiliran persekolahan yang mula berkuatkuasa sejak awal November lalu bagi murid sekolah rendah dan menengah. Coretan kisah ini wajar dijadikan panduan dan membuka mata dan minda kita semua. Muat naik Cikgu Lynn Ismail ini cukup menjentik hati dan emosi. Bacalah…
Kredit Foto: Google
Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran . Lalu saya terangkan kepada dia. "Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah." Dia mengangguk tanda faham.
Keesokan harinya dia hadir lagi. "Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini. Minggu depan baru datang." Dia hanya tunduk dan diam.
Kredit Foto: Cikgu Lynn Ismail
Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Tak kanlah dia tak faham-faham. Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.
Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.
Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.
Allahu, rupanya murid ini sanggup hadir semata-mata mahu makan makanan yang disediakan pihak sekolah. Entah bagaimana hidupnya dan keluarganya di rumah. Entahkan makan atau tidak. Sedangkan kita yang masih punya gaji, masih berduit mampu memilih itu dan ini. Namun realiti kehidupan yang terpaksa dilalui sebilangan daripada masyarakat di luar sana cukup perit.
Masih ramai yang terpaksa mengikat perut, dan ya ia bukan sekadar kiasan. Tetapi itulah yang dirasai mereka. Bayangkan apa perasaan ibu bapa tatkala tak mampu untuk menyediakan makan dan minum untuk anak. Allahu…
Sungguh, walau keadaan sekarang beransur pulih pasca fasa pandemik; namun hakikatnya masih ramai lagi di luar sana yang belum mampu untuk menjalani kehidupan seharian secara normal. Walau apa jua kesukaran yang ditempuhi, moga keluarga murid ini sentiasa dalam perlindungan dan rahmat-Nya. Moga semuanya baik-baik saja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.
Viral

Pempengaruh: Antara Realiti, Plot Twist & Tragedi, Jangan Sampai Makan Diri

gempak
13/07/2024
09:55 MYT
Istilah ‘dunia tipu-tipu’ yang diguna pakai untuk pengguna media sosial di seluruh dunia, ada benarnya.
Laman Utama

"Saya Dilahirkan Bukan Untuk Jadi Selebriti" - Madammu Dah Ada Program Realiti, Kongsi Proses IVF & Bersalin

gempak
24/05/2023
03:34 MYT
Madammu Kongsi Proses IVF & Bersalin
Personaliti

“I Don’t Make Enemies With Anyone, and I Don’t Make Friends With Everyone”. Faizal Tahir

gempak
16/12/2021
02:00 MYT
Menerusi satu perkongsian, selebriti yang aktif dengan kerja-kerja amal ini berkongsi buah fikirnya tentang beberapa perspektif kehidupan. Dan realitinya, itulah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian.
gaya hidup

Aib ORANG LAIN, Tapi Sebenarnya Ujian Untuk KITA Juga. Ada Sebab Kenapa DIA Duga.

gempak
10/12/2021
02:00 MYT
Supaya kita belajar dan ambil iktibar. Jangan sibuk canang, sebar dan panjangkan kisah aib orang.